Tuesday, January 31, 2012

PhD forever and after


Dulu selalu fikir, buat PhD nie amatlah sengsara rasanya. And, seperti graf berbentuk loceng, setelah mencapai puncaknyer (PhD) graf tekanan itu akan menurun normal. Oh rupernyer tidak. Maka benarlah kata seorang senior dulu bila dia mengatakan: PhD hanya permulaan...masa dulu tak begitu pasti apa dimaksudkannya.

Sekarang berulah faham, rupernye buat PhD itu hanyalah 'latihan' seorang yang kerjayanya adalah penyelidik. Untuk masa akan datang dan seterusnya selepas PhD, maka itulah yang dialaminya berulang2 seperti sebuah kitaran kehidupan. Kemudian, baru terasa, PhD nie takdelah seteruk manapun, sbb keje skrg rasanya lebih kurang samer jer tekanannyer. mungkin satu advantage ialah takder penilaian lulus/gagal. tapi masih terbeban oleh expectation orang yg dah invest duit untuk kita buat projek, dalam byk kes, duit itu adalah duit rakyat. maka apakah sumbangan itu dapat memanfaatkan kembali masyarakat???

Buat PhD dulu mmg susah, tapi cuti belajar, takder nak memikir penyeliaan pelajar PhD/Master/BA/Pjj/Pengajaran pembelajaran/Penyelidikan/Pentadbiran/Penerbitan segala bagai. Bila dicampur2 beban ini semua, terasa PhD tu enjoy jugak. Patutlah ada yg kata - baik balik cuti belajar..hehehe.

Moral of the story: takder perkara yg boleh memuaskan hati seorang manusia. dan takder perkara dlm dunia ini sempurna utk memenuhi semua apa yg kita inginkan. jadi blajarlah menerima seadanya.


Wednesday, January 25, 2012

perang twitter/facebook




Sekarang nie dah mcm trend utk luahkan rasa tak puas hati/geram/marah/gaduh di laman sosial twitter dan facebook. setiap orang ada pandangan, saya hormati apa pun anda nak buat dgn laman sosial anda, sbb itu adalah laman anda bukan??

Tapi personally saya tak suka twitter dijadikan stesen untuk mengutuk dan bergaduh dengan orang lain. Bertambah pantang saya - hal2 rumahtangga pun nak diciterkan kat twitter/facebook. Ini mmg mengundang padah. Kalau ada tak puas hati ngan suami, bincanglah elok2, takperlu lah nak report satu dunia apa jadik. cuba perati sendiri, apakah kebanyakan komen itu membantu?? kebanyakannya tidak, yang lebih adalah mencurah lagi minyak ke dalam api yg sedia membara.

Cariklah orang yang sepatutnya boleh memberi buah fikir yang bernas, orang yang dipercayai berkeupayaan memberi kesedaran dan tidak bias dalam membantu kita mencari jalan penyelesaian. lagipun, apakah eloknya mendedahkan keburukan pasangan/rumahtangga/keluarga pada orang lain??
gunakanlah untuk twit/sebarkan perkara yang baik2 dan positif. jika semua kelemahan pasangan terburai di laman web, apakah lagi tertinggal dalam hubungan sebegitu??

berwaspadalah dalam memilih apa yang kita ketengahkan.

Tuesday, January 17, 2012

Mencintai kerja

Kehidupan sekarang memerlukan kita bekerja untuk kelangsungan hidup. Dalam sepuluh orang yang kita kenali, hanya seorang dua yang tidak bekerja, itupun samada:

tak dapat pekerjaan
malas
terlalu kaya

itu tak termasuk orang2 tua dan kanak2 yg memang bukan dlm usia bekerja. dalam berpuluh2 tahun kehidupan kita, banyak dihabiskan dengan bekerja. paling kurang pun 8 jam sehari. ada profesion yg melebihi dari itu - misalnya pekerja sektor perkilangan 12 jam sehari T_T

Sbb itu penting rasanya untuk mencintai, paling tidakpun menyukai sedikit apa yang kita kerjakan to earn a living. Dengan workload kerja zaman sekarang yang begitu banyak, tak boleh bayangkan jika kita bekerja dengan perasaan tension berpanjangan, stress, benci..itu semua boleh memberi kesan negatif pada diri untuk jangka masa panjang.

Oleh itu, belajarlah mencintai apa kita kerjakan. Ini boleh dilakukan dengan memikirkan kerja sebagai ibadah, kerja sebagai amanah, dan kerja membantu kehidupan orang lain lebih baik. Mempunyai kawan2 sekerja yang baik juga penting, kerana takder orang yang boleh tahan duduk dalam pejabat yang penuh politik/gosip/skandal/permusuhan. bila kerja untuk organisasi, kita harus kerja dalam kumpulan, jika ahli-ahli bertelagah dan tak sekutu..memang sengsara..dgr perkataan pergi kerja pun boleh tension. bagi yang blum atau masih mencari2 pekerjaan, rasanya kena mengenali diri sendiri dulu supaya dapat memilih pekerjaan yang bersesuaian minat, kebolehan dan kecenderungan.

pantang - jangan memilih sesuatu pekerjaan kerana 'orang itu mahukan saya kerja ini' sedang jiwa dan hatinya ke lain. ini pun boleh menyebabkan sakit jiwa bila kerja tak diminati. motivasi pun takder and asyik memonteng saja. pilih pekerjaan ini macam pilih suami/isteri, kena pilih betul2.

bagi yang dah terjebak dlm pekerjaan yang tak disukai dan tak boleh nak u turn - kena belajar mencari yang baik ttg pekerjaan yg ada. tak kenal maka tak cinta.

tapi kalau tak boleh jugak - mungkin talak pekerjaan itu yang terbaik.

selamat bekerja

Friday, January 13, 2012

A weekend backlog

Berjayakah disiapkan weekend ini??

Kajian menyatakan separuh daripada rakyat Malaysia bekerja melebihi 8 jam sehari. Kajian ini dilakukan oleh Regus iaitu penyedia tempat kerja flesibel terbesar didunia. Kebanyakkan pekerja membawa balik kerja-kerja mereka ke rumah dan cuba menyelesaikannya sebelum tengah malam.

Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.

Sumber : Kosmo

_____________________________________________________________________________

Hmm, akulah yg termasuk orang yang kerja lebih masa tuh T_T huhuhu...
Kesibukan seharian menyebabkan tak semua perkara dapat diselesaikan seharian dari jam 8-5 petang. Akibatnya weekends yang selalunya indah dihiasi cerita2 hindustan telah dicemari oleh backlog yang harus diselesaikan sebelum minggu depan. Gambar diatas bukanlah gambar hiasan tetapi mmg kerja yang saya kena siapkan di weekends indah yg sepatutnya saya gunakan untuk guling-guling dan golek-golek di depan tv sambil makan kuaci dan aiskrim.



terkorban hari weekend ku yang indah..nasib baik ada sinchan

Ada terbaca dalam forum baru2 ini pasal cikgu (tak semua ye) yang suka dok komplen bawak keje balik rumah, cuti sekolah tak serupa cuti. Uik, kajian telah menunjukkan hampir semua pekerjaan mengalami perkara yg sama. Jadi hentikan komplen seperti itu dan gembiralah kerana anda masih ada cuti sebulan bergaji penuh biarpun dipanggil bertugas masa itu. Aku dan ramai lagi profesion diluar sana takder cuti sebulan bergaji penuh. bersyukurlah dengan apa yang ada.

gambar itu - blum habis lagi citer...blum termasuk email students yg sekali dgn attachments soft copy drafts diaorang yg perlu aku review jugak...

walaupun penat tapi aku cuba kata pada diri ini - ALHAMDULILLAH, kurang2nyer aku bekerja. mengomen tak puas hati hanya akan menyakiti diri. apa yg perlu adalah fokus menyiapkan tugasan itu dan begitulah seterusnya. aku berdoa dikurniakan kerajinan yang maha hebat minggu ini atau aku akan dihinggapi penyakit malas atau main SIMS 3 sepanjang hari...dah banyak dah rakyat SIMS 3 yang aku ternak dalam games tu.

hmmm..fokus! fokus!

Wednesday, January 4, 2012

Red Indian Names

Red Indian Names

A little Red Indian boy asked his father, the big chief and witch doctor of the tribe, "Papa, why is it that we always have long names, while the white men have shorter names -Bill, Ted or Sam, for example?"His father replied, "Look, son, our names represent a symbol, a sign, or a poem for our culture --not like the white men, who repeat their names from generation to generation. Also, it is part of our makeup that in spite of everything, we survive.For example, your sister's name is Small Romantic Moon Over The Lake, because on the night she was born, there was a beautiful moon reflected in the lake.Then there's your brother, Big White Horse of the Prairies, because he was born on a day that the big white horse who gallops over the prairies of the world appeared near our camp and is a symbol of our capacity to live and the lifeforce of our people.It's very simple and easy to understand. So... .do you have any other questions, Little Broken Condom Made in China ? "

ahahahaha...please dont ask where you father got your name..

virtualfriends.net

Tak bersyukur..



Tahun baru, gaji baru, setiap bulan terima gaji, mulalah kepala ligat memikir, beli apa utk diri sendiri. Bila tengok forum, kebanyakan kita sibuk memikir tentang diri sendiri, gadget baru, make up baru, kereta baru, baju baru, kasut baru, handbag baru, listnyer memang tak habis...termasuklah aku

Tapi kerap kali kita lupa melihat anak2 yatim kat rumah2 kebajikan, ibu2 tunggal kesempitan, orang-orang tua gelandangan...

Sehari berbelanja kita di shopping mall adalah pendapatan 1-2 bulan mereka. mengikat perut dan sebagainya..

kadang2 bila melihat tugasan pelajar tentang rumah2 jagaan, saya berfikir sendiri, apa saya buat untuk golongan ini? setakat mana saya menyumbang untuk mereka? apa kelebihan saya yang telah saya gunakan untuk membantu mereka???

kadang2 terlalu selfish..hanya fikirkan diri sendiri..

Moga tahun ini saya dapat melakukan sesuatu yang lebh bermakna untuk mereka, insya allah.

Nur Amalina Che Bakri ke ni???

Tengok berita sambil surfing internet..maklumlah kat ofis tak sempat nak berpoya2 dgn tenet, seybok memanjang. Tengah2 bukak satu web politik ni ternampak ler satu gambar nie..dgn entry yg very catchy: Nur Amalina bukak tudung salah XXXX? Wah aper kaitan lak??? Saya nampakler paparan gambar idola kebanyakan adik2 SPM nie. Ayu dan sopan.

Scrolll down..scroll down okay..still not catching up with the headlines..aper kaitan lak budak nie ngan politik??


dulu...

Haa kau!!


lady gagap??



Terkezut aku...duh!

Iskh, tak mungkin, nehi-nehi..tapi yup itulah gambar latest idola remaja 2005 dulu tu. Saper2 blum lahir tahun 2004 meh saya bagi briefing sikit..dia nielah yang SKOR 17A1 SPM and pastu gi over de sea tuk lanjutkan pelajaran (aku pun gi gak..hehe). Dari elok ayu bertudung, ala2 solehah suam2 terus jadi gitu. Tak tau nak komen aper..tapi komen jugak ler nie..tergolek-golek ala aksi sinchan..tak mungkin tak mungkin!

Aper nak jadik cik adik oi..


sungguh mesra sekali..

Ader orang berkata, budak gi overseas boleh jadi 2 perkara:

1. Berjaya, mengekalkan sahsiah dan akhlak, balik ke Msia menyumbang tenaga utk rakyat Malaysia; atau
2. Kejutan budaya dan terpengaruh dengan perkara yang negatif

Baru2 nie kes adik Afif yang kahwin gay kat Dublin, now Nur Amalina...

Tak dinafikan pembaca sekalian, study kat overseas nie kebebasan dia lain mcam. Disini banyak yang DO and DONT DO. banyak terikat dgn nilai dan moral budaya, banyak peraturan dan ketakutan dijaga. tapi bila kat overseas, memang kebebasan itu terasa sangat. tak de orang peduli pun nak buat aper. apa  yang terlarang kat Malaysia, adalah common things kat luar sana..so itu yang kadang2 ada yang terkezut dan jika tak hati2 terjerumus dalam kehidupan baru serba bebas.

Tapi masih ramai lagi students Msia kat luar negara yg saya nampak mengekalkan sahsiah dan akhlak mereka, tak berubah malah ada yang semakin kuat akidah mereka di sana. Jadi janganlah sapu sama rata jer yang gi overseas nie balik jadi rambut kuning/karat. bukan setakat rambut jer kuning tapi otak pun kuning. tak gi overseas pun boleh jadi jahat, itu pokok pangkal jiwa dan hati nurani kita dan iman.

Pernah dulu masa nak ke Australia ada seseorang bagi komen macam nie kat saya: 'Balik nanti rambut mesti merah.' Alhamdulillah, gi dulu rambut hitam, balik pun hitam. Kalu jati diri tu kuat, kita tau diri kita, nilai dan apa kita percaya, gi lah mana2 insya allah tetap macam tu gak.

Moga apa yang dipaparkan ini kita ambil iktibar sesama. Yang baik jadikan contoh, yang buruk jadikan sempadan.

"cemerlang pelajaran, bukan akidah"

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...