Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011!!!!


Happy New Year 2011 everyone!!!!
Semoga tahun 2011 menjanjikan kemakmuran dan lebih kestabilan untuk Malaysia
Lebih keamanan dan kesejahteraan untuk rakyat Malaysia
dan Lebih banyak kejayaan dan pencapaian dan keberkatan dalam kehidupan
untuk diri sendiri, keluarga, dan sahabat handai. 
I have no particular plan for today celebration. I rather spend my time at home and watching all good movies and live show on tv than to venture out at night just to see all the happening things tonite. 

Semoga 2011 membawa tuah kepada semua.

Wednesday, December 15, 2010

Chasing dreams

When you wake up In the morning you have two simple choices..
Go back to sleep and dream, or wake up and chase those dreams..

Monday, December 6, 2010

salam maal hijrah


SALAM MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT 
DI MANA SAJA BERADA 

note: doakan yg baik-baik untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh umat Islam amnya. Selamat bercuti.

Wednesday, December 1, 2010

what i learn today..

gambar tiada kaitan dgn topik; sajer2 suka

1. kejayaan takder titik noktah. hari nie anda berjaya mencapai target, tapi anda perlu mencipta kejayaan yg baru pula. berpuas hati pd satu2 pencapaian boleh menyebabkan penyakit kemalasan kerana 'kehabisan objektif hidup'. kita akan cenderung selesa dan tak mahu bergerak.

2. takder kejayaan tanpa penat lelah. orang yg percaya dia boleh berjaya dgn memikirkannya semata2 tetapi tidak mahu mengusahakannya tidak akan kemana2. setiap pencapaian orang yg berjaya ada dibelakangnya pengorbanan yg orang tak nampak (masa, tenaga, kesenangan dll). pelajar yang mahu skor SPM dan pekerja yg mahu gaji lebih tinggi, takkan kemana2 jika mrk tidak berusaha utk mendapatkannyer. begitu juga dengan perompak atau pencuri yg mencuri barang orang lain, adalah orang yang mahu senang dgn kesenangan tetapi malas mengusahakannya. 

3. kejayaan perlu kesabaran. orang yg bersabar dgn kesusahan dan kepayahan tetapi meneruskannya juga lebih mudah berjaya berbanding orang yg memilih utk tak mahu susah sekarang. ader kecenderungan utk generasi kini menginginkan kesenangan jangka pendek tanpa menyedari mereka mengorbankan kesenangan jangka panjang (e.g. malas belajar sbb nak menonton tv atau membuat aktiviti sosial dgn kawan2 itu lebih baik dari bersengkang mata utk belajar).

4. hidup ini tidak ader gembira sentiasa. sy fikir hidup ini indah kerana kita ader gelak ketawa dan airmata. adalah salah kalu kita selalu berfikir, hidup harus gembira selalu, KERANA hakikat kehidupan bukan begitu. sedih itu aku punyer, gembira itu pun aku yang punyer, hanya dgn menyedari kepelbagaian pengalaman hidup barulah kita dpt menjalani hidup ini dgn lebih bijaksana dan redha.

5. kejayaan tidak bermakna kalau kita tak dapat berkongsinya dgn orang tersayang. hanya dgn berkongsi kejayaan individu itu lebih bermakna kerana kejayaan tidak datang hasil diri kita sendiri saja tapi juga pengorbanan orang lain dan izin Allah.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...