Al kisah..tersebutlah kisah...
PETALING JAYA – Seorang pekerja kedai dobi terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera secara mental oleh majikannya apabila wanita tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartmen semalam.
Peristiwa menyayat hati yang berlaku pada pukul 11 pagi di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini itu menyebabkan Sukini, 30-an, maut apabila cubaannya untuk melarikan diri dengan memanjat balkoni rumah majikannya yang berketurunan Cina gagal sebelum dia terjatuh.
Difahamkan, ketika hendak memanjat, wanita dari Kalumpang, Sulawesi itu telah tergelincir dan sempat berpaut beberapa minit pada tembok balkoni itu sebelum terjatuh.
Turut ditemui di sisi mangsa ialah satu bungkusan kain batik mengandungi beberapa helai baju, seluar dan sabun.
Pekerja dobi berkenaan yang ingin dikenali sebagai Yanti, 40, berkata, dia begitu kesal dengan kematian Sukini kerana dia memang bercadang untuk menyelamatkan wanita itu sebaik mendapat nota terakhir mangsa yang ditulis di atas tisu pada pukul 9 pagi kelmarin.
Nota itu berbunyi: “Kakak, tolong selamatkan saya. Kalau kakak tak boleh tolong saya nekad lari ikut balkoni.”
Mangsa baru bekerja sejak dua minggu lalu dengan majikannya itu.
|
ANAK panah menunjukkan arah Sukini terjatuh.
|
“Sejak dua minggu lalu, saya mendapat tiga nota ditulis di atas tisu yang dicampak mangsa setiap kali dia lalu di depan kedai bersama majikannya untuk membeli nasi lemak pada waktu pagi.
“Ia berkisar mengenai kesulitan dan kesengsaraannya sejak bekerja dua minggu lalu. Mangsa turut mengadu dia tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa termasuklah keluarganya yang berada di Kalumpang, Sulawesi,” dakwanya ketika ditemui.
Ceritanya, nota keempat diterimanya pagi kelmarin. Nota itu memintanya supaya menyelamatkan amah tersebut atau dia akan nekad lari melalui balkoni kerana tidak tahan apabila sering dimaki hamun oleh majikannya.
“Sejurus membaca nota itu, saya telah melaporkannya kepada seorang pengawal keselamatan. Bagaimanapun, belum sempat dia diselamatkan, kami mendapat berita dia telah mati akibat terjatuh,” dakwanya lagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
Penasihat Menteri Penerangan, Sosial dan Budaya bagi Kedutaan Indonesia di Malaysia, Suryana Sastradiredja pula ketika dihubungi berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang pembantu rumah dari Jakarta, Indonesia yang dikenali sebagai Suryani, 24, cedera teruk akibat dipukul dengan batang mop oleh anak majikannya yang berketurunan Cina di Taman Patani Indah, Sungai Petani, Kedah.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2DfPSZ3om
Hakcipta terpelihara
_____________________________________________________________________
Dua tiga hari lepas ader jugak kisah amah kena tumbuk sebab bangun lewat. Aish! Bukan semua orang Malaysia yang perangai gini. Tapi kisah-kisah camni dah cukup buat orang Indonesia marah dan men-stereotaip-kan majikan Malaysia sebagai kejam2 belaka.
Aik tuan-tuan puan puan sekalian,
Kita ni dah abad 21. Perlu lagi ke dera2 ni semua??? Dah macam citer kunta kinte pulak, dah macam citer 'the Help' pulak, dah macam sejarah hamba abdi kulit hitam kat US pulak, that is just soooo outdated punyer attitude!!
Mereka jugak manusia...tolonglah respect satu sama lain..takder cara lain ker nak mengajar and menegur kesilapan maid kiter?? Perlukah sampai nak lempang, torture, hina, sepak terajang ni semua??? Pompuan pulak tu buat??? Macam dibuatnyer punching bag pulak..tempat melepas geram. Jiwa kacau majikan2 macam ni agaknyer. Kalau dah gitu, tak perlu ader maidlah, pi buat keje tu sendiri..kalu sendiri malas, lempang muka sendiri boleh???
Kadang2, ader point jugak mintak mahal2 nih, kasik padan muka yg jenis kejam tak berperikemanusiaan ni. Tapi satu aspek, kesian pulak yang benar2 memerlukan dan bukan jenis membuli maid masing2.
Tapi saya sokong - tak perlu ader maid terus!
Fikirkan alternatif lain - banyakkan nurseri, working flexi hours, and company nursery diwajibkan.
Kalau nak jugak maid, kena fikirkan aspek kemanusiaan jugak, tolak ansur lah. Orang tu manusia, bukan robot...dia pun makhluk sosial, ader keluarga, anak seseorang, mungkin ibu/isteri seseorang. Janganlah sebab dia maid kiter, kiter rasa dia tu macam 'haiwan' kepunyaan kita, kurung, tak bagi bergaul, marah sesuka hati etc. Kita sama2 manusia. Apa awak perlukan, dia juga sama. Mungkin awak kaya sikit sbab mampu mengupah orang lain cuci seluar dalam awak tuh. Itu jer.
Patut jugaklah Jepun beria-ia nak buat maid robot. Lebih mudah kerja kita. Takderlah menghadapi krisis kemanusiaan macam nih. Susah sangat ker nak jadi insan berperikemanusiaan ni???