|
Bestnyer kalau ada backyard macam nih. Bye-bye TGV/GSC...! |
Demam masuk rumah baru sedang melanda diriku :-)
Boleh tu terbangun kul 3-4 pagi, bukan nak tengok draft tesis students, boleh pulak surf internet carik pasal persediaan masuk rumah baru. Memanglah, bila sesuatu itu menjadi keminatan seseorang, dia takkan penat/letih dengan benda tu. And berbeza pulak perkara yang kita tak berapa suka..mulalah ngantuk..and..boooring!
Banyak jugak websites/blogs/forum sites yang saya terjah tentang topik berpindah ke rumah baru nih. Beberapa kesimpulan yang saya dapat ialah:
Its about money..perlu persediaan kewangan untuk berpindah rumah baru. Semakin tinggi hajat/impian, semakin tinggi jugaklah kos yang perlu disediakan. Ada yang buat minor renovation, ada yang buat major..tambah ini tambah itu. Kalu ada duit sekepuk berjuta2, mungkin tak kisah tentang bajet, tapi saya yakin kebanyakan orang termasuk saya sendiri, mempunyai kengkangan kewangan untuk melaksanakan semuanya. Pada saya bersederhana lebih baik, masukkan yang perlu sahaja. So bila tengok2 dan baca topik ini, dan memandangkan tempoh masuk rumah baru semakin hampir, selain duit perlu ada..satu lagi saya perlu sediakan ialah...
FAIL MASUK RUMAH BARU..hehe
So, banyak jugak dah info saya dapat tentang persediaan masuk rumah nih, rasanya perlulah saya mula bukak fail supaya research2 yang saya dah buat tu dapat dicompile dalam satu fail untuk rujukan misalnya beberapa nama kontraktor untuk grill sekitar kawasan ini, dan kontraktor mana bagus, tak bagus etc.
Selain itu perlu jugak maklumat anggaran kos penambahbaikan yang kita rancang utk rumah supaya kita dapat menyediakan duit secukupnya. Oleh kerana ada lebih kurang 8 bulan lagi nak siap, maka sempat lagi kalu nak men-top-upkan duit2 bagi cover kos2 yang tidak terjangka.
Jadi, bila dah dapat kunci rumah, senang untuk bertindak saja.
Ada satu blog nie, bagus jugak dia menyenaraikan beberapa perkara penting/asas yg perlu sebagai persediaan masuk rumah baru. Beliau menyenaraikan mengikut kronologi..iaitu apa yang patut diutamakan/dilaksanakan dulu sebelum yang lainnya iaitu:
1. alarm wiring
2. wiring
3. plaster ceiling
4. cat
5. kitchen cabinet + wardrobes
6. tinted
7. grill
8. autogate
Mungkin ada orang melihat kelapan2 ini sebagai keperluan, mungkin ada jugak yang melihat, ada yang optional, terpulanglah kepada tanggapan dan kedudukan kewangan masing2.
Tu belum lagi bab lampu/kipas angin/aircon/water heater/langsir...
Menariknya, saya perasan dalam kesemua blogs/forum sites yang saya lihat..takder pun yang mentioned tentang SMOKE ALARM/Extinguisher ker...pada saya benda ni penting jugak. Kita lebih concern tentang rumah/harta benda kita dicuri (alarm wiring/grill) dari jika berlaku malapetaka yang datang dari dalam (e.g kebakaran). Masa di Melbourne dulu saya dah siap beli 4 set smoke alarm. Masih simpan elok lagi sbb saya memang cadang nak letak kat umah sendiri nanti. Extinguisher pun perlu ada di rumah kita, at least satu iaitu di dapur di mana risiko kebakaran lebih tinggi.
Pada saya setiap rumah perlu ada satu.
Okaylah, panjang lah pulak ceramah petang jumaat nih. Pasal keduniaan pulak tuh..ish2. Anyway di masa depan mungkin lebih banyak info tentang segala proses masuk rumah baru akan menghiasi dada2 blog nih. Harapnya maklumat yang dishare bermanfaat utk readers yang melalui pengalaman sama. Sharing is caring.
Selamat berhujung minggu ;-)