Monday, October 29, 2012

Poppy Hill Song

Just for my own record. Love this song..although i dont know its meaning..sounds good.


:-)

Muflis muda...



Petikan akhbar Berita Harian semalam (28/10/2012)


Kuala Lumpur: Lebih 50,000 orang muda berusia bawah 34 tahun diisytiharkan muflis di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu. 


Kebanyakan mereka bankrap disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan

Malah, ada juga yang menjadi mangsa penipuan disebabkan penggunaan butiran peribadi mereka oleh peminjam tidak dikenali. 

_____________________________________________

Tu dia! 

Empat (4) sebab utama mem-mufliskan generasi muda zaman ini:

gagal bayar balik pinjaman kereta
gagal bayar balik pinjaman perumahan
gagal bayar balik pinjaman peribadi
hutang kad kredit (sendiri tambah)

Muda2 dah bankrupt agaknya kenapa? Saya kira faktor peribadi/personal banyak menyumbang kepada masalah bankrupt muda ni. Ini pandangan peribadi saya, terpulang kepada anda untuk setuju ataupun tidak, namapun pendapat peribadi.

Saya kira ini adalah gaya hidup golongan muda yang bermasalah. Mahu menunjukkan keupayaan material melangkaui kemampuan sendiri. Benarlah seperti ader pepatah mengatakan 'Biar papa asal bergaya.' Saya mengatakan ini kerana pemerhatian yang saya nampak sendiri pada golongan muda ini, yang saya dengar sekeliling saya dan kajian2 seperti yang dikeluarkan oleh berita harian ini. 

Sekadar beberapa contoh:

Kawan saya seorang guru, komplen tentang gaya hidup cikgu sekolahnya yang masih single muda baru mula mengajar kurang setahun tetapi dah ambil kereta honda civic yang beribu bayaran bulanannya. Memudahkan lagi kehidupan bermewah itu adalah cikgu muda itu pada masa yang saya tinggal di rumah ibu bapanya. Mungkin dalam hal ini cikgu muda ini mampu membeli kereta mewah kerana berkongsi rumah, makan minum dengan ibu bapa dan ini sudah pasti menjimatkan banyak duitnya untuk menjaga kereta mewah yang dimilikinya. Cikgu ini sederhana saja latar belakang kehidupan keluarganya. Adakah ini satu contoh perancangan kewangan yang betul? Saya fikir tidak. 

Semasa dalam penerbangan ke Kuching, saya duduk bersebelahan seorang pensyarah UITM yang juga mempunyai urusan di tempat yang sama. Kami bercerita tentang harga rumah di Bangi. Beliau kemudiannya menyatakan kerisauan tentang tabiat menguruskan kewangan adiknya yang padanya kurang bijak. Kenapa? Adiknya itu baru tamat belajar dan baru bekerja tetapi tidak lama selepas itu membeli kereta import yang padanya mahal dan pilihan yang tidak bijak. Beliau ada menasihatkan adiknya membeli rumah dulu dan membeli kereta lain yang lebih murah kerana harga rumah amatlah mahal dan ketika bujang inilah mudah membelinya kerana komitmen masih kurang. 


Saya sendiri, ketika baru balik ke Malaysia dan mula mengajar, saya pakai kereta pertama saya iaitu kancil ke tempat kerja. Hanya beberapa bulan kemudian saya menukar kereta saya kepada kereta alza. Menariknya, cerita disebalik beli kereta ini, ada kawan dapat tahu saya nak beli kereta, begitu excited bertanya, kereta apa saya nak beli. Bila saya sebut saja kereta alza, mukanya terkejut sepertinya dia tak sangka saya nak beli kereta alza, saya tak layak mendapatkan alza ker atau alza tak layak mendapatkan saya. Tapi dialognya kemudian membuat saya berfikir panjang...

"Arh?? Kereta Alza? Kenapa? Awak tu belajar overseas.." lebih kurang bunyinyerlah. Saya dah lupa dialog asal tapi lebih kurang itu maksudnya. Memang terkedu saya dengan respon dia. Saya tak membalas apa2, cuma sekadar berkata saya berkenan, dan dalam kemampuan saya membelinya. That's it. 

Saya fikir panjang kemudiannya. Kadang2 espektasi orang kepada kita pun mempengaruhi keputusan kita membeli. Contoh senanglah..saya sendiri. Kalaulah saya memikirkan apa yang orang fikir tentang imej saya sebagai seorang graduan overseaslah kononnya, maka saya akan serba salah nak ambil alza dan mungkin ikut saja jangkaan orang demi menjaga imej. Tapi saya fikir balik, duit saya yang bagi, saya yang akan merasa peritnya tiap bulan melunaskan bayaran ansuran kereta ini. Yang sakit mata melihat kereta alza itu, kalau nak sangat saya pakai kereta import, silalah dahulukan duit deposit percuma kepada saya pun dah kira baik so saya boleh bayar kurang bulan2. Betul tak? So kalu sekadar komplen, i dont bother. So saya buat keputusan bahawa dalam hal ini, keselesaan saya sendiri dan komitmen saya adalah keutamaan. Bukan untuk memenuhi jangkaan orang lain terhadap 'bagaimana saya harus menampilkan diri saya secara material.' 



