Tuesday, March 26, 2013

Sesat dalam terang...



Kabur pandanganku..


Kadang-kadang kita memang memerlukan perspektif segar untuk melihat sesuatu. Apabila kita menghadapi masalah dan kecelaruan, fikiran dan tindakan mungkin mengalami kekeliruan, kita ingat dah lurus dah jalan, rupanya semakin kesesatan!!

Dalam keadaan beginilah pentingnya hadir seseorang yang memberikan perspektif yang baru pada kita, barangkali dirinya yang tidak terlibat dalam kemelut tersebut, menjadikannya mampu melihat kecelaruan yang kita alami dengan lebih jelas, lebih jelas daripada kita sendiri. Itulah yang baru berlaku sekejap tadi. Terima kasih kepada Prof. Saucier dari University Oregon US atas komen beliau terhadap program-program dan hala tuju pusat kami. 

Ada beberapa komen beliau yang saya rasa amat bermakna untuk direnungi bersama:
  • Sebuah universiti penyelidikan perlu menjiwai semangat penyelidikan itu. Akan timbul masalah apabila acuannya sebuah universiti penyelidikan tetapi isinya masih seperti universiti sebelum penyelidikan. Misalnya, pensyarah terus-terusan terbeban dengan beban kerja pentadbiran dan pengajaran yang banyak sehingga pensyarah itu menghadapi kesukaran memfokus kepada penyelidikan. Pensyarah menjadi jawatankuasa itu dan ini sehingga tumpuan dan masa mereka terganggu oleh tanggungjawab jawatankuasa yang tak berkesudahan. Kata beliau, masalah boleh diatasi dengan mengambil lebih banyak staff bukan akademik berkelayakan dan berkemampuan untuk mengambilalih tugas pentadbiran. 
  • Tidak menjadi satu amalan di US untuk memberikan kuota penerbitan jurnal untuk pensyarah mereka. Ia tertakluk kepada kemahuan masing-masing. Ia boleh jadi 1 tahun ini, boleh jadi 3 tahun depan, boleh jadi 6 tahun yang lain, boleh jadi 30 tahun berikutnya. Meletakkan kuota ke atas penerbitan jurnal terutamanya berimpak tinggi dilihat agak tidak realistik. Jika berdasarkan kuantiti, maka sudah pasti terdapat bidang ilmu tertentu berada dalam kedudukan berkelebihan berbanding bidang lain yang mungkin proses penghasilan jurnal mereka adalah lebih sukar. Yang paling penting ialah citationnya. Dan citation tidak boleh dikira pada kadar segera kerana ia mengambil masa beberapa tahun. 
  • ISI jurnal bukan untuk semua. Terdapat bidang ilmu yang bersifat lokal dan spesifik dasar, justeru itu bagaimana bidang ilmu seperti ini mahu diukur dengan banyaknya ia diterbitkan di dalam ISI jurnal?
  • Universiti awam perlu melihat diri mereka sebagai entiti memartabatkan manusia yang lebih berilmu dan bukannya begitu fokus menjadi 'sebuah kilang' untuk menghasilkan tenaga muda baru yang boleh dipasarkan. Jika ini menjadi penilaiannya, maka akan terkorbanlah bidang ilmu yang tiada nilai pasaran, tetapi penting dalam memartabatkan ketamadunan manusia. Bidang2 ilmu yang tiada nilai akan digugurkan, program yang tidak dapat dipasarkan akan dikecil atau dijumud atau dihapuskan. Makanya, bak kata Prof. Saucier, kita akan menjadi seperti orang yang mencatas akar sebatang pokok, setinggi manapun pokok tersebut, akhirnya akan tumbang juga kerana akarnya yang telah ditebang. maknanya disini, masih terdapat ilmu yang relevan dan penting, walaupun dari segi nilai duitnya amat sedikit. 
Satu pandangan yang amat bernas dan membuat saya berfikir seketika...

Sunday, March 24, 2013

Ada apa dengan Clinique


Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 

Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Ramai tul orang pagi semalam, nak gi talk kul 1 dewan penuh tak boleh masuk

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu pakai Neostrata product, tapi memandangkan susah giler nak carik produk ni, available kat klinik dermatologi saja maka saya pun malas dah. Lagipun boleh tahan mahal Neostrata ni, pencuci saje dah RM105. Saya mahu TUKAR ni pun salah satu sebab ialah Neostrata ni produk yang saya pakai bila saya mengalami episod jerawat yang begitu teruk dulu. Huhuhu...! Ni doktor pakar yang suggestkan. Mmg bestlah, dan berkesan, so far inilah yang terbaik bagi masalah jerawat saya dulu. Bila sambung study kat Melbourne, Neostrata ni senang pulak nak dapat, over the counter jer. Tapi kat Malaysia, dermatologi jer boleh jual. Tak taulah aper kenapa.

