Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010


saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua kawan2 sekalian. semoga 2010 membawa lebih banyak kebaikan dan kehidupan yg lebih ceria dan bahagia. dugaan dan cabaran itu tetap ada tapi moga lebih bijak dan matang menanganinya. muarh!

note: spt 3 thn yg sudah, duk umah jer mlm nie. tak der plan nak kuar, lagipun cuaca panas hari nie (38c). nasib baik ada Lord of the Ring the Return of the King malam nie utk ditonton. jumpa thn depan :)

Padam punca bukan apinya

kdg2 kita tak mau melihat kebenaran (?)


sejak bbrp hari nie sy mengikuti perkembangan semasa susulan tragedi kemalangan maut yg banyak melibatkan bas ekpress penumpang. ingat nak bagi komen lebih awal tapi rasa mcm 'biarlah dlu.' tapi bila tgk saranan2 yg diberikan, sy rasa nak tergelak, sedih pun ya jugak. mcm2lah yg dicadangkan, sejak dulu lagi - antara yg sy ingat ialah kotak hitam, dan skrg nie nak perkenal sistem profile utk kenal pasti latarbelakang pemandu - yg bersih dari kesalahan serius jalan raya termasuk yg disenaraihitamkan.

my first thought - aperlahhh..sptnya memadam api bukan pada puncanya. mcm2 sarananlah diberi, tapi ada tak satu kajian menyeluruh dibuat dgn mengambil kira pdgn pemandu bus sendiri? kdg2 yg memberi pdgn dan cdgn tu, org yg tak ada cukup pengetahuan ttg isu yg dibincangkan. belek2 balik suratkhabar the star baru2 nie.

to qoute:

They are underpaid, undertrained and overworked. And they lie at the bottom of the pile as far as commercial vehicle drivers are concerned.While lorry and truck drivers can earn between RM4,000 and RM5,000 a month, non-unionised bus drivers get as little as RM500 in basic salary.To make ends meet, they have to work overtime, drive more trips and in so doing, forgo their sleep. This, many say, is the real reason why shocking express bus accidents still occur with horrifying regularity.Checks with trade organisations and unions revealed that bus drivers are among the lowest paid drivers of commercial vehicles.

The Pan Malaysian Bus Operators Association (PMBOA) and the Transport Workers Union (TWU) say the average pay for a driver with five years' experience is between RM2,000 and RM3,000 including allowances. Lorry drivers are paid much more. The lower salary tends to compel drivers to work longer than they should, and some take drugs to stay awake.

TWU secretary-general Datuk Zainal Rampak believes there are about 2,000 non-unionised drivers compared to over 4,000 who work with companies which allow union representation.

"Records show that many accidents involve express buses companies whose drivers are not unionised," he said. Zainal said another shortcoming was a lack of training for drivers.

The Government, he said, should seriously check on express bus driver training, experience and physical fitness before allowing them to drive long distance.

"Some drivers who have just received their public service vehicle licence have been told to drive long distances immediately," he said.

PMBOA president Datuk Ashfar Ali said bus drivers are "being paid well", and he agrees that there should be training for them.

He said the Government should come into the picture by giving soft loans, such as those provided for unemployed graduates, for training for commercial vehicle driving.

"Driving a bus or lorry is a skill. It is like learning to use a computer," he said.

He said the industry at the moment makes its new drivers work through a trial period on short-haul routes before "graduating" to long-distance drives.

Commercial Vehicle Licensing Board chairman Datuk Halimah Sadique said bus operators must look into the welfare of their drivers as a way to prevent mishaps.

"You can have a bus with a speed limiter and GPS but if the driver is not good or is inexperienced, it defeats the purpose of such technology," she said.

"This is about the safety of people," she said.

Currently, there is no centralised training programme for commercial vehicle drivers except for the Road Transport Department test for them to obtain their public service vehicle or goods driving licences.

An attempt was made in 2005 to make drivers of commercial vehicles undergo compulsory training at a privatised training facility but the proposal met strong objections and was postponed indefinitely.

