Sunday, October 25, 2009

Konvoi si pari-pari












note: dpt forward gambar nie from my close friend. just wanna share with you guys..maha besar Dia.

Monday, October 19, 2009

BBQ Footscray Park

Pagi smlm slps joging, sy dan riayati ke kampus utk sambung keje. sblm tu singgah ke Footscray Park, sblh kampus utk acara BBQ anjuran my officemate Pak Ali dan students post grad Indonesia. cuaca hari nie mmg baik, jadi ramai pulak yg sy tgk ambik kesempatan bbq. bestnyer sini set bbq mmg dah tersedia kat park nie. jadi org blh dtg dan bakar sajer. kalu rajin sikit bawaklah set bbq sendiri. even kat student village pun setiap blok ada set bbqnya sendiri kat luar so students blh bbq. on d way balik umah tgk budak student village pun bbq. ini juga menunjukkan, summer semakin dekat. byklah aktiviti bbq slps nie.
sy sorang jer Msian, tapi takper ditebalkan jugak muka utk memenuhi jemputan pak Ali. sejak parti diaorg menang besar ms pilihanraya baru2 nie, sy bagi nama baru utk pak ali - Mr President. kebanyakan yg dtg gathering nie sy kenal sbb diorg selalu dtg ke ofis jumpa pak ali. ramai jugak yg first time jumpa.

mcm2 makan2, ada udang, ayam, daging, kebab, kambing, sosej, kuih-muih, lauk pauk. pendek citer kenyang lah. bwh nie, latar blkg gambar yg mcm stadium tu ialah Flemington Racecourse. bulan nie dah start lumba kuda, akan meriahlah dgn pompuan2 pakai gaun2 cantik, lelaki dgn kot segak dan kete limosin panjang ala2 filem pretty woman.



seagull pun sibuk dtg nak makan. ramai pulak yg dtg bbq smalam petang di Footscray Park. park nie mmg luas. dulu ada jugak dtg petang2 lepak kat tepi sungai tapi sbb busy skrg takder masa.
Kalu pagi2 or petang2 sikit blh nampak org berkayak sepanjang sungai.
having a good time :-)

Sunday, October 18, 2009

Rumusan Seminggu

Lama dah rasanya meninggalkan blog tanpa apa2 update. Masa semakin bernilai di saat2 akhir pengajian, semakin rasa terkejar2. Rasa nak update blog setiap hari tapi memandangkan busy takder byk masa maka berkesempatan utk buat rumusan sajerlah..aktiviti seminggu/sebulan. Pagi nie, berjalan/joging dgn Riayati (my ofismate/phd student/lecturer indonesia). agak jauh jugak kami berjalan2. tak joging pun, tapi berjalan2 cuci mata, ambik fresh air. cuaca pagi nie sgt best utk jalan2, cerah dan dingin. ntah aper2 gambar sy ambik. ms kami jalan tu msh lengang lagi, maklumlah sunday morning, smlm dah puas agaknya diorg nie berparty. tgh hari baru nampak muka kuar gi shopping mall makan2. ruginya bangun lewat sbb pagi selalu indah.

abis rumah org kitorg komen, nie joging merangkap skodeng rumah org. ada satu area kwn elit, rumah cantik2 dan garden pun best2 tapi terlupa pulak nak tangkap gambar. nantilah kalu kami berjalan lagi. bestnyer umah kat sini, kecik mcm ner pun ada backyard or frontyard yg besar utk beriadah. kat msia susah nak jumpa, agaknya sbb tu semua org rebut corner lot. msia patut ubah konsep rumah semata2, pastikan ada ruang lapang utk aktiviti keluarga. blh bercucuk tanam sekali.
sbnrnya view dia cantik, tapi sbb kamera nie maklumlah kamera handphone, feeling and view tak sama mcm yg kami nampak. tapi blhlah dari takder aper2. lagipun hp camera always comes in handy. easy to use. imagine, takkan nak bawak kamera besar gi joging? janji blh tangkap gambar. bestnya kalu ada rumah sendiri and ada garden...

sy bagi tau Riayati rumah idaman sy tak perlu mewah, yg penting bila sy tgk, sy rasa selesa, nyaman and instantly feel like home. cosy. ala2 cottage. riayati kata dia blh imagine rumah sy mcm ner nanti. heheheh..