Apalah guna, duit gaji habis 80% untuk membayar hutang saja, belum tengah bulan dah kekeringan poket. Pada saya keadaan itu tidak menyeronokkan diri saya secara emosi, tiada ketenangan. Keselesaan pada saya ialah saya dapat membayar hutang dan komitmen bulanan, pada masa yang sama boleh menyimpan dan ada duit poket untuk berbelanja membeli barangan saya suka. Sengkek demi gaya is just not my way.

Beli rumah pun satu isu. Saya baru saja beli rumah teres. Nak beli rumah pun saya berhadapan dengan espektasi dan jangkaan orang. Dah ader PhD, nanti 5-6 tahun dapat Prof Madya, ader rezeki Prof..so ambiklah rumah besar. Lebih kurang macam tulah komennya. Saya mengakui agak takut nak memberi komitmen membeli rumah lebih besar dari rumah teres hanya berlandaskan ramalan apa saya bakal dapat di masa depan - gaji lebih besar, pangkat lebih besar. Saya tak berani kerana ia belum berlaku. Saya memikirkan status kewangan saya hari ini. Apakah mampu? Saya tak mahu jadi seperti pepatah 'mendengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan.' Again, saya melihat kemampuan saya memberikan komitmen bulanan. Memang saya boleh pergi maksimum..RM400 ribu itu boleh direalisasikan tapi saya mengenangkan, mengapa perlu ke tahap maksimum? Sakit saya nak membayarnya. Ia sudah pasti menjejaskan peruntukan kewangan untuk kecemasan. Lagi2 pensyarah yang membuat penyelidikan seperti kami, adalah biasa untuk membuat bayaran pendahuluan dan claim kemudian. Kalau semua pendapatan habis bayar komitmen, akan ada problem di lain2 perkara pulak. 




Alhamdulilah rumah ini saya tidak mendapat banyak masalah mendapatkan kelulusan pinjaman. Saya berterima kasih kepada alza saya kerana dia telah membantu meyakinkan pihak bank bahawa saya tidak menanggungnyer pada harga yang mahal. Itu juga sebenarnya saya fikirkan ketika membeli alza dulu. Saya tidak pasti rumah yang bagaimana saya dapat beli, mahal atau murah? Rumah di Bangi ini sangat mahal, jika saya beli kereta mahal, maka semakin kurang kemampuan saya dan mungkin terpaksa memikirkan kawasan lain. Ini sudah pasti meningkatkan kos tol dan minyak. Alhamdulillah pada ketika pihak bank mengetatkan syarat pendapatan bersih untuk meluluskan pinjaman rumah, saya dapat melepasi tempoh itu. Ada ramai pembeli rumah yang sama tidak dapat melepasi halangan itu kerana komitmen lain yang sudah besar. 

Kad kredit pun satu isu golongan muda. Ini berkaitan rapat dengan kemampuan dan belanjawan. Yelah, bila pendapatan sedia ada tak mampu menanggung gaya hidup mewah, maka hutanglah jawabnya. Tapi ia ibarat gali lubang tutup lubang. Selamanya berlubang...

Menariknya..ini banyak berlaku dalam kalangan orang Melayu. Ntahlah, mungkin faktor budaya dan sosial kita mempengaruhi jugak. Yelah, bila pakai kereta berjenama, gaya hidup mewah, pakai mahal2 maka ia meningkatkan taraf sosial di mata ramai orang. Orang Melayu ni kadang2 amat gemar menilai orang dengan harta dan imej orang itu. Jadi, ia menjadi satu tekanan untuk golongan muda memenuhinya. Demi mengorat si dara jelita, apa kelas pakai alza..kurang2 pakailah honda city. Apatah lagi nak pakai kapcai. Terus gadis tak jeling, buat2 tak nampak or disangka tiang lampu jalan. 

Kawan saya berbangsa cina, saya puji gayanya mengurus kewangan. Yang penting baginya duit dalam bank, tabungan. Material yang ader tarikh luput ni dia tak fikir sangat. Dia single, ada PhD, bergaji besar, saya kira dia mampu membeli kereta lebih mahal, tapi dia happy go lucky dengan kereta myvi putihnya dan rumah teresnya. 



