Sunday, September 26, 2010

Hari tanpa beg plastik

 For those who went for shopping yesterday must realise that yesterday, almost all big market (i dont know about the small one) wont give you plastic bags whenever you purchase something from their shop. Fortunately, i always bring my shopping bag - recycle bag that i brought from melbourne. well supply huh? I had an opportunity to talk to one of cashiers on duty that day about public respond on such thing.

quite surprised...

she said..'ala kak, penat hari nie nak explained ngan customer pasal no plastic bag today. penat ckp, penat kena marah. customer tak suka.'

and i have this big question in my mind, like..

WHAT THE???

come on Malaysian people. kita ckp pasal greener environment..talking and talking not enough you know. be part of it. not just talking about what the government should do, that people should do..but ask yourself, whats your contribution for Malaysia environments....baru sehari tanpa bag plastik sudah mau marah kah? aiya..what an attitude...

i believed that all of us should be part of this program. at least show your support. the government dont ask much, just bring your own friendly recycle bag whenever you go shopping. if one household can do it, you can imagine if all Malaysian doing the same thing?? 

you can get recycle bag very easily nowadays, its not like looking for  tong sampah 3 warna. (if you know what i mean). most of shops/market, they make it ready for you..you can ask and buy and keep it and bring it next time you go for shopping again. no harm done! and you can safe budget some more coz you dont have to pay the cost for that plastic bag!

 show your support for a better and greener Malaysia!

Sunday, September 12, 2010

Sakit dan kematian

salam,
nampaknyer rayer tahun nie berlalu dgn agak tidak best - kalu boleh dikatakan begitu. bestnyer satu jer, sbb dah balik malaysia, beraya di malaysia setelah 3 thn tak balik beraya. yg tak bestnyer byk - ada byk kematian dan sakit teruk. ipar duai, anak saudara, kenalan rapat dll ramai yg sakit - ader yg serius tenat berpanjangan, ader yg sakit sementara tpi teruk jugak kenanya spt demam panas yg terpaksa dipapah ke hospital dan ditambah air.

so jalan raya pun tak seruper jalan raya sangat coz dok risau memanjang pasal sakit demam orang sekeliling..

aduhai nasib..

Thursday, September 9, 2010

selamat hari raya maaf zahir batin


saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya
maaf zahir batin kepada sahabat-sahabat di mana jua berada, baik di Malaysia 
mahupun yang masih berada di Australia, UK, New Zealand dan di mana jua berada. 
semoga hari raya kali ini lebih memberi keberkatan dan 
mengeratkan silaturahim sesama kita.

Monday, September 6, 2010

Rakyat Malaysia kurang kitar semula


Berita Harian Online hari nie menyiarkan kata2 dari Setiausaha Agung Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar bahwa tahap kesedaran kitar semula rakyat Malaysia masih pd tahap mengecewakan.

Saya agak tidak bersetuju dengan pendapat ini. Pada saya kempen saja dan promosi utk menggalakkan orang membuat kitar semula saja tidak cukup jika masyarakat tidak diberikan kemudahan kitar semula yang baik. Pengalaman sy duduk di Australia, sy dpt memerhatikan bbrp perkara berkenaan isu ini. Ketika datang di Melbourne dulu, sy bukanlah orang yg conscious about kitar semula nieh. Tapi kemudahan prasarana yg disediakan membuatkan sy 'terdidik secara tak sedar dan sedar' utk membuat kitar semula barang2 yg saya pakai. 

contohnya:

dihadapan rumah saya disediakan 2 jenis tong sampah - tong sampah utk sisa makanan dan tong sampah utk barang2 recycle. 

market2 besar mmg tak menggalakkan penggunaan plastik. tapi, mrk menyediakan di pintu2 masuk market mrk dgn plastik yg mesra alam, yg boleh dikitar semula dan juga beg2 shopping pd harga yg murah/berpatutan dan menarik. beg2 nie sy even bawak balik malaysia utk digunakan disini dan utk diberi kpd sahabat2 dan kaum keluarga. beg2 nie sgt tahan lama, menarik, senang dibawa dan paling penting, tak mencemarkan alam sekitar. 

