Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010


saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua kawan2 sekalian. semoga 2010 membawa lebih banyak kebaikan dan kehidupan yg lebih ceria dan bahagia. dugaan dan cabaran itu tetap ada tapi moga lebih bijak dan matang menanganinya. muarh!

note: spt 3 thn yg sudah, duk umah jer mlm nie. tak der plan nak kuar, lagipun cuaca panas hari nie (38c). nasib baik ada Lord of the Ring the Return of the King malam nie utk ditonton. jumpa thn depan :)

Padam punca bukan apinya

kdg2 kita tak mau melihat kebenaran (?)


sejak bbrp hari nie sy mengikuti perkembangan semasa susulan tragedi kemalangan maut yg banyak melibatkan bas ekpress penumpang. ingat nak bagi komen lebih awal tapi rasa mcm 'biarlah dlu.' tapi bila tgk saranan2 yg diberikan, sy rasa nak tergelak, sedih pun ya jugak. mcm2lah yg dicadangkan, sejak dulu lagi - antara yg sy ingat ialah kotak hitam, dan skrg nie nak perkenal sistem profile utk kenal pasti latarbelakang pemandu - yg bersih dari kesalahan serius jalan raya termasuk yg disenaraihitamkan.

my first thought - aperlahhh..sptnya memadam api bukan pada puncanya. mcm2 sarananlah diberi, tapi ada tak satu kajian menyeluruh dibuat dgn mengambil kira pdgn pemandu bus sendiri? kdg2 yg memberi pdgn dan cdgn tu, org yg tak ada cukup pengetahuan ttg isu yg dibincangkan. belek2 balik suratkhabar the star baru2 nie.

to qoute:

They are underpaid, undertrained and overworked. And they lie at the bottom of the pile as far as commercial vehicle drivers are concerned.While lorry and truck drivers can earn between RM4,000 and RM5,000 a month, non-unionised bus drivers get as little as RM500 in basic salary.To make ends meet, they have to work overtime, drive more trips and in so doing, forgo their sleep. This, many say, is the real reason why shocking express bus accidents still occur with horrifying regularity.Checks with trade organisations and unions revealed that bus drivers are among the lowest paid drivers of commercial vehicles.

The Pan Malaysian Bus Operators Association (PMBOA) and the Transport Workers Union (TWU) say the average pay for a driver with five years' experience is between RM2,000 and RM3,000 including allowances. Lorry drivers are paid much more. The lower salary tends to compel drivers to work longer than they should, and some take drugs to stay awake.

TWU secretary-general Datuk Zainal Rampak believes there are about 2,000 non-unionised drivers compared to over 4,000 who work with companies which allow union representation.

"Records show that many accidents involve express buses companies whose drivers are not unionised," he said. Zainal said another shortcoming was a lack of training for drivers.

The Government, he said, should seriously check on express bus driver training, experience and physical fitness before allowing them to drive long distance.

"Some drivers who have just received their public service vehicle licence have been told to drive long distances immediately," he said.

PMBOA president Datuk Ashfar Ali said bus drivers are "being paid well", and he agrees that there should be training for them.

He said the Government should come into the picture by giving soft loans, such as those provided for unemployed graduates, for training for commercial vehicle driving.

"Driving a bus or lorry is a skill. It is like learning to use a computer," he said.

He said the industry at the moment makes its new drivers work through a trial period on short-haul routes before "graduating" to long-distance drives.

Commercial Vehicle Licensing Board chairman Datuk Halimah Sadique said bus operators must look into the welfare of their drivers as a way to prevent mishaps.

"You can have a bus with a speed limiter and GPS but if the driver is not good or is inexperienced, it defeats the purpose of such technology," she said.

"This is about the safety of people," she said.

Currently, there is no centralised training programme for commercial vehicle drivers except for the Road Transport Department test for them to obtain their public service vehicle or goods driving licences.

An attempt was made in 2005 to make drivers of commercial vehicles undergo compulsory training at a privatised training facility but the proposal met strong objections and was postponed indefinitely.