-The Star/Asia News Network

isunya ialah setakat mana pihak berkaitan take this information seriously. sy fikir for long term, this is the best we can do, to better train our bus drivers, increase their income and no kejar trip. apa yg berlaku skrg berkait rapat dgn kebajikan pemandu bus dan keadaan semasa mrk (low income, kejar trip, under trained etc).

otherwise, it will happen again and again. but for those who looking for short term solution and not willing to pay extra cost - they will do exactly what we did now. maybe sistem ini blh mengelakkan sykt bus mengambil pemandu yg ada rekod, tapi blh jamin tak yg ada rekod bersih dan baru start bw bus takkan kejar trip (contohnya)? kalu namapun mengejar trip - mestilah kena bw laju..

seingat sy, byk kali pdgn2 diberikan oleh individu spt Datuk Zainal Rampak dipandang remeh. sampai bila agaknya? ignorance?



Wednesday, December 30, 2009

Sehari yang panjang






note: yawn. i managed to spend a few hours for study and the rest of the day for - tengok wayang (sherlock holmes - 4 bintang), makan di nandos, balik rumah rehat and order pizza and makan lagi, and visited ida (another friend) who just being kicked out from her house and relocated in a new unit (smaller but not too bad). tak sempat upload pictures yg i sempat tangkap dgn my mobile phone. maybe next time. today, i successfully, lured my housemate and mek siri (after we finished the movie) to become my stars for today. as usual, i was not even in the photos. see for urself. low profile..hehe. i was hiding behind the camera..who else??

tomorrow is gonna be hot and the day after tomorrow as well. i make some good improvement in my study today. so i hope i can spend a few more hours tomorrow. hidup malas tak kan kemana. sungguh siput terasa..

Tuesday, December 29, 2009

pokok oh pokok

pagi nie, sedang sy duduk di meja 'bertafakur' (konon nak start writing pepagi - stlh cuti rehat lama), sy terpandang dan sedar akan sesuatu yg selama ini sy take things for granted or just simply dont think about seriously..pokok dpn my window..sudah besar rupernya. dulu first time sy dtg umah nie (tahun 2007) pokok nie kecik lagi, takde lah sebesar 'gajah' mcm nie skrg. skrg nie dia cover full satu tingkap (i ada 2 tingkap bilik)..and sedang menjalar pulak rantingnya di...

tingkap yg satu lagi..tempat sy selalu skodeng arnab2 pepagi yg curi2 dtg and buat lubang di rumah nieh...uik..cepat betul kamu nie besar ya. dlm 3 thn nie, kamu dah jadi pokok yg dah tak blh dipandang ringan lagi..kehadiran mu disedari, kekuasaan mu mula dirasai.

analoginya, agaknya otak yg tgh struggle dgn phd nie pun mcm ne agaknya? bercambah subur mcm niekah jugak? harap2nya begitu..kalu tak, aper barang???

manusia pun blh diibaratkan spt pokok. manusia yg matang dan boleh diharapkan spt pokok rendang yg dahannya boleh dijadikan tempat berpaut, redupnya boleh dijadikan tempat berteduh, buahnya boleh dimakan dsbnya. besar manfaat yg boleh diambil dari org2 yg baik. pendirian pun blh diibaratkan spt pokok, org yg kuat pendirian dan pegangan hidupnya spt pokok yg akarnya menunjang jauh ke dasar bumi. tak mudah dipatahkan atau ditumbangkan sewenang2nya. org spt ini, berdiri atas prinsip dia percayai..berbeza dgn rumput gemalai yg ikut arah angin terbang - blh pusing kita dibuatnya.

artikel ini juga menunjukkan bahwa, betapa susahnya nak start balik enjin pepagi nie stlh cuti lama..see?? bila nak start writing, mulalah fikir perkara tak berkaitan..pagi nie blh pulak fikir pasal pokok?? time lain tak blh ka? haiya...

buat keje please!!