Dalam menguruskan kewangan ni saya kira kita kena realistik, bukannya mengikut emosi atau jangkaan orang. Kadang2 kita kena ada prinsip dalam menentukan budget kewangan kita dan berdisiplin dalam berbelanja. Percaya tak, kalau RM1500 pun tak cukup kerana tabiat belanja anda, saya agak yakin RM1.5 juga pun belum pasti mencukupi juga. Pada akhirnya duit anda, diri anda, kesejahteraan anda yang dipertaruhkan. Teringat penyelia saya di Melbourne dulu, bertahap Prof, tapi kereta sempoi saja dan rumah pun simple saja. Tapi dia tak kurang gembiranya berbanding pensyarah pada tahap yang sama di sini tetapi memiliki kereta mahal2 dan rumah banglo besar. Ini bererti, anda tidak semestinya perlu ada harta yang besar2 untuk rasa gembira. Cukup di hati anda senang, itu lebih membahagiakan. 

Dalam hal ini, saya memilih kesederhanaan. Beli apabila perlu, bukan mahu. Sesekali nak memanjakan diri okay, tapi yang melibatkan komitmen panjang, sila teliti lebih dalam. Saya pun tidak mahu beria2 mengumpul harta yang banyak. Saya beli apa yang saya nak pakai. Lagi banyak harta, lagi banyak komitmen dan kerisauan yang perlu difikirkan. Lagi2 dalam situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu. 


Saya teringat ada hadis atau apa saya lupa..tentang kehidupan zuhud seorang alim ulama yang menolak kemewahan dunia. APa yang dipakainya itu sajalah hartanya di dunia sedangkan dia mampu mendapatkan lebih dari itu. Apabila ditanya, dia menjawab - dia tidak mahu disukarkan hisab di akhirat kerana harta yang banyak. Semakin banyak harta dibawah miliknya, semakin banyak soal jawabnya dengan tuhan tentang bagaimana dia membelanjakannya. 

__________________________

update: semalam punyer citer panjang lagi nak citer..sambung sikit lagi..huahaha

tak semua yang muflis itu kerana sikap boros or tak tahu mengurus kewangan. ada jugak yang menjadi mangsa keadaan seperti butiran peribadi yang dicuri untuk pinjaman dan juga rumah terbengkalai. ini memang sah bukan sebab karakter yang tak betul. ini pun hangin jugak..tau2 kena blacklist sbb hutang yang tak pernah dibuat atau rumah yang dibeli developer cabut lari...mahu nak membunuh tu rasanya. Kategori muflis ini ada banyak jenis dan sesuatu harus dilakukan untuk membetulkan keadaan, rehabilitasi jika perlu dan bagi yang muflis disebabkan identiti dicuri/developer lari, maka beban kesalahan itu patut bagi pihak yang tidak bertanggungjawab, bukannya mangsa. kes identiti dicuri pun kadang2 saya pelik, macam ner boleh semudah itu contohnya pihak bank meluluskan pinjaman. main sign saja kah? 

sesuatu harus dilakukan kepada muflis muda ini...



Saturday, October 27, 2012

skatch guru amazing

Sekarang ni agak mudah nak hasilkan gambar cantik2. Download jer software..jadilah semua. Ader magic..tetiba pandai melukis...
Godek2 android apps n inilah hasilnyer...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Hari Mencantikkan Diri dengan BodyShop

Salam u all,

Nak cerita pasal weekend kat umah, selalu sangat, nanti ader yang baca (ader ke) bosan sampai nak muntah. Still about my weekend but i am gonna talk about something a bit different - beauty products! Hulaaaa...!

Selain mengemas rumah, masak, tengok movie and berguling-guling penuh kesyukuran di rumah yang aman damai ini, weekend juga adalah waktu untuk pampered ourselves tul tak?? Bukan tak boleh pergi ke spa, tapi saya kalu dah masuk rumah berchinta mau keluar lagi. Lagipun, bolehlah bercanda2 sakan dengan diri sambil mencantikkan diri di rumah sambil2 tengok tv and tengok blog.

Pagi ni, masa nak kemas meja make up (macam grand bunyik, tapi jangan tinggi sangat imaginasi korang ye) saya perasan banyakknyer produk bodyshop yang saya beli. Brand nie memang favourite  especially penjagaan kulit. Muka nie sure ader at least 4 kali sebulan di bodyshop alamanda..yelah setiap weekend gi alamanda, mesti singgah, so kalu sebulan 4 minggu, 4 kali lah pergi. Ader jer nak dibeli.

Saya guna set make up bodyshop jugak, tapi malas pulak nak shoot gambar nih. Saya citer pasal penjagaan kulit jer lah dulu ye. Kalu rajin nanti saya buat entri pasal make up pulak.

Produk 1: Body Butter - Vineyard Peach


Body butter BodyShop adalah losyen badan yang memang saya pakai dengan setianya sejak sekian lama. Tapi saya suka jugak tukar2 jenisnya. Sebelum ni saya pakai body butter cherry blossom. Baru habis and peach ni kira baru dalam pasaran. Bau dia agak kuat berbanding cherry blossom tapi peach nie baunya menyegarkan. Specially formulated for dry skin. Saya kulit normal tapi sajer tukar sebab baunyer. Cherry blossom pulak utk all skin types. Bestnyer peach nie ialah dia lebih creamier..yelah utk dry skin type. Tapi okay saja dengan saya. I like! Pakai setiap kali lepas mandi and sapu satu badan. Pernah juga cuba produk lain saya kira, body butter nie still the best, kulit lebih lembap dan tahan hidrasi berbanding losyen biasa yang perlu disapu berkali2.