-The Star/Asia News Network

isunya ialah setakat mana pihak berkaitan take this information seriously. sy fikir for long term, this is the best we can do, to better train our bus drivers, increase their income and no kejar trip. apa yg berlaku skrg berkait rapat dgn kebajikan pemandu bus dan keadaan semasa mrk (low income, kejar trip, under trained etc).

otherwise, it will happen again and again. but for those who looking for short term solution and not willing to pay extra cost - they will do exactly what we did now. maybe sistem ini blh mengelakkan sykt bus mengambil pemandu yg ada rekod, tapi blh jamin tak yg ada rekod bersih dan baru start bw bus takkan kejar trip (contohnya)? kalu namapun mengejar trip - mestilah kena bw laju..

seingat sy, byk kali pdgn2 diberikan oleh individu spt Datuk Zainal Rampak dipandang remeh. sampai bila agaknya? ignorance?



Wednesday, December 30, 2009

Sehari yang panjang






note: yawn. i managed to spend a few hours for study and the rest of the day for - tengok wayang (sherlock holmes - 4 bintang), makan di nandos, balik rumah rehat and order pizza and makan lagi, and visited ida (another friend) who just being kicked out from her house and relocated in a new unit (smaller but not too bad). tak sempat upload pictures yg i sempat tangkap dgn my mobile phone. maybe next time. today, i successfully, lured my housemate and mek siri (after we finished the movie) to become my stars for today. as usual, i was not even in the photos. see for urself. low profile..hehe. i was hiding behind the camera..who else??

tomorrow is gonna be hot and the day after tomorrow as well. i make some good improvement in my study today. so i hope i can spend a few more hours tomorrow. hidup malas tak kan kemana. sungguh siput terasa..

Tuesday, December 29, 2009

pokok oh pokok

pagi nie, sedang sy duduk di meja 'bertafakur' (konon nak start writing pepagi - stlh cuti rehat lama), sy terpandang dan sedar akan sesuatu yg selama ini sy take things for granted or just simply dont think about seriously..pokok dpn my window..sudah besar rupernya. dulu first time sy dtg umah nie (tahun 2007) pokok nie kecik lagi, takde lah sebesar 'gajah' mcm nie skrg. skrg nie dia cover full satu tingkap (i ada 2 tingkap bilik)..and sedang menjalar pulak rantingnya di...

tingkap yg satu lagi..tempat sy selalu skodeng arnab2 pepagi yg curi2 dtg and buat lubang di rumah nieh...uik..cepat betul kamu nie besar ya. dlm 3 thn nie, kamu dah jadi pokok yg dah tak blh dipandang ringan lagi..kehadiran mu disedari, kekuasaan mu mula dirasai.

analoginya, agaknya otak yg tgh struggle dgn phd nie pun mcm ne agaknya? bercambah subur mcm niekah jugak? harap2nya begitu..kalu tak, aper barang???

manusia pun blh diibaratkan spt pokok. manusia yg matang dan boleh diharapkan spt pokok rendang yg dahannya boleh dijadikan tempat berpaut, redupnya boleh dijadikan tempat berteduh, buahnya boleh dimakan dsbnya. besar manfaat yg boleh diambil dari org2 yg baik. pendirian pun blh diibaratkan spt pokok, org yg kuat pendirian dan pegangan hidupnya spt pokok yg akarnya menunjang jauh ke dasar bumi. tak mudah dipatahkan atau ditumbangkan sewenang2nya. org spt ini, berdiri atas prinsip dia percayai..berbeza dgn rumput gemalai yg ikut arah angin terbang - blh pusing kita dibuatnya.

artikel ini juga menunjukkan bahwa, betapa susahnya nak start balik enjin pepagi nie stlh cuti lama..see?? bila nak start writing, mulalah fikir perkara tak berkaitan..pagi nie blh pulak fikir pasal pokok?? time lain tak blh ka? haiya...

buat keje please!!