Monday, December 28, 2009

menjelang tahun baru 2010

tahun baru 2010 bbrpa hari lagi. pantas betul waktu berlalu. serius. even cuti sebulan di Msia baru2 nie sptnya 2 minggu saja. masa pantas meninggalkan kita. samada tercapai ataupun tidak wawasan sepanjang thn, yg pasti detik tetap berlalu pantas. apa plan menjelang thn baru? sy blum ada rancangan spesifik. setelah cuti sebulan, kepala berat betul nak start balik and stay focus pd study. mmg physically ada di meja study, but my mind simply wandering around..aimlessly..biasanya pd benda2 merepek--like games, news, articles, you tube yg langsung takde kaitan dgn my study. i am sooo naughty lately. not good..not good. i know..tapi takkan nak study on new year eve? arh sounds boring...

perkara yg agak merungsingkan skrg nie ialah my obsession with games - especially sims2. oh..teruknya. fikir jugak tuk main game nie kalu takder benda nak buat mlm tahun baru..tapi..dah rasa overlimit dah, i should stop. i feel it just too much. i have to stop! so my new resolution - no sims2 game anymore! (patut send it over to my anak2 saudara as soon as possible; selagi ada benda alah nie di bilik, selagi tu gatal nak main).

terfikir jugak tuk jalan2 sekitar melbourne on new year eve memandangkan public transport on that day free and 24 jam operated. sounds good, and byk spot kat melbourne city tuk celebrate new year. tapi lebih berminat utk tangkap gambar, not really for celebrating. sy tak berapa minat keraian2 nie. risiko pulak - balik mlm2 sure jumpa ramai org mabuk. blh jadi merbahaya for ladies. sure tak blh pergi sorang2.
tapi ada baiknya jugak gunakan waktu tu tuk fikir ttg pencapaian2 lepas apakah mencapai target serta setkan wawasan baru utk 2010. sounds boring..tapi..undoubtly important. bagi yg jarang2 ambik masa fikir progress yg dibuat sepanjang tahun, waktu senggang menjelang tahun baru ada baiknya tuk refleksi diri. sy tak decide aper2 lagi utk thn baru, tapi most probably di rumah saja gamaknya...

amaran: teringat kata seseorang - thn baru ialah 'waktu mengawan'. tunggulah bbrp bulan lepas tu, byklah kes terpregnant (especially remaja/budak sekolah/ipt)..pastu diikuti pulak dgn meningkatnya report polis, buang bayi dll seangkatan. so, pilihlah aktiviti yg cerdik.



Saturday, December 26, 2009

koleksi kanak-kanak








note: budak2 bab bergambar mmg no 1. tak larat nak snap..sy suka ambik gambar budak2 sbb natural dan spontan. nilah barisan penghibur yg memeriahkan suasana setiap kali balik kampung. anak2 saudara dan jiran tetangga. love them all. muarh!

gambar takder keje


note: semalam cuti krismas, boring kat umah, sy shoot gambar. adalah dlm 100+ gambar student village sy ambik. nie antara hasil gambar yg sy dah tangkap (itupun stlh dgn hebatnya touch up dilakukan). ahahaha..teknologi sesungguhnya byk membantu org mcm sy yg tak reti sgt ambik gambar tuk kuar dgn gambar yg OK-lah tarafnya (kalupun sampai tahap tu). gambar2 nie semua sy shoot dgn Nikon D3000 pd ptg semalam di saat keboringan. ada jugak bbrp gambar sms di Msia.

kutukan dialu2kan. :)

Friday, December 25, 2009

cuti krismas

tiada apa2 yg menarik krismas nie selain duduk rumah tengok program tv yg tak berapa nak best (ulang thn lepas, dah tgk bbrp kali), public transport pun cuti, kedai pun tutup, so duduk di rumah saja. tertido sekejap sblm outing tuk shoot gambar sekitar rumah. ahahaha..main2 ngan kamera. byk lagi msh perlu belajar. practice makes perfect. ku gagahi jugak ambik gambar. cantik/hudoh belakang kira..ambik jer dulu..

memegang kata expert - ratus2 ambik gambar, satu dua jer best itu normal. nasib baik kamera zmn skrg nie guna slide card jer, kalu msh pakai filem, aduh, byk gak kos nak tanggung.