Roses! sepanjang jalan cium bunga rose org..sedap2 baunyer. joging + aromatherapy. nasib baik tak alergik or ada serangga dlm kelopak bunga, kalu tak free2 jer msk lubang hidung. aaarrrchuum!! excuse me..


balik tadi perasan pokok bunga ros dpn umah dan berbunga. merah gelap colornya. habislah nanti sy kerjakan. buat penghias dlm rumah.

ntahler nie pokok bunga per, tapi nice lah, kaler pink pucat2, tapi tgk depan2 nampak really sweet. riayati kata mcm baju sy pakai - pink!

minggu nie jugak adalah minggu graduation my ex housemate kak tila. now i can call her Dr. Fathilah. dia jemput ke party utk celebrate phd student kat university. parti nie utk phd students yg dah grad and supervisors2, staff2 kanan university and supporters (sy ler tu sekali. maklumlah bagi sokongan moral sepanjang dia struggled phd; hihihi).

so citation kak tila adalah dlm nie. sy tolong snapkan gambar and upload kat sini. kak tila punyer research sila bc sendiri. insya allah moga2 sy mampu jugak akhirnya bergraduan.

awal2 ms pergi party nie dah kitorg di warning kak Jun, 'jgn harap nak mkn kenyang yer, aku tak yakin dia bagi mkn mcm kat msia.' oh mmg betul, biasalah parti diorg nie parti berdiri, makan pun sejemput2. first msk kata dpn pintu tu pun dah ada waitress tunggu dgn minuman alkohol. aduilah, takder fresh orange ker? ada fresh orange ada campur wine pulak tu. makanan sejemput dia offer pun, tak blh makan. last2 kitaorg tanya, ada vegetarian foods? dia kata ada, then lepas 10 minit dlm tu baru lah kami diberi fresh orange and vegetarian. rasanya ramai lagi yg tak betul2 faham istilah makanan haram kat sini. for them, haram ialah yg ada pork, bacon, ham dan seangkatn dgnnya. tapi dia tak tau yg wpun dia offer beef/chicken etc tetap tak blh makan sbb tak sembelih. to be safe, we asked for vegetarian foods, itupun setelah kitorg explain barulah waitress tu faham and just offer vege jer.

Prof Brian King, co supervisor kak tila. Prof Lindsay tak sampai lagi time nie. kak june and sorang lagi nie tak ingat nama, first time jumpa, baru sampai ke melbourne 2 bulan lalu. sorry, sy nie mmg susah sikit nak ingat nama..

pompuan baju merah nie umur 60+, grad sama ngan kak tila, nama dia Dr. Patricia. dia yg paling byk ckp ngan kitorg. kebanyakan yg grad matured2 jer, dah lebih 50+. time balik tila ckp, supervisor dia tak sangka yg sy ngan sorang lagi tu phd students coz muda2 lagi. muda ker? akakah. tapi muka nie selalu disalah anggap budak undergrad. sedih tul..

org putih punyer parti nie sbnrnya bukan sgt pasal makan, tapi utk socialise and to mingle around. mcm kat msia, makan is the main purpose - i guess?? kalu kat msia buat majlis makanan sejemput, mesti AJK makanan kena kutuk habis2an. satu lagi sy perasan, time nielah diorg cuba bermcm2 jenis minuman beralkohol. agaknya parti mat saleh nie utk minum2 and socialise. makan tu tak sepenting mana.

yuhanis pulak buat open house hari khamis lalu. best sgt. dah la pandai masak, mcm2 dia buat, kek coklat, rendang ayam + daging, sate, gado2..and mee kari yg superb. balik dari umah dia dgn senyum yg lebar, maklumlah makan cover sampai malam. sam + lin lepas kelas terus dtg tolong bakar sate.

kak tila and abg alwi. buat mcm rumah sendiri. kami antara yg terawal sampai, 30 minit sblm formal time tetamu dtg. nampak sgt kebulor. tapi utk cover line, kami gotong royong tolong buat final preparation.
petang nie, ada BBQ di Footscray Park sblh university. gi ofis buat keje. tapi singgah utk join BBQ anjuran kwn2 dari Indonesia. insya allah kalu ada gambar sy akan uploadkan. minggu nie takder rehat. perah otak ke maksimum nyer..straight isnin-ahad.
cayok!

Wednesday, October 14, 2009

Klasik vs Rock


Pachelbel Canon - one of my favourite classical songs. Suka jugak dgr time buat keje (writing my thesis). there is a claimed made that classical music could enchance your learning ability. dont know how true it is..but sometimes i do my writing while listening to classical music. but when i need to think and analyse what i read, i must then turn off the music.

baru perasan yg Pachelbel Canon tlh pun diconvertkan ke dalam genre rock. mula2 malas nak tgk tapi bila tgk views sampai 64 juta kali, warh, must be special. so i pun click and dgr. you know what..cool!


pada yg berminat utk dgr, here is the link klasikal version vs rock version


kita gegar!

Monday, October 5, 2009

Perjalanan ke penghujungnya

Terlalu banyak kerosakan demi kerosakan yg berlaku di bumi sekarang ini. Blum lagi soal isi manusianya yg semakin tinggi peradaban semakin rendah pula moral. Penyakit yg bermacam2, rusuhan, pembunuhan berleluasa, kematian yg begitu mudah. fitnah bermaharajalela, kehidupan lebih kepada hiburan dan berpoya2. Betapa tenatnya dunia!