Berbalik pada Clinique, Neostrata ni powerful and penggunaan yang bersifat jangka panjang boleh mengeringkan kulit muka. Itu yg saya perasan even saya ni jenis muka berminyak. Empat - lima tahun jugak saya setia ngan Neostrata ni, until recently i realised that my skin condition has changed. Neostrata telah mengeringkan kulit muka, so i think about its a time to change lah. Tapi problem jugak sbb nak carik produk pengganti yang sesuai satu hal sbb kulit muka ni memang PEMILIH okay!! Jeles sungguh tengok kawan2 boleh tukar produk sesuka suki diaorang, ME?? Jangan bermimpi, tak pasal2 aku tukar jadi katak puru pulak. 



Few months before, saya cuba clarifying lotion no 3 clinique, mula2 jerawat timbul kat dagu, tapi i continue using it sampai dah clear, i thought ini mungkin adjustment process, tapi seriau jugak kot2 kembali kepada kulit jerawat balik. Aiya!! Tapi dalam sebulan, back to normal. Saya up kan pulak ke cleanser Clinique. Ok, luckily, tak break outs. Pastu baru konfiden i guna satu set terus Clinique 3 Steps System. So far, happy with the product, yg penting tak bagi kulit jadi worst, its getting better. 



Tu yang semalam gi ambik beberapa produk tambahan lain, ni semua saya beli selepas mencuba samplenyer dulu, bila okay and best, baru saya decided beli saiz sebenar. Harga?? Lupa pulak satu2, ntah maner ntah saya letak resit it hari. Tapi yg pasti dalam RM350+ jugaklah habis semalam. Bagusnya Clinique ni suka bagi samples kat customer, termasuklah produk saya tak pakai lagi. Ni nak tgh mencuba, sure saya takkan pakai semua sekali range produk diaorang, mahal gak tu, yang penting2 sajer saya cuba, kalau ada alternatif lain lebih murah, i opt for other products. 

Produk Clinique saya suka setakat ini:

of course semua Clinique 3 Steps System-nyer. Moisturizer Dramatically Different Moistorizing Gel adalah pelembap muka terbaik pernah saya cuba setakat ini. Paling penting, dia tak sbbkan break outs, and even kulit berminyak pun okay, and paling best mmg dia boleh control oily face. No wonder this is one of their Signature product and best seller for so many years. 

lain dari tu, make up foundation - Clinique Even Better pun mmg best, saya sblm ni pakai BodyShop punyer tapi this one very light tapi coverage dia terbaik. Lepas jer try sample saya terus pilih ini sbg foundation selepas habis produk bodyshop nanti. Loose powder dia pun saya ambik sekali. 

Dapat sample yg banyak utk dicuba. Yippe!!


high maintenance kah?? heeeh, beli ni guna duit sendiri yerk, tak susahkan orang lain. Heeee. Tapi, percaya tak, barang dia lambat nak habis, beli botol besar sekali mmg terasa jugak mengeluarkan budgetnyer, tapi boleh tahan sampai setahun..percaya tak? Percayalah, saya punyer 3 steps system tu pun blum habis2 lagi dah berapa bulan pakai. Jenuh nak menghabiskannya. So, masih worth the money jugak, kalu beli setiap bulan, kira2 setahun sama gak tu kan?? Nie kira budget setahun terus. Lagipun, saya ni kes istimewa, beli yang murah, muka tak ndak, nanti pakai jugak, muka problem, sama tu jgak, kos nak merawatnya balik dgn pergi facial treatment, jumpa doktor bagai. Korang-korang-korang yg muka elok tak kira pakai apa produk pun patut rasa bersyukur, kurang2 boleh try mcm2, saya ni terpaksa jadi pemilih, even gincu pun saya tak boleh pakai sbb saya boleh alah dengan fragrance dlm gincu. Ohh, clinique punyer lipstik tak cuba lagi, kalu okay, bestnyer, tapi i stick what is important dulu lah, lagipun i am content with just lipgloss and lipbalm from body shop. 

haaa, kau panjang tak entri ahad pagi ni?? kihkih kih, ketika ini, sedang tunggu masker muka kering, now i better wash my face and take my shower (lum mandi lagi?? ceh!!). 

salam hujung minggu, nak lepak2 jer kat umah, tgk tv, masak2 and guling-guling...