Thursday, December 24, 2009

bersabarlah sebentar


~ sabar itu kunci keluar dari kesusahan. sesiapa bersabar maka dia akan berjaya mengatasi masalah. hasil kesabaran itu adalah kejayaan. dan jika musibah yang menimpa itu sangat berat maka akan menyusul sesudah itu kemudahan. ~

note: hari nie cuaca okay sikit berbanding smlm. tak blh tido lena coz rumah berbahang. hari nie cloudy, jangkanya hujan petang nie. cuaca agak baik tgh hari nie..best jugak kalu blh shoot camera sepam dua :)

Wednesday, December 23, 2009

logik vs emosi

rungutan ini barangkali biasa didengari bilamana seseorang berbicara ttg wanita yg menyulitkan hidupnya (eg wanita sbg bos, sbg isteri, sbg kwn, kakak, adik dll).

"wanita makhluk emosi.."
jarang sekali yg mengatakan wanita sbg sebaliknya "wanita makhluk yg logik". pd sy ini fitrah kejadian seoranag wanita, diperlengkapkan dgn perasaan yg menebal, lebih tebal dari akal fikirannya. justeru, bisa benar setiap tingkah laku perbuatannya berdasarkan apa yg dirasakannya saat itu, jarang benar disebabkan oleh apa yg difikirkannya patut (akal logik). walaupun ia barangkali menyedari hakikat kepentingan logik ini dlm menghadapi kesulitan, tapi pantas pula emosi menawan akal logik sehingga merasakan 'peduli aper aku?' janji hati puas!

kerana itu wanita barangkali lebih layak dan cekap dlm menguruskan keluarga dan anak2 kerana bab kasih sayang dan kepekaan pd keperluan psikologi dan emosi adalah lebih baik dari lelaki. kerana itu juga barangkali lelaki tugasnya lebih layak utk mencari nafkah bagi keluarga dan melengkapi keperluan2 lain dalam berumahtangga. bukan bias gender/budaya, tapi jika diperhalusi asal kejadian wanita lelaki dan sifat2nya, maka nampak benar ia ideal dan saling melengkapi. cuma tidak dinafikan ada budaya yg terlalu ekstrim dlm pembahagiaan wanita lelaki sehingga berlaku penindasan yg tak sepatutnya.

dari sudut yg lain, menggunakan emosi utk menangani segala2 juga tak wajar kerana tak semua keadaan blh dihadapi scr yg terbaik dgn emosi dan perasaan. ada waktu2nya, logik itu harus mengambil tempat. harus diseimbangkan. sukarnya, tiada hitam putih pembahagian dlm hal ini kerana ia msh byk bergantung kpd -budi bicara dan pertimbangan kita memikirkannya.

sy sendiri tidak menafikan, kdg2 sukar utk meletakkan keutamaan pd tempat sepatutnya. kdg2 tindakan kita kurang bijak kerana kita bertindak menggunakan emosi, kita tahu itu salah, itu menyukarkan keadaan, tapi akal logik ms itu tidak cukup kuat utk menawan emosi yg sedang membara. pd sy disitu letak situasi yg kritikal, memilih antara 2 - ikut perasaan atau bertenang dan ambil pendekatan yg lebih munasabah (logik).

kerana itu, ada org berkata, jika sedang marah, wajarlah jgn terus dihambur kemarahan itu. jika blh, bertenang dan bersabar, punya waktu utk 'time out' lebih baik. langkah yg baik ialah menyedari bahawa diri berada dlm keadaan 'tidak stabil' utk membuat keputusan2 or tindakan2 penting. mengakui bahawa saat emosi mempengaruhi minda, jarang benar keputusan yg keluar itu adalah keputusan yg bijak, malah seringkali memusnahkan. jadi elok benar meredakan keadaan dari terus memuaskan hati. emosi itu kelebihan, emosi itu juga blh menjadi sarang bisikan syaitan.