Harga: RM59.90

Produk 2: Honey & oat 3 in 1 scrub mask



Saya jenis suka menempek muka dengan masker. Biasanyer saya beli di guardian or watson sajer, especially produk dari korea. Saya maksudkan nie ialah masker topeng. Saya baru perasan body shop takder masker topen ni, tapi masker macam gambar ni banyak. Saya beli masker honey & oat nie dulu sbb saya nampak kadang2 kulit muka kering. Saya ni kulit muka berminyak tapi certain product yang saya pakai utk control minyak pada wajah boleh menyebabkan kekeringan. Sebab itu saya perlu balance kan nyer dengan masker. Masker honey & oat ini memang sesuai untuk melembabkan kulit wajah. Pakai 2-3 kali seminggu dah okay. Very rich texture and smell good too. Rasa nak masuk ke mulut jer. Sebenarnya saya rasa boleh jer buat sendiri ni kalau ada bahan2 seperti oat and madu kat rumah. Tapi, terlalu malas nak buat sendiri. Saya pakai ni bila saya rasa kulit terasa kering. Sapu kat muka, biar dalam 15-20 minit and bilas dengan air suam. Wajah nampak lembut, segar dan sihat.
 
Harga: RM55.00

Produk 3: Peppermint intensive foot rescue + peppermint smoothing pumice foot scrub.


 
 

Produk ni pulak first time pakai. Ini bukan untuk muka tapi kaki. Haa..ramai yang sanggup berbelanja besar untuk muka, tapi bahagian lain badan terabai. Kaki pun penting, lagi2 bila menginjak ke usia lebih matang, kulit kaki sering merekah dan kering. Yang berwarna biru ni adalah scrub. Masa mandi tu bolehlah menyental2 sekali kaki, tapak kaki dan jejari kaki tu. Bau peppermintnya sedap and segar. And namer pun scrub jadi texturenyer pun berbijik2 and sedaplah menyentalnyer tu. Bekas pink tu pulak untuk melembabkan  kulit kaki, recommended pakai malam sebelum nak tidur. Lepas jer pakai dua2 ni kaki rasa segar dan lebih lembut.
 
Harga: RM39.90 dan RM49.00
 
Produk body shop harga pertengahan, tak terlalu mahal tetapi tak jugak murah. Bagusnya produk body shop ialah, setiap satunya lambat nak habis. Macam body butter tu dalam average saya beli baru ialah 2-3 bulan sekali. Masker ni pun tak habis2 lagi..dah beberapa bulan dah and scrub kaki nie pun saya agak macam tu jugak. Produk make up body shop pun ambil masa nak habis. Walaupun first time beli banyak jenis berhabis jugak beratus ringgit, tapi 3-4 bulan belum tentu habis. Macam bb cream bodyshop, dah nak 6 bulan saya pakai tak habis2 lagi. Harga yang tu RM70.00 kalu tak silap. Memang jimat.
 
So hari ni inilah keje saya sementara menunggu laundry siap, menunggu rendang kering di dapur dan sambil tunggu pulut kuning masak dalam rice cooker.  Tempek sana sini, sental sana sini and lumur sana sini...I am happy!
 
Body Shop: Ini entri percuma, body shop tak membayar pun ye untuk iklan percuma saya nih. Amal jariah - tak pun menghabis duit. Heeeee!

Friday, October 26, 2012

aidiladha dan steamer

Salam aidiladha untuk semua dan selamat bercuti...

Sesiapa balik kampung sure makan sedap2. Yang tak balik pun sure boleh makan sedap jugak. Sekarang ni kat bandar2 senang jer nak beli lemsng ketupat segala bagai...duit jer mau ader.

Alkisaaaaaahnyer...

Seperti selalu..prefer masak sendiri dari membeli. Ingat nak buatlah pulut kuning. Huaaa...mmg jarang sgt masak pulut kuning..now dh lupa. Dulu buat ader mak..kakak..kawan..now nak try buat solo. Mengagau jugaklah. Bhn2 semua ader..steamer jer xder. Dah bersiap2 dalam kepala ni nak beli steamer kt alamanda..ntah camner tiba2 teringat stor barang saya. Rasanyer masa kt melbourne dulu ader membeli steamer. Check2 hah mmg. Nampak sangat lama x jenguk kotak2 brg masa kt melbourne dlu. Dah lupa aper dah beli..aper yg belum. Oh..jimat duit..nasib baik blum beli lagi. Macam2 lagi ader dlm kotak tuh..barang rumah tangga. Haha. Lapan puluh peratus barang baru belum pakai.

Steamer ni comel jer. Saya beli $39.90 jer..tgk harga tertempek tu.