Monday, December 28, 2009

menjelang tahun baru 2010

tahun baru 2010 bbrpa hari lagi. pantas betul waktu berlalu. serius. even cuti sebulan di Msia baru2 nie sptnya 2 minggu saja. masa pantas meninggalkan kita. samada tercapai ataupun tidak wawasan sepanjang thn, yg pasti detik tetap berlalu pantas. apa plan menjelang thn baru? sy blum ada rancangan spesifik. setelah cuti sebulan, kepala berat betul nak start balik and stay focus pd study. mmg physically ada di meja study, but my mind simply wandering around..aimlessly..biasanya pd benda2 merepek--like games, news, articles, you tube yg langsung takde kaitan dgn my study. i am sooo naughty lately. not good..not good. i know..tapi takkan nak study on new year eve? arh sounds boring...

perkara yg agak merungsingkan skrg nie ialah my obsession with games - especially sims2. oh..teruknya. fikir jugak tuk main game nie kalu takder benda nak buat mlm tahun baru..tapi..dah rasa overlimit dah, i should stop. i feel it just too much. i have to stop! so my new resolution - no sims2 game anymore! (patut send it over to my anak2 saudara as soon as possible; selagi ada benda alah nie di bilik, selagi tu gatal nak main).

terfikir jugak tuk jalan2 sekitar melbourne on new year eve memandangkan public transport on that day free and 24 jam operated. sounds good, and byk spot kat melbourne city tuk celebrate new year. tapi lebih berminat utk tangkap gambar, not really for celebrating. sy tak berapa minat keraian2 nie. risiko pulak - balik mlm2 sure jumpa ramai org mabuk. blh jadi merbahaya for ladies. sure tak blh pergi sorang2.
tapi ada baiknya jugak gunakan waktu tu tuk fikir ttg pencapaian2 lepas apakah mencapai target serta setkan wawasan baru utk 2010. sounds boring..tapi..undoubtly important. bagi yg jarang2 ambik masa fikir progress yg dibuat sepanjang tahun, waktu senggang menjelang tahun baru ada baiknya tuk refleksi diri. sy tak decide aper2 lagi utk thn baru, tapi most probably di rumah saja gamaknya...

amaran: teringat kata seseorang - thn baru ialah 'waktu mengawan'. tunggulah bbrp bulan lepas tu, byklah kes terpregnant (especially remaja/budak sekolah/ipt)..pastu diikuti pulak dgn meningkatnya report polis, buang bayi dll seangkatan. so, pilihlah aktiviti yg cerdik.



Saturday, December 26, 2009

koleksi kanak-kanak








note: budak2 bab bergambar mmg no 1. tak larat nak snap..sy suka ambik gambar budak2 sbb natural dan spontan. nilah barisan penghibur yg memeriahkan suasana setiap kali balik kampung. anak2 saudara dan jiran tetangga. love them all. muarh!

gambar takder keje


note: semalam cuti krismas, boring kat umah, sy shoot gambar. adalah dlm 100+ gambar student village sy ambik. nie antara hasil gambar yg sy dah tangkap (itupun stlh dgn hebatnya touch up dilakukan). ahahaha..teknologi sesungguhnya byk membantu org mcm sy yg tak reti sgt ambik gambar tuk kuar dgn gambar yg OK-lah tarafnya (kalupun sampai tahap tu). gambar2 nie semua sy shoot dgn Nikon D3000 pd ptg semalam di saat keboringan. ada jugak bbrp gambar sms di Msia.

kutukan dialu2kan. :)

Friday, December 25, 2009

cuti krismas

tiada apa2 yg menarik krismas nie selain duduk rumah tengok program tv yg tak berapa nak best (ulang thn lepas, dah tgk bbrp kali), public transport pun cuti, kedai pun tutup, so duduk di rumah saja. tertido sekejap sblm outing tuk shoot gambar sekitar rumah. ahahaha..main2 ngan kamera. byk lagi msh perlu belajar. practice makes perfect. ku gagahi jugak ambik gambar. cantik/hudoh belakang kira..ambik jer dulu..

memegang kata expert - ratus2 ambik gambar, satu dua jer best itu normal. nasib baik kamera zmn skrg nie guna slide card jer, kalu msh pakai filem, aduh, byk gak kos nak tanggung.