wanita mmg makhluk beremosi, disitulah kecantikan mrk. tapi wanita juga harus sedar akan keburukan yg blh berlaku disebabkan emosi yg tak terkawal justeru mencari jalan utk menyeimbangkannya bila perlu. ia perlu muhasabah, refleksi dan rajin merenung cara diri kita bertindak dlm apa jua keadaan. bila kita kenal diri kita dan cara kita bertindak, maka semakin mudah utk kita lebih bertanggungjawab dlm tindakan.

ingat: emosi dan logik itu masih pilihan..terpulang anda utk memikirkannya



Monday, December 21, 2009

Melbourne again..

ada ais kat tepi tingkap

alhamdulillah, perjalanan hampir 8 jam akhirnya selesai sudah ( i hate flying). i slept almost immediately. stewardess served mknan pun tak sedar. first duduk dikepit semua omputih. aduh, dah lah duduk tengah2. tapi nasib baik sorang pramugara panggil and bagi saya pilih tpt duduk kosong..so aper lagi, cari port tepi tingkap..2 sit conquer, blh lah tido ngan selesanya. tima kasih2. mcm faham2 jer sy tak selesa. bumpy jugak all the way..tapi okaylah. movie tak tengok sgtpun. last time, tak sempat habis menonton filem 'Chocolat'. ingat blhlah habiskan menonton kali nie, nampaknya tak sempat habis jugak. pagi tadi once kuar airport, angin sejuk..tapi panas at the same time, suhu at the time ialah 11 celcius. kata driver taxi yg hantar sy kat umah, last week ada sehari tu 40c. dia pun komplen kata australia getting drier and drier. berbeza 24 thn yg lalu. i just said, blame to climate change.

to those who concern, i am safely arrived. perjuangan pun bermula lagi...setelah 'rehat' seketika sebulan.

Tuesday, December 1, 2009

Kat Msia dah


lusa adalah hari presentation. berdebar2 nie. lebih parah, bila nampak sy msk sessi serentak dgn pengerusi dan senior2 lecturer aka bekas pensyarah sendiri. ayo-yo. sptnya terasa spt timun skrg dan 'mereka-mereka' itu durian2 yg besar2 durinya. takut mmg ada tapi fikir optimis, kalu bukan skrg, bila lagi nak memotivasikan diri utk mencuba. mmg saya akui tak berpengalaman, tapi ini juga adalah langkah2 awal tuk menjadi berpengalaman. hanya perlu kekuatan utk mengatasi ketakutan dan kelemahan. kerana sy pasti, sy tak blh mengelak..kerana ini pastinya bukan yg terakhir.


hari nie beranikan diri bawak kete ke KL. i hate KL. and ntah naper terasa brutal dan ganazzz nyer pemandu2 di msia nie berbanding diri nie yg dah jadi pemandu berhemah..bawak 70-80..maximum speed 90km/j walaupun sign dan jelas kata 110km/j. mesti ramai yg bengkek hari nie sbb ada kete jalan mcm siput kat lorong paling kiri. peliknya, lorong kiri pun org bantai bawak laju2..ntahler. org msia nie passive aggresive kot.


kat tol sg buloh hari nie, sesak kat tol tunai. bila nak ciluk tu, takder org pun sudi nak bagi ruang. hanya bbrp ketika baru ada kete mewah putih bagi laluan. geramnya, ada dua mat arab, pakai topi haji, turban, janggut panjang (macam alim dan berbudi dan bermulia hati) tapi hampeh, dialah yg menyondol2 tak bagi ruang. teringat kat melbourne, rasa diri nie sbg penjalan kaki di hormati.


tiket balik melbourne blum lagi dibeli. try minggu nie. ada yg tanya naper 'low profile' sgt balik tak bagi tau. sy balik utk conference, sy takut tak blh nak catch up begitu banyak social demand, tuk berjumpa sana sini. takut terbengkalai keje yg diamanahkan oleh supervisor. nie smester akhir, masa jadi begitu brharga. harap ada yg faham. ingin jugak cuti lama2, tapi mengenangkan deadline, mulalah risau dan mimpi ngeri.