Teringatlah pulak time d melbourne..hampir setiap minggu ader jer barang kelengkapan dapur nak beli. Kualiti best..murah pulak tuh. Tak kisahlah blum ader rumah sendiri. Ikut nasihat senior..beli lengkap kat sini..nanti dh balik malaysia tak risau dah nak belanja beli periuk belanga sudu..set makan dsbnya. Boleh fikir perabut2 besar jer.

Nasib baik ikut. Haha. Betul jugak tu. Dapat jimat kos masuk rumah baru.

Okay. On lah pulut kuning Kukus hari ni. Makan bersama rendang dll.

Happy holiday u all!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, October 25, 2012

AES aper salahnyer

Ramai jugak yang tak puas hati dengan sistem baru jpj ni yang menangkap dan merekod kereta lebih kelajuan di jalan raya. Speed trap-lah senang citer.

Pelik jugak. Bukanker elok ader aes ni? Takderlah orang2 kat malaysia ni bawak macam semua nak ke alam kubur sesegera yang mungkin. Memang cara kebanyakan orang malaysia ni bawak kereta merbahaya..kurang toleransi..memotong sesukahati..potong q..menyondol kete kat depan..macam2 lagilah.

Ader pun yg marah ni mungkin kategori bawak 120-130 km sejam kot. Kalau ader aes maner boleh speed sakan kan. Bulan2 nanti dapat bil saman. Dahlah harga rokok naik..saman pun selalu kena...memang hangin kan. Ahaks.

Kalau drive ikut limit saya kira takder masalah besar pun. Kat luar negara dah diamalkan sistem ni agak lama. Aes ini secara tak langsung mendidik sikap pemanduan org malaysia yang teruk. Alah bisa tegal biasa. Lama2 okay lah tu. Pilihan ditangan anda...nak bawak laju kena saman ker atau nak bawak secara berhemah.

Jangan salahkan aes. Jika anda bawak pada kelajuan dibenarkan..xdernyer saman. Terpaksa berlakon bawak ikut kelajuan setiap kali lalu aes pun takpa. Haha..mesti kelaka tgk org bawak..sekejap pecut...sekejap slow...fenin..fenin!

Published with Blogger-droid v2.0.8

What ever your relationship status is, be happy!

Salam hi all..



Relationship status adalah milestones kepada apa yang kita lalui dalam kehidupan status hubungan peribadi kita. Even kalau kita tengok survey sekalipun, ada banyak jenis status hubungan yang ada, pilihlah mana yang berkenaan:

X single
X married
X divorced
X separated
X widowed

Ader banyak kan?? But people still make a fuss about some of these statuses and associated them with negative impressions as if dalam dunia nie only 'married' is consider valuable and good enough and other statuses are considered #$@!?

Some people, are not unfortunate enough to remain/get into married status, but are they a jerk??? Some think they are. And this create psychological problems such as low self esteem, feelings youre not good enough, something is wrong with you, depression, withdraw from social life etc. You internalized what people say about you until you feel as if what they say maybe true.

Relationship status sajer dah ader banyak jenis, so this give an impression that, dalam dunia ini ada banyak jenis hubungan dan pada saya semuanya ada pro and kon masing2. Janganlah kita memperlekehkan status orang lain hanya kerana kita rasa dah selamat berada dalam status yang semua orang nak dan yang dikaitkan dengan kesempurnaan.



Berapa ramai yang physically in married relationship but feeling unhappy/empty/trapped? who silently wished to be single again or out of marriage? Again here, it is about being happy for whatever status you hold at the moment and appreciate and embrace every bit of it. Stop judging others for their relationship status. Yours are not static as well . Your may happily married today, but you can never be sure in 10-15 years time. You may also be single again (divorced, widowed, separated). So please don't give negative label on relationship status of other people. They might appear bad to your eyes, but who know they are happier than you think. 

There are many reasons/stories behind every relationship status in people's life. RESPECT it. It never static,you never know.

whatever your current relationship status is - be an awesome person! 




Tuesday, October 23, 2012

jambangan bunga ros hadiah konvo

Konvo tidak dapat dipisahkan dari bunga betul tak? Macam tak cukup syarat jer bunga takder. Setiap kali bergraduan..mmg ekpektasi adalah untuk menerima bunga walaupun sekuntum. Saya masa konvo dulu siap pesan lagi kt famili...mesti beli bunga! Hua..sungguh tak malu..siap main paksa lagi.

Tapi tahun ini ader pelik cikit...

Sebabnyer tak konvo pun..tapi dapat bunga ros sejambak. Wah..berbunga2 perasaan (senyum sampai telinga). Dan bunga ini tidak lain tidak bukan adalah dari pelajar yg konvo..terbalikkan? Siap ader kad terima kasih lagi.

Dengan muka terharu...

To chey to chey..!

