Tuesday, May 28, 2013

Body Shop Brazil Nut Body Butter



Salam n hi all semua!!! Selamat pagi!!! 
Lama dah rasanya tak update my blog. SUPER DUPER BUSY sangat bulan Mei, nie, merata2 pergi buat keje sampai capek rasanyer, balik ofis lewat, gi ofis awal, tido pun tak cukp so kecapekan tahap gaban jugak rasanya. Ni lum jadik dekan lagi nih, kalau jadik dekan tak tauler camner...hue3. 

Setiap weekend pulak out station..termasuk minggu nih, saya citer jap lagi.

Now nak promote amal jariah - Body Shop tengah sale besar-besaran. Tak taupun tapi terpegi hari tu sekejap and fulau..semua barang..diskaun dari 10-70%..cayer tak? cayelah!!! Ini bukan ujian untuk anda-anda semua..bak kata P Ramlee. Ini benarrrrrr!!!

So saya aderlah jugak menyembat BS nih, seperti biasa saya kan suka barang BS. Kebetulan body butter saya Cherry Blossom dah habis, so belila yang baru. Kali ini saya try pulak Brazil Nut Body Butter. Actually for dry skin, tapi takper, cuba jerk.

Eh, best pulak, tak terlalu liat butternyer berbanding cherry blossom, lebih sikit greasy nyer tapi buat skin jadi extra smooth and super moist. Lagi2 lepas mandi sapu olive oil and pastu sapu nih..masyuk!! glowing kulit jadiknya. Bau pun saya suka, takder lah seharum cherry blossom, peach yang saya pernah pakai tu, bau yg ni lebih kepada kekacangan sikit (marah orang DBP ya ampun), tapi subtle jer baunye tak strong, kuat lagi bau yang coco butter, which is good, sbb kalu pakai perfume, bau dier takler overpowering perfume kiter. Okay tak?

Baca gak review di Makeupalleyy yang popular tu..memang ni antara body butter BS yang popular. Katernyer dah berhenti sekejap pastu ader lagi. 

Okay dah habis citer bab kecantikan. Next please...!!

Lusa out station lagi, kali ni di Golden Palm Tree Resort & Spa. Hehe, takder la jauh bebenor tapi kami berkampung satu team research tuk finalise report and juga menulis artikel..banyak keje tuh, memerah otak 3 hari tuk kuar artikel. Adush..



Tapi pastu habis keje bolehler kami enjoy. Cadang nak berbasikal, dan berenang...ni gambar internet semua nieh. Kalu sempat review sendiri nanti Khamis-Sabtu ini insya allah. 



Okay..nak gi ofis awal, busy hari nie, ader students presentation..sampai tengah hari. Oh collapse!! 

Friday, May 10, 2013

minyak wangi clinique happy in bloom limited edition 2013

Sila abaikan latarbelakang imej perfume ini. Ni entri kebohsanan tgh tunggu 'supir' dtg menjemput nk antar g outstation. Lama benor!!!

Bg yg pnah baca entri sy barangkali tau sy tlh menjadi pengguna tegar produk clinique. Bukanler sesajer nk upgrade maintenance diri jd agak mahal giteww tapi ni jer produk muka saya suka. Muka sy ni sgtlah pemilih orgnyer..klu dier tak suka produk sy pakai ia boleh menukar dirinya jadi katak puru o_O

Berita gumbira lain ialah bibir yg juga boleh tahan pemilih dan enggan dinodai mana2 jenama gincu sblm ini nampaknya tidak bermasalah bila pakai gincu clinique.

Yang tak gembiranya ialah pastinya ongkosnya!!!

By the way..hari tu kt klia airport on d way departure tu sempat ler beli bbrp lg produk clinique dan termasuklah perfume clinique limited edition happy in bloom. Baru ku tahu clinique setiap tahun..spring season akan keluarkan minyak wangi special edition berbeza2 saban tahun. Sebelum ni..hada aku kisah??? Tapi sejak jadi customer clinique ni..barulah perasan semuanya.

Saya beli satu pada harga rm185.00 utk 50ml. Sblm ni pakai lancome miracle. Clinique happy in bloom ni boleh tahan baunyer..menyegarkan..agak berbeza dgn taste sy yg sukakan bau yg elegant. Bau perfume ni bila saya hidu first time terlintas dikepala ialah..