bila ini berlaku, maka pelanggan yg dtg dkt mall dan tak bawak beg shopping blh terus membeli beg2 yg disediakan oleh pihak market dan blh menyimpannya terus. ini yg sy nampak sgt kurang di market2 malaysia. sy fikir ini patut diadakan kerana ia tindakan bijak memancing msykt utk lebih mesra alam kerana kemudahan dan akses kpd beg ini secara tak langsung mengalakkan atau meningkatkan tabiat kitar semula. 

n sebelum kata penduduk malaysia kurang kesedaran kitar semula, tolong pastikan tong2 sampah dan kekerapan kutipan dari pihak berkuasa tempatan juga efisien. scr logik, saper nak buang sampah kitar semula kalu terpaksa jalan berkilometer jauhnyer hanya utk buang sampah kitar semula? at least patut ader setiap blok umah satu sampah utk kitar semula (kalaupun tak setiap rumah). jgn satu kawasan perumahan satu tong kitar semula..alahai, sgt tidak praktikal dan menyusahkan. kalu nak mendidik msykt, kita kena pandai sediakan kemudahan yg menyenangkan. kalu dlm fikiran dah transfer 'susahnya nak gi tong kitar semula sbb jauh' maka promosi mcm ner pun, akan kurang nampak impaknyer. 

even sy balik msia nie pun dah jadi balik perangai lama - sy tak mengasingkan sampah2 biasa dan yg blh kitar semula sebabnya, takder tong sampah kitar semula di kawasan perumahan sy. jadi sy kira, kemudahan yg 'inadequate' itu jugak sbnrnya penyumbang tahap kitar semula yang rendah rakyat malaysia. 

kalu pun kos sediakan tong sampah kitar semula mahal sgt utk disediakan pihak berkuasa tempatan, blh jugak dicadangkan penduduk membeli sendiri sbg tanda sokongan, dgn menawarkan harga promosi dan diskaun tong sampah kitar semula pd harga yg murah. 


kematian - sebuah duka berpanjangan


kematian - adalah sebuah duka yang berpanjangan. apatah lagi yang pergi itu adalah ibubapa kita. dulu,  ketika kecil, sewaktu mendengar ibu atau bapa sahabat dan kawan2 meninggal dunia, sy selalu bertanya pd diri 'agaknya bagaimana rasanya, kematian ibubapa'. dan ketika arwah ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga, sy benar2 merasainya 'oh ini rasanya.' 

rasanya???

hanya yg kematian ibubapa yg benar2 dpt merasakan makna kehilangan itu. seminit berduka, selamanya menangis, walaupun tak kelihatan airmata. tapi jiwa yg kematian ibubapa takkan sama sptmana seblumnya. dulu sy kira sy takkan mampu ketawa dan bergembira setelah kematian ayah, tapi waktu ternyata memberi kekuatan baru dan kehidupan baru. dan sy kira, kalu sy pergi pun, sy takkan mahu orang yg saya tinggalkan selamanya didalam kesedihan yang berpanjangan. cuma doalah, kerana itu petanda sayang..kerana doa itu ikatan berterusan anak dan ibubapa dunia dan akhirat. 

walau ayah telah kembali kerahmatullah lebih 3 thn lamanya..pd sy, tetap merasakan spt ia baru saja berlaku semalam. 

kematian, adalah satu peringatan, bhw kehidupan kita didunia ini hanya sementara. bila tiba saatnya kita pergi, maka tiada yg dpt melambat atau mempercepatkannya. bahawa apa yg kita sayang didunia ini, tak lebih dari sekadar pinjaman sementara waktu dari yang Esa. dan termasuk diri kita ini, bukanlah sesuatu yg kekal didunia ini..

sungguh hidup ini tidak kemana melainkan akhirnya pd yg Esa juga kita kembali

al fatihah.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...