Terharu sbb pelajar ingat kita dan menghargai kita dgn cara yang cute n comel n sweet. Tak mengharapkan pun segala balasan ini. Asal pelajar saya berjaya dengan ilmu yg saya ajar itulah kepuasan saya.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, October 22, 2012

UKM konvokesyen 2012

Konvokesyen UKM 2012 masih berlangsung sehingga esok 23hb Oktober. Walaupun kiranya setiap tahun pergi perarakan akademik di Canselori, perasaan gembira itu tetap sama sebab tengok pelajar tamat pengajian dengan jayanya. Alhamdulillah, tahun ini sekurang2nya pada sesi yang saya hadiri, tiada anugerah khas post humous iaitu ijazah yang dikurniakan kepada pelajar yang tamat pengajian mereka tetapi meninggal dunia sebelum sempat menerima anugerah mereka pada hari konvokesyen. Sedih sebenarnya tengok, tak sanggup rasanya, tengok ibu bapa graduan ini datang ke pentas mengambil skrol bagi pihak anak yang telah tiada. Bayangkan, ibu bapa yang anak dah meninggal ni, tengok kiri kanan ibu bapa happy dengan anak2 yang sudah tamat pengajian, tapi anak mereka tak sempat nak mengecapi kegembiraan itu. lagi2 bila ibu/bapa tersebut sebak di atas pentas, addddduuuh, tang2 tu jugak meleleh sama air mata saya. Biarpun ada kata2 semangat dari canselor sendiri, takkan sama dengan anak yang telah tiada. 

Huh..berat2..berat perasaan citer pasal tu. Luckily takder tahun ini! Alhamdulillah. Syukran.

Kepada pelajar2 saya yang dah tamat pengajian itu, cabaran terbesar anda adalah menghadapi dunia sebenar di luar sana. Jika berusaha insya allah berjaya..tapi bagi yang leka, mudah saja anda terhanyut dan ketinggalan dalam banyak perkara. Saper kata hidup ini mudah?? Dah keje nanti baru tau susahnya nak carik sesuap nasik sendiri. Dulu ader PTPTN, mak bapak nak support, la nih, takkan masih nak harapkan ibu bapa lagi? Baru rasa..bernilai 5 hinggit tuh. Dulu boleh kata mak bapak kedekut taik hidung masin bila berkira pasal sikap boros anda, haaa now, you know lah langit tinggi rendah aaaaaa....dan bukan perkara luar biasa bila ramai jer yang merungut kata, baik belajar lagi, fikir hal tu ja, tak perlu risau benda lain. Haa.. tu lah, syukur selalu dan nikmati setiap apa yang ada di hadapan kita. jangan banyak komplen, adalah tu baik buruknya. 

Okay jom layan gambar saya dan rakan2 yang datang untuk perarakan akademik pada kali ini. 

Pelajar Master Psikologi Kaunseling

takder motif pun..sajer tangkap..hua2

My students jugak nih. Muka tak sabar semua ni nak ambik scroll. Ader nampak tak mulut menguap?? Sila carik. 

My happy day (dia cakap dalam hati)

Pn. Zuraini - orang penting hari tu. Tukang check jubah2 pelajar, okay ke tak. takut ader pasang terbalik

Lama tu nak duduk sini pagi sampai tengah hari

Staff akademik pusat saya/wizards akademi ahli sihir ;-) jubah ala2 harry porter jer

 
Happy betul jubah phd dah siap untuk melaram tahun ini 



Tunggu nak berarak masuk dewan

Sunday, October 21, 2012

Semalam bersama gelandangan

Salam u oll..
AMARAN: entri ini panjang dan mungkin membosankan!
suasana ketika sampai. ramai jugak dah berkumpul
 Mesti ramai yang tengah dok terpacak depan tv nak tengok perlawanan akhir bola sepak Kelantan VS ATM kan??? Saya malas nak tengok, tapi piala dunia saya ikut jugak. So baik saya menulis blog tentang pengalaman membawa students menyelami dunia gelandangan di KL. Semalam bertolak jam 9 mlm gitu dan sampai jam 10 lebih. Kira lewat lah. Lagipun hujan semalam so tak bawak laju, konvoi pulak tu, so lagi perlahan bawak, maklumlah nak bawak saya ni yg tak pernah hafal jalan kat KL tuh. Nasib baik ader students yang tahu jalan Melaka tu kata maner, kalau saya sendiri, sesat ke mana2 ntah membawanya.

students beratur nak serving foods to homeless
students sedang agihkan makanan

At first, risau jugak nak bawak students keluar nih, lagi2 nak bawak depa ni tengok kehidupan gelandangan. Kira macam berisiko jugak sebab nak bawak gi ke beberapa jalan2 sekitar KL yang terkenal dengan sisi gelapnya. Inikan pulak nak bawak anak2 dara and anak2 bujang orang. Jadik aper2, nih, muka ni lah kena menjawabnya. Saya doa dalam hati moga dipermudahkan urusan ini. Niat saya satu ja, nak pelajar kaunseling nih bukan setakat baca ja masalah sosial/isu sosial tetapi melihatnya sekali dengan lebih dekat. Mudah2an dengan pengalaman itu menjadikan mereka lebih menjiwai bidang kerjaya mereka yang besar tanggungjawabnya iaitu membantu orang bermasalah. biar bila orang citer fasal hidup gelandangan, mereka dah tengok dan lihat sendiri bagaimana dan faham bagaimana.


sini pun ramai homeless tidur
Saya dok merapu kat depan kelas pun bukan ader faedah sangat pun :-) saya dok pung pang pung pang cakap pasal out reach lah, community work lah..takkan sama dengan mereka ader first hand xperience sendiri. hanya dengan itu saya kira mereka lebih memahami aper saya dok merapu pepagi kul 10-12pm setiap hari khamis. huaaah.