Easy going..happy go lucky..refreshing..and lot lot lots of smile :-)

Botol pun cute..ader bunga sedang mekar n ladybirds.

Sekali sekala pilih sesuatu yg berbeza menarik juga. So bagi sesiapa yg sukakan bau yg gembira..jgn terlepas clinique happy in bloom 2013 ni. Sesuai dgn namernyer..hati gembira di musim bunga.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, May 6, 2013

Post-election fever...its not end there i tell you!!

jalan masih berliku













Writing this blog while waiting for my flight this afternoon at 12.45 pm. Drinking my unusual drink - coffee latte..mind you i am not a coffee person, but i went to starbuck anyway so that i can charge my handphone and computer batteries. This electric stealer activity cost me RM13.45, the price of my coffee latte. I'm not even drink it. 


Soo..big story today, last night, when i was about to sleep, with not ready results of PRU-13 at hands, I was keep wandering, what would happen today?? I was a bit nervous...scared of my country's future. Aren't you??

So??

Banyak yang perlu dibincangkan oleh orang MELAYU, tentang kesepaduan kita dalam politik. Sejujurnya saya malu dengan orang cina yang nampaknya bersatu padu. Saya tak salahkan orang lain atau bangsa lain, saya salahkan orang Melayu sendiri, yang berpuak2, berparti2, tak boleh duduk satu kerusi apatah lagi dalam naugan satu parti. Sungguh sedih fakta ini. 

Melayu kini ada sub bangsa politiknya:

BN Melayu
PKR Melayu
PAS Melayu

So..apa nak jadik orang Melayu??? Pernah tak dengar pepatah menyebut BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH? Orang Melayu dan bercerai berai sekarang. Kita dok bergaduh sesama kita tentang politik. Sepatutnya idea utk kesepaduan Melayu disambut baik, bukan sebaliknya, tapi saya nampak usaha itu kerap kali disabotaj dengan pelbagai anggapan dan spekulasi negatif. 

Jika Melayu kehilangan Malaysianya, saya kira orang yang kita patut persalahkan tidak lain tidak bukan ialah ORANG MELAYU sendiri. 

Satu lagi saya tak suka, masih bertelagah dengan keputusan pilihanraya. Cukup2lah tu wei, keputusan dan ada, rakyat dah bersuara, udah2lah nak mengadu domba lain, patut terus pasang gear 5 dan laksanakan janji2 anda tu, bukan nak suruk orang demonstrasi lah, pakai baju kaler hitam lah, provokasi la, aper semua tu. Aper ke jadahnyer??? (meminjam dialog host ntv7 wan kamarul dulu). 

So hari ni, aku tengok ramai gak orang di FB black out kan FB wall diaorang dengan kaler hitam. Aku pakai  kaler putih hari ini, pada aku, cukup2lah aku dimomokkan oleh orang politik dalam kempen pilihanraya yang lalu. Aku pakai kaler baju aper aku suka..bukan ikut arahan sesapa. 

Cukup2lah...live must go on..masa berkempen dah tamat, jalankanlah tugas anda bagi yang menang. Ini bukan masanya nak kutuk mengutuk lagi, masa ini adalah masa anda MENGOTAKAN JANJI!!

Saturday, May 4, 2013

Tinggal berapa jam lagi...

....sebelum nak pilihanraya. Sudahkah anda membuat pilihan? Ada jugak kawan2 hingga saat ini masih belum pasti nak undi aper. Keh2..ini bukan atas pagar lagi dah...atas pokok dah nih.

Sungguhlah hebat perang poster dan bendera sampai traffic light pun tak nampak. Punyer semangat waja ngan parti masing2. Kali ini..pasang pister/bendera bukan lagi soal memberitahu ttg calon/ manifestasi parti tapi dah macam bertanding saper dominan kat satu2 tempat tu.

Tapi bilangan bendera belum tentu menunjukkan saper menang atau kalah. Orang ni susah sikit nak tau..mulut kata sokong A..hari ngundi pilih org lain...

Aperpun..selamat mengundi..saya dah tau nak pangkah aper. Cuma..jgnlah nanti buat huru hara..berlapang dadalah kita dengan keputusan pru13 nanti. Rakyat dah bersuara..takdir dah menentukan..maka positiflah. Lagipun..dah nak muntah dgn kempen pilihanraya nih...dah tak terhadam dah..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...