Tuesday, March 19, 2013

Akhlak dan Akal Jalan Seiring




One of my favorite authors

Tabiat membeli buku semakin meriah setelah beberapa bulan 'berpuasa' tapi buku yang hari tu pun tak habis-habis lagi baca. Bukan aper, kadang-kadang page 1 dah bosan, tu yang baca tak gerak-gerak dari current page ke next page. Akhirnya, jadi koleksi semata2. 

Beli 3 buku minggu lepas, 1 novel omputih best seller - Admission and 2 buku karya tempatan, satu buku kecik pasal huraian sejarah, kebaikan, manfaaat surah Al-Kahfi dan satu lagi dari Hj Pahrol Mohamad Juoi. Baru habis baca bab 1 pagi tadi sebelum mulakan keje. 

Hj Pahrol ini prolifik juga orangnya, salah satu buku dia yg menjadi koleksi kegemaran saya ialah Tentang Cinta. Bagaimana Cinta dilihat dari perspektif Islam dan bagaimana cinta sesama insan itu akan lebih terpelihara dan mendatangkan berkat apabila bertunjangkan Islam. Bahasanya santai, ada ilustrasi gambar-gambar kartun yang menarik (aku ni kan kartun). Buku mukmin profesional ini pun ada trademark itu lagi, penuh ilustrasi kartun yang saya suka. 

Antara intipati menarik bab 1 ini ialah perlunya golongan profesional melihat keseimbangan akhlak dan akal dalam mengemudi kehidupan, barulah dia boleh menjadi insan yang bermanfaat utk diri dan orang lain dunia akhirat. Apa yang jadik adalah wujud kecenderungan mengasing-asingkan aspek akhlak dengan akal sehingga melahirkan profesional muslim yang tidak seimbang dan bermasalah. 

Sangatlah betul. Orang yang berakhlak tapi tiada kecerdikan pun susah juga nak menyumbang dalam masyarakat kerana kekurangan ilmu fardu kifayahnya. maka jadilah kita masyarakat yang menjadi pengguna saja dan bukannya pencetus idea/pengetahuan baru. Tapi, kalau cerdik tak berakhlak juga tak boleh, sbb dia akan melahirkan profesional yang tidak berintegriti, yang terlibat dgn rasuah, pecah amanah dan sebagainya. 

Bila dah mengajar orang lain ni, mmg saya selalu memikirkan betapa pentingnya utk membetulkan diri saya sebelum saya mengajar orang lain, barulah ilmu yang disampaikan itu rasa kongruen (pinjam ayat Carl Rogers jap) sbb apa sy ckp adalah yg sama dari hati dan diri sendiri. kira mcm walk the talk lah.

Asyik2 baca buku motivasi barat jer. Bukanlah tak bagus, tapi diaorang ni selalu ada 'missing element' yang pada saya sgt penting iaitu agama dan spiritual. Lagipun dah ader banyak penulis tempatan yang berkaliber yang boleh diguna buah fikiran mereka dalam membantu membentuk peribadi diri seorang muslim yang sebenar. 

Nak tau lanjut, sila beli and baca sendiri, saya bukan tukang buat rumusan buku untuk anda. Hue3. 

"Siapa diri kamu akan datang akan dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang" 

note: betul tu, ingat dulu masa sekolah menengah suka sangat beli majalah gila-gila, apo, ujang. alih2 bahasa saya pun jadik *&^%$!

Wednesday, March 13, 2013

Tragedi Lahad Datu

Malaysia Tanah Airku
Kesibukan menghadkan peluang saya untuk memblog di alam maya, tapi saya sentiasa membaca blog2 untuk mengetahui perkembangan terkini. Lebih-lebih lagi insiden pencerobohan Lahad Datu. Saya tak mau ulas banyak sangat bagaimana pasukan keselamatan kita terkorban, cuma saya ada buat entry yang terkorban baru2 ini.

Sebabnya...

Saya tak sampai hati, lebih-lebih lagi bilamana mengetahui mayat pasukan keselamatan kita disayat2, dirobek-robek, dikorek-korek bijik mata, disembelih...masya allah, tak tau apakah ketika mereka masih hidup atau nyawa2 ikan. Sukar untuk saya menghadam maklumat ini dalam fikiran saya, kerana saya akan tertanya-tanya, apakah tiada secebis rasa persaudaraan Islam di dalam hati mereka yang melakukan kekejaman ini? Sudahlah datang membuat kacau, diseksanya jasad mereka yang tidak berdaya itu. 