Ni jelah 2 orang teruna dalam kelas saya. yang lain semua mak dara
saya terhutang budi dengan Datin Suriyana, Anne, Faiz, Encik Abdul Halim Sulaiman dan beberapa lagi atas kesudian mereka briefing pelajar saya dan saya sendiri tentang kerja sukarela yang mereka lakukan. Biarpun tengah sibuk layan gelandangan dan mengedarkan makanan, mereka masih sempat meluangkan masa yang singkat itu untuk cerita tentang misi dan visi mereka dalam membantu golongan gelandangan di KL. Mereka nilah yang banyak memberi informasi dan memberi panduan tentang pantang larang dalam mendekati golongan gelandangan nih. kami dinasihatkan berhati2 apabila mengambil gambar gelandangan ini. yelah macam rusa masuk hutan, semua excited semacam, nak snap aper sajer depan mata tanpa sensitiviti yang tinggi. yelah, manusia tetap adaer maruah, tak kira dia kaya atau miskin. kita dok siok tangkap gambar diaorang sesuka hati, macam mereka ni 'objek' yang menarik perhatian tapi kita tak sedar bahawa mungkin mereka tak selesa. lagipun sapa suka jadi gelandangan??? ia bukanlah perkara yang dibanggakan. jadi sikap yang tidak sensitif dalam mengambil gambar sesuka hati ini mudah saja menjadikan mereka rasa malu.

keindahan KL bukan untuk semua

 Datin Suriyana dan kawan2nya memasak sendiri makanan yang diagihkan kepada gelandangan ini. Mereka ader juga menerima tajaan daripada pihak2 lain. Alhamdulillah makanan pun tidak kurang dari 2 lauk rasanya, panas2 lagi. Kalau bernasib baik, gelandangan ini akan mendapat 2 kali makan. satu bungkus lagi tu boleh bawak balik and makan kemudian. Masa saya bawak students UKM nih, ader beberapa pelajar antarabangsa lain turut serta. mereka juga turut memberikan sumbangan makanan kepada gelandangan ini.

khusyuk dan tawaduk mendengar taklimat

 Bestnyer, dalam mereka mengedarkan makanan nih, hiburan juga disediakan. malam tadi, dibuat tayangan pacak, skrin putih dipasang betul2 di depan bank mualamat jalan melaka KL. kat situlah mereka makan, berkumpul dan menonton. kater Anne, ini sekurang2nya memberikan sedikit keseronokan kepada gelandangan ini yang jarang berpeluang menonton tv dan sebagainya. so malam tadi makanlah mereka sambil menonton 'the Pirate of Carribean'. Johnny Deep tu jangan memain...

ini bayang2 saya. kweng2 brutal sikit. teringat masa study melbourne dulu. sempoi! 

Lepas tayangan habis, maka gelandangan nih mulalah bergerak ke tempat mereka masing2. Kami kemudiannya dipelawa untuk turut sama mengedarkan lebihan makanan ke jalan2 sekitar KL yang mereka kenal pasti ramai gelandangan macam sekitar Pudu Raya, Central Market, LRT station, masjid dan sungai kelang. Ini pengalaman yang paling mengharukan lah malam itu. Sebabnya masa distribute makanan depan bank mualamat tu kita tak nampak realiti hidup mereka, tapi once kita ke lorong2 yang saya cakap tadi tu, then kita nampaklah keadaan sebenar mereka. contohnya, kat sungai kelang tu, nilah first time hidup saya gi KL masuk bawah jambatan sungai kelang tu, menyelusuri tebing2nya yang gelap, berlumpur dan berarus deras tuh. maner ader kita gi KL nak jalan2 tempat gitu tak? Kita gi KL gi Midvalley, Sogo, Twin Tower, Pavillion, yang semuanya indah2 mata memandang, ader aircon, ada lampu, selesa dan sebagainya. Tapi kita jarang ambil tahu bahawa wujud kehidupan lain di KL selain dari kemewahan dan happeningnyer tuh. bahawa di bawah2 kolong, di tepi2 jalan, di station bas2 dan lrt, di kaki2 lima ader orang yang menjadikan ia sebagai rumah dan kehidupan mereka. yang katil, tilam, selimut empuk mereka tidak lebih sekadar kotak2 barang, alas tikar dan berbatalkan lengan. almari mereka tidak lebih pula sekadar bag plastik yang disumbat pakaian2 lusuh dan keperluan yang sangat asas. sedih tapi itu hakikat. tidak semua kemewahan KL ini dapat dinikmati semua orang. gelandangan adalah insan yang ditakdirkan terpinggir dari semua ini.