Thursday, December 24, 2009

bersabarlah sebentar


~ sabar itu kunci keluar dari kesusahan. sesiapa bersabar maka dia akan berjaya mengatasi masalah. hasil kesabaran itu adalah kejayaan. dan jika musibah yang menimpa itu sangat berat maka akan menyusul sesudah itu kemudahan. ~

note: hari nie cuaca okay sikit berbanding smlm. tak blh tido lena coz rumah berbahang. hari nie cloudy, jangkanya hujan petang nie. cuaca agak baik tgh hari nie..best jugak kalu blh shoot camera sepam dua :)

Wednesday, December 23, 2009

logik vs emosi

rungutan ini barangkali biasa didengari bilamana seseorang berbicara ttg wanita yg menyulitkan hidupnya (eg wanita sbg bos, sbg isteri, sbg kwn, kakak, adik dll).

"wanita makhluk emosi.."
jarang sekali yg mengatakan wanita sbg sebaliknya "wanita makhluk yg logik". pd sy ini fitrah kejadian seoranag wanita, diperlengkapkan dgn perasaan yg menebal, lebih tebal dari akal fikirannya. justeru, bisa benar setiap tingkah laku perbuatannya berdasarkan apa yg dirasakannya saat itu, jarang benar disebabkan oleh apa yg difikirkannya patut (akal logik). walaupun ia barangkali menyedari hakikat kepentingan logik ini dlm menghadapi kesulitan, tapi pantas pula emosi menawan akal logik sehingga merasakan 'peduli aper aku?' janji hati puas!

kerana itu wanita barangkali lebih layak dan cekap dlm menguruskan keluarga dan anak2 kerana bab kasih sayang dan kepekaan pd keperluan psikologi dan emosi adalah lebih baik dari lelaki. kerana itu juga barangkali lelaki tugasnya lebih layak utk mencari nafkah bagi keluarga dan melengkapi keperluan2 lain dalam berumahtangga. bukan bias gender/budaya, tapi jika diperhalusi asal kejadian wanita lelaki dan sifat2nya, maka nampak benar ia ideal dan saling melengkapi. cuma tidak dinafikan ada budaya yg terlalu ekstrim dlm pembahagiaan wanita lelaki sehingga berlaku penindasan yg tak sepatutnya.

dari sudut yg lain, menggunakan emosi utk menangani segala2 juga tak wajar kerana tak semua keadaan blh dihadapi scr yg terbaik dgn emosi dan perasaan. ada waktu2nya, logik itu harus mengambil tempat. harus diseimbangkan. sukarnya, tiada hitam putih pembahagian dlm hal ini kerana ia msh byk bergantung kpd -budi bicara dan pertimbangan kita memikirkannya.

sy sendiri tidak menafikan, kdg2 sukar utk meletakkan keutamaan pd tempat sepatutnya. kdg2 tindakan kita kurang bijak kerana kita bertindak menggunakan emosi, kita tahu itu salah, itu menyukarkan keadaan, tapi akal logik ms itu tidak cukup kuat utk menawan emosi yg sedang membara. pd sy disitu letak situasi yg kritikal, memilih antara 2 - ikut perasaan atau bertenang dan ambil pendekatan yg lebih munasabah (logik).

kerana itu, ada org berkata, jika sedang marah, wajarlah jgn terus dihambur kemarahan itu. jika blh, bertenang dan bersabar, punya waktu utk 'time out' lebih baik. langkah yg baik ialah menyedari bahawa diri berada dlm keadaan 'tidak stabil' utk membuat keputusan2 or tindakan2 penting. mengakui bahawa saat emosi mempengaruhi minda, jarang benar keputusan yg keluar itu adalah keputusan yg bijak, malah seringkali memusnahkan. jadi elok benar meredakan keadaan dari terus memuaskan hati. emosi itu kelebihan, emosi itu juga blh menjadi sarang bisikan syaitan.