Saya memang bersetuju apabila PM Najib tidak berlembut dengan gencatan senjata itu kerana mereka tidak layak pun diberikan peluang itu. Cukuplah rundingan demi rundingan sejak sebulan yang lalu, kini masa telah tiba, mereka harus diperangi dengan segala kemampuan yang ada. 

Saya juga sedih, di saat genting ini, kita sesama Melayu saling bertikam lidah dan bersengketa. Di mana kesepaduan kita? Apakah bila segalanya sudah terlambat??? Menangis pun tiada guna. Lupakan taksub politik masing-masing, bersatulah hati untuk mempertahankan kedaulatan negara kita. 

Saya sebelum ini tidak begitu kisah tentang undi pilihanraya, tapi kali ini saya 'AMAT BERKIRA', saya takkan meletakkan masa depan negara dalam keadaan huru hara dan ketidakstabilan. Walaupun dengan satu undi sendiri, saya mahu membuat 'statement' bahawa masih ramai mahukan keamanan. Nilai sentimen kali ini adalah berlainan, kerana nilai dan tujuan undi itu bukan kerana sentimen kepartian, tetapi lebih besar daripada itu, iaitu keamanan.

Saya fikir rakan-rakan lain merasakan perkara yang sama, ini yg saya dapat lihat dan rasakan. Termasuklah rakan-rakan di Sabah. Undi kali ini bukan about favouritsm tetapi undi adalah untuk keamanan dan kesejahteraan, bukan menambah lagi kekalutan yg ada. 

Moga, perasaan 'ketakutan' yang kita rasai kini di Lahad Datu memberi kita kesedaran bahawa keamanan itu sangat mahal harganya dan ia bukan mutlak milik kita. Janganlah kita lalai sehingga generasi akan datang menderita kerana pendirian kita yang salah.

Monday, March 11, 2013

zenia x is coming

Lama dh x update blog n rumah zenia..

Terjumpa Raymond on my way for lunch. Dier kater rumah most probably will be completed ahead of schedule..maybe few months earlier..in august or something.

Raymond tgh promotes new houses in my area called zenia x. Tgk tak banyak unit this second round.

Rumah teres 2 tingkat A
22x75
Rumah teres 1 tingkat B
20x65
Rumah teres 2 tingkat C
15x93

Jenis A tgh promosi harga rm463 804
Harga biasa rm528 800
Harga bumi rm491 784

Booking rm3000

Jenis B dan C dh habis dijual. C dan B adalah rumah kos sederhana.

Anyone interested??

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, March 4, 2013

Bersatulah bangsaku!!

sumber: Utusan Malaysia
Saya tahu ketika blog ini ditulis sekarang ini, saya bukan punya peminat beribu-ribu seperti beautifulnara atau blog-blog popular lainnya. Tetapi sekiranya anda terbaca blog ini saya ingin menyeru bahwa saat dan ketika yang sangat genting ini, saya mahu Melayu bersatu padu. Janganlah kita berbalah memperlekeh pasukan keselamatan kita, mengadu domba menyebarkan fitnah dan berbalah tentang UMNO dan PAS!!! Kita ini Melayu, kita Islam, mengapa disaat kita perlu bersatu hati memerangi musuh yang jelas2 sedang membidik dan mengorbankan pasukan keselamatn kita, kita masih lagi berbalah???

Ketika ini, adik beradik kita, saudara mara kita, rakan sekerja kita, suami seseorang, ayah seseorang sedang berperang di sempadan Lahad Datu, mungkin perginya tak kembali!!! Mintalah doa yang baik2 dan diberikan semangat kepada mereka untuk menghadapi musuh. Bukan anda yang sedang meletakkan leher anda untuk dibunuh sekarang, yang nyawanya di hujung tanduk, jadi hentikan cercaan, bantulah walaupun dengan pena dan hati anda...

Ini krisis hitam terlakar dalam sejarah negara kita. Saya mohon moga Allah berikan petunjuk petualang sebenarnya dan nyahkan saja individu itu dari bumi Malaysia ini. Mengapa Melayu harus sengketa?? Yang terkorban dan sedang menggadai nyawanya di sempadan adalah Melayu kebanyakannya..apakah anda buta hati??? 

Berdoalah kita dapat melalui tempoh genting ini dengan pertolongan Allah SWT dan moga disatukan hati kita semua. Lupakanlah perbezaan. 

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...