Friday, November 20, 2009

Hayfever & hobi baru

smlm balik umah 7 ptg lebih, rumah panas berbahang. bukak semua tingkap dan pintu bagi udara petang sejuk msk. even lin and sam complaint kata umah kami panas, sedang udara time tu kat luar sejuk. maklumlah umah kayu..ala2 cottage zmn perang. tapi pointnyer ialah - sbb lupa nak tutup tingkap bilik time tido, pagi2 bersin dgn hebatnya..arrhh hayfever! tak sangka sy blh terkena hayfever. dulu ingat omputih jer blh hayfever, rupanya sy pun kena. especially time spring and early summer..time nie spora2 bunga berterbangan, aper lagi, arrrrchhuuuuum!! mslhnya, bukan pagi2 jer, berhenti sekejap pastu 2-3 jam nanti ada balik. sblm nie ingat biasa jer, tapi bila riayati kata, maybe hayfever, try lah beli ubat mcm ner. and mmg bila mkn ubat tu jadik kurang or takder terbersin.

sedikit info hayfever:

Hay fever symptoms are an allergic response to pollens and other airborne substances that irritate the mucous membranes of the nose, throat and eyes. This results in itchiness and swelling of the affected area.Hay fever occurs seasonally (every Spring for example), and includes symptoms such as:
  • Sneezing
  • Itchy, painful nose, throat
  • Nasal and sinus discharge
  • Stuffy, runny nose
  • Coughing
  • Watery, itchy eyes
  • Head and nasal congestion
An allergic reaction is a response to an allergen and develops when the immune system cannot tell the good from the bad and releases histamine to attack the harmless substance as if it were a threat. In the case of hay fever, the allergen is an airborne substance such as pollen from a particular plant. When the mucous membranes of the eyes, nose, mouth and air passages come into contact with the allergen, they become irritated and inflamed.

Sneezing and watery discharges from the nose and eyes are some of the body's methods for flushing away the allergen particles.

(msh berlaku ketika entry ini ditaip..arrrchum!)

and sy ada hobi baru hehehe. tgh survey good camera DSLR sbg permulaan. nak develop hobi baru pulak. dah survey2 price, preferences and levels of expertise. so sy dicadangkan bbrp senarai yg sesuai:

Nikon D60, D80 and D3000. sy pilih Nikon sbb nie yg paling byk dicadangkan and ramai kata Nikon is the best brand.

nie sesuai tuk beginner/amatur. professionals - diaorg kata D300. tapi tuk advanced level. lenses besar mcm gajah africa.

and ada byk guidelines and websites yg boleh dilihat tuk membantu kita shoot gambar yg baik. tapi, kena siapkan dulu thesis baru blh mula.

Wednesday, November 18, 2009

summer is coming

summer akan start 2 minggu lagi. meaning that, summer mula i msh kat msia. tapi skrg nie dah start terasa bahangnya. esok expected temperature up to 36c. esok adelaide red code (meaning that extremely hot weather, bushfire could happen at any time) coz temperature max 43c. couldnt imagine that. last year experience still fresh in my mind, 47-49c..cair semua minyak2 urut dlm bilik..esok melarikan diri ke ofis sampai malam.


spttnya jadi tukang urut mlm nie, tapi sbb 'pesakit' dah keletihan sbb seharian di ofis, maka cancel. okaylah blh relax mlm nie. 2 hari lepas spt biasa 'ladies night'. dah jadi rutin kami mkn nandos di highpoint. bukan sedap sgt pun, tapi sajer gathering to have a good chat. slh seorang member nie phd dlm matematik. dah submit final draft.


so happy, tapi bila dia tunjuk draft thesis dia..kami geleng kepala. serius tak faham, walaupun yg melihat tu semuanya phd. kami (geng tak faham nilah) sepakat kata - thesis dia bukan ditulis dlm bhs english, tapi bahasa alien. ahahahaha..ntah mcm2 equation kuar. hanya dia yg faham.
kdg2 terfikir, 'mcm nerlah aku blh ada kat sini, buat phd etc.' kdg2 hidup nie blh jadi sesuatu yg kita tak jangka. serius, kdg2 msh pelik mcm ner blh sampai sejauh ini perginya. tak pernah