wanita mmg makhluk beremosi, disitulah kecantikan mrk. tapi wanita juga harus sedar akan keburukan yg blh berlaku disebabkan emosi yg tak terkawal justeru mencari jalan utk menyeimbangkannya bila perlu. ia perlu muhasabah, refleksi dan rajin merenung cara diri kita bertindak dlm apa jua keadaan. bila kita kenal diri kita dan cara kita bertindak, maka semakin mudah utk kita lebih bertanggungjawab dlm tindakan.

ingat: emosi dan logik itu masih pilihan..terpulang anda utk memikirkannya



Monday, December 21, 2009

Melbourne again..

ada ais kat tepi tingkap

alhamdulillah, perjalanan hampir 8 jam akhirnya selesai sudah ( i hate flying). i slept almost immediately. stewardess served mknan pun tak sedar. first duduk dikepit semua omputih. aduh, dah lah duduk tengah2. tapi nasib baik sorang pramugara panggil and bagi saya pilih tpt duduk kosong..so aper lagi, cari port tepi tingkap..2 sit conquer, blh lah tido ngan selesanya. tima kasih2. mcm faham2 jer sy tak selesa. bumpy jugak all the way..tapi okaylah. movie tak tengok sgtpun. last time, tak sempat habis menonton filem 'Chocolat'. ingat blhlah habiskan menonton kali nie, nampaknya tak sempat habis jugak. pagi tadi once kuar airport, angin sejuk..tapi panas at the same time, suhu at the time ialah 11 celcius. kata driver taxi yg hantar sy kat umah, last week ada sehari tu 40c. dia pun komplen kata australia getting drier and drier. berbeza 24 thn yg lalu. i just said, blame to climate change.

to those who concern, i am safely arrived. perjuangan pun bermula lagi...setelah 'rehat' seketika sebulan.

Tuesday, December 1, 2009

Kat Msia dah


lusa adalah hari presentation. berdebar2 nie. lebih parah, bila nampak sy msk sessi serentak dgn pengerusi dan senior2 lecturer aka bekas pensyarah sendiri. ayo-yo. sptnya terasa spt timun skrg dan 'mereka-mereka' itu durian2 yg besar2 durinya. takut mmg ada tapi fikir optimis, kalu bukan skrg, bila lagi nak memotivasikan diri utk mencuba. mmg saya akui tak berpengalaman, tapi ini juga adalah langkah2 awal tuk menjadi berpengalaman. hanya perlu kekuatan utk mengatasi ketakutan dan kelemahan. kerana sy pasti, sy tak blh mengelak..kerana ini pastinya bukan yg terakhir.


hari nie beranikan diri bawak kete ke KL. i hate KL. and ntah naper terasa brutal dan ganazzz nyer pemandu2 di msia nie berbanding diri nie yg dah jadi pemandu berhemah..bawak 70-80..maximum speed 90km/j walaupun sign dan jelas kata 110km/j. mesti ramai yg bengkek hari nie sbb ada kete jalan mcm siput kat lorong paling kiri. peliknya, lorong kiri pun org bantai bawak laju2..ntahler. org msia nie passive aggresive kot.


kat tol sg buloh hari nie, sesak kat tol tunai. bila nak ciluk tu, takder org pun sudi nak bagi ruang. hanya bbrp ketika baru ada kete mewah putih bagi laluan. geramnya, ada dua mat arab, pakai topi haji, turban, janggut panjang (macam alim dan berbudi dan bermulia hati) tapi hampeh, dialah yg menyondol2 tak bagi ruang. teringat kat melbourne, rasa diri nie sbg penjalan kaki di hormati.


tiket balik melbourne blum lagi dibeli. try minggu nie. ada yg tanya naper 'low profile' sgt balik tak bagi tau. sy balik utk conference, sy takut tak blh nak catch up begitu banyak social demand, tuk berjumpa sana sini. takut terbengkalai keje yg diamanahkan oleh supervisor. nie smester akhir, masa jadi begitu brharga. harap ada yg faham. ingin jugak cuti lama2, tapi mengenangkan deadline, mulalah risau dan mimpi ngeri.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...