Setiap org pula memandang apa yg berlaku ini dari perspektif yg berbeza2. ada yg kata climate change lah, pencemaran angkara tangan manusia dsbnya. apa pun, sy percaya, sebagai seorang muslim, tanda2 kiamat kecil itu sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku menunggu pula saatnya kiamat besar. kiamat di mana tiada lagi kesempatan bertaubat. scr peribadi, sy melihat ini satu refleksi diri, merenung diri 'dimana aku berada?' apakah cukup yakin amalan tlh cukup utk bertemu tuhan, yg mungkin esok atau lusa..allahualam. petanda2 semua ada, tapi persoalannya, sempatkah bertaubat?

kini nyawa semakin murah nilainya, hilangnya bila2 masa, moga sisa2 masa yg ada ini dipergunakan utk memperbaiki amalan diri. tangguh itu barangkali tidak lagi mampu ditunggu oleh masa.

tanda2 kiamat kecil sblm datangnya kiamat besar:

Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a.,katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Akumenghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusiayang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akanterjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "WahaiRasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian(muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah


Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antaratanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungandengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamatsehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang burukdalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datanghari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yangbaik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggalpadanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yangtidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkarikemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antaratanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akandikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya harikiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepadaorang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tandatelah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tandatelah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya)bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besaryang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yangbelum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar olehbapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu darimereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" -Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -Riwayat AhmadNegara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Namun demikian, sesungguhnya Allah dengan rahmat-Nya telah menjadikan kiamat memiliki alamat yang menunjukkan ke arah itu dan tanda-tanda yang mengantarkannya. “Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (yaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?” (Muhammad: 18)


Friday, October 2, 2009

Macam-macam

lama dah tak update blog. semalam gi shopping, perasan lately byk betul recycle items ada di market. contohnya bag2 plastik nie. sblm nie mmg kitorg ada shopping bag recycle (byk giler kat umah) tapi yg nie yg latest and much cheaper dlm 15-20 cent saja. coles nie nama supermarket slalu beli barang. selain bi0-degradable, ia jugak tahan, byk jugak brg sumbat kat dlm, handle dia tahan..tak der pun terkoyak.
to my surprised, kedai vietnam/china kat sini pun pakai plastik bag bio-degradable gak. sbb slalunya depa bagi bag2 mcm kat Msia jer. saya rasa ini satu tindakan yg bagus, rasanya diorg nie mmg disuruh pakai bag mcm nie, tak blh lagi bagi bag plastik biasa kat customers. benda mcm nie sy rasa msh kurang lagi di Msia. kita kena galakkan rakyat menggunakan brg recycle. salah satu caranya ialah dgn memudahkan benda nie utk diperolehi. letak kat dpn troli shopping, pintu msk shopping and bagi owner kedai pakai bag mcm nie jer. faktor lain ialah blh didapati pd harga lebih murah.
apa bio-degradable? bio-degradable ialah sesuatu yg boleh di uraikan oleh agen biologikal terutamanya bakteria. jadi ia dpt mengurangkan pencemaran dan lebih mudah urai berbanding plastik bag biasa yg memerlukan berpuluh2 thn utk lupus. tgk jerlah plastik bag biasa, buang kat tanah, tak urai2 jugak. bag2 mcm tulah yg sbbkan banjir dan mencemarkan alam persekitaran.
diofis pulak, hari nie Eddie akan balik Hong Kong for good. he just submitted his final draft. oh gosh jealous nyer dgr and memberi motivasi, dia dah 3 thn lebih. kena keje keras nie, nak jadi mcm dia. ini dia sedang memegang final draft (baru final draft) blum lagi edited version dari examiners. tapi dpt released final draft is a big relief bg postgrad students.

tak semua ada kat ofis smlm, ada Eddie, Pak Ali (Indonesia) and Aidil (Afrika), nie antara muka2 biasa ada tercongok kat ofis, ada sorang lagi selalu ada - Riayati (Indonesia) tapi dia gi workshop ms tu. bilik C232 nie mmg ramai international students termasuk sayer ler. bila tgk Eddie dah antar, maksudnya ini adalah wake up call for me jugak. tak blh main2 lagi walaupun byk betul jemputan aktiviti dari family msia kat sini. kwn2 yg dah ada PhD nasihat:
"ko jangan peduli. biarlah org kata ko tak campur org, sombong etc. ko settle dulu keje tu, enjoy kemudian."
oleh kerana tak nak duduk sini lama2, maka nasihat diatas paling berguna. sy bukan sombong, tapi keadaan mendesak utk sy mengutamakan apa yg penting dulu.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...