Anne yang begitu passionate dengan misinya. salute. 
Mereka ini kebanyakannya adalah penagih dadah, ex-convict, yang lari dari rumah, tiada pekerjaan dan yang mengalami masalah mental. saya teringat video gelandangan yang saya tunjukkan kepada pelajar saya minggu lepas. antara lain, bekas penagih dadah yang pernah hidup gelandangan mengatakan, atas kesilapan kecil yang pernah dilakukan, mereka dilabel selama2nya sebagai jahat. mereka tidak diberi peluang oleh masyarakat untuk memperbaiki kehidupan. mereka terus2an ditekan, dipandang negatif dan tidak diberi peluang membuktikan sesuatu yang positif dalam diri mereka. akibat tekanan dan ketiadaan sokongan ini, akhirnya mereka tidak mampu keluar dari kepompong masalah itu. ini mengingatkan pula saya terhadap kajian banduan parol yang saya dan rakan2 kaji di mana cabaran terbesar dalam mengintegrasikan bekas banduan ini adalah penerimaan masyarakat yang negatif. jika ruang tidak pernah iberi, apakah pilihan yang ada??? anda boleh fikirkan sendiri.

menyusuri tebingan sungai kelang

berbalik kepada gelandangan ini, saya dan pelajar masuk ke bawah jambatan yang merintangi sungai kelang. ramai rupernyer gelandangan tidur dan berteduh disitu. gelap, sejuk dan berlumpur, itulah impressi pertama saya. tapi inilah so call home bagi sebahagian gelandangan ini. bau ubat nyamuk bakar menyusuk hidung, ruper2nya ada satu famili (saya kira satu famili sebab mereka tidur dekat2 berbanding beberapa gelandangan yang tidur berasingan, or jarak satu sama lain) di bawah itu. ader baby kecil bersama mereka dan kanak2 jugak. simpati.

sorry for bad quality photo. snap using night mode tau jelah.  gerak sikit dah blur
dalam kami agih2kan makanan tu, rupernyer malam itu jga majlis bandaran ader operasi menangkap gelandangan ni. ramai jugaklah yang kena tangkap. tapi seperti yang ditaklimatkan, patah tumbuh hilang berganti. tangkap yang ini, yang lain pula akan menjelma.

Operasi mengangkut gelandangan rupernya dijalankan pada malam yang sama. ramai dalam trak tu
some people dont have much choices in their life as we do

untuk jangka panjang saya kira, sesuatu yang lebih serius perlu dilakukan. gelandangan itu lebih kepada simptoms kepada akar umbi masalah lainnya. memberi perlindungan dan makanan, bersifat sementara, mengenalpasti punca ia terjadi dan menanganinya adalah lebih penting. saya kira ini peranan semua pihak.



ada seorang gelandangan sedang tidur di sini. tak mau snap dekat sangat. 

Saya tidak bercita2 tinggi untuk mengubah dunia, tetapi saya kira pengalaman ini memberi saya dan harap2nya pelajar untuk lebih menjiwai bakal kerjaya mereka dan meneliti bagaimana kepakaran yang mereka punyai itu dapat digunakan dalam menggembling tenaga dalam membantu mengatasi gelandangan ini secara total.

dibawah jambatan ini ada keluarga mengadu nasib
sekitar Central Market

sebenarnya masih mamai lagi, saya sampai ke rumah jam 3 lebih dan hanya tidur dalam jam 4 pagi. sekarang ini masih lagi rasa tak cukup tidur. saya berdoa, moga hari ini dan esok2nya, adalah hari yang baik dan memberikan harapan untuk semua orang.

note: gambar upload kemudian, semuanya disebabkan line celcom yang sangat menjengkelkan perasaan sejak 2 minggu ini, both my hp and broadband. dah cll banyak kali tapi still problem tak boleh nak settle. celcom ni patut tukar nama lah, celcom to HELLCOM!

Friday, October 19, 2012

hand writing - cakar ayam my version



Ntah kenapa saya rasa my hand writing is getting ugly..huhu. Makin mcm cacing kerawit di padang pasir..cacing kepanasan.

Ader org kter..bukan tulisan dr kalau tak boleh baca. Tapi kadang2 saya sendiri pun tak faham apa saya tulis. Nasib baik sy banyak check students draft using track changes..imagine kalau guna tulisan tangan..boleh nangis students. Tapi sy mmg menaip lg cepat dari menulis manual.
Tulisan atas tu kira ok lg tuh..ader waktunyer kepala saya sendiripun boleh terteleng2 nak faham tulisan sendiri. Haish!
Published with Blogger-droid v2.0.8

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...