Habis sudah majlis konvokesyen kali ke-39 di UKM. Last year tak sempat pergi tapi alhamdulillah kali nie dapat pergi hari kedua sidang sebelah pagi. Sebab dah byk kali pergi, dah rasa biasa sajer, tapi kalu tgk students and parents, mmg excited semacam, yelah, dah habis blajar, mak bapak pun dah nampak kejayaan dpn mata, so mesti bangga semua kan kan.
tapi sedihnya, ada dua orang pelajar yg pernah sy ajar tahun nie tak sempat menerima ijazah mrk pd hari bersejarah tu. seorang meninggal dunia akibat kanser pada semester akhir, dan yang seorang lagi meninggal dunia bbrp hari sebelum konvokesyen kerana kemalangan jalan raya. baju dah beli pun, mmg sedih tgk ibubapa/wife terima ijazah posthumous dari procanselor.
Dari kiri: Dr. Suzana, Dr. Zubir, Dr. Fauziah, Dr. Chong, Dr. Suhaimi, Dr. Salina, Dr. Tan & Dr. Nash |
Ehehehe ada pun gambar ni bukan gambar students yg konvo. Nie gambar kawan2 sekerja dan sefakulti. ada pun yg pakai lain sikit tu sbb pakai jubah dari universiti yg mrk perolehi PhD masing. so kami berpakat2 lah tuk beli jubah masing2 thn depan (tengok budget jugak, baju bukan murah, pakai setahun sekali pulak tu).
leganya bila dah betul2 settle semua urusan PhD |
aku?? alhamdulilah, sepatutnya konvo this coming Oct 12 jam 3 petang, tapi mintak defer tuk kumpul duit ke Melbourne tahun dpn. AKHIRNYA, perjalanan PhD ini benar2 ke garisan penamat apabila LETTER of COMPLETION secara rasminya diterima. Maknanya disini, genap 4 thn dari saat menjejakkan kaki ke Australia 2007 hinggalah proses kelulusan Senat Victoria University baru2 ini. Fuhhhh..lega2 dan alhamdulilah.
now bolehlah fikirkan masalah lain pulak....erk! hidup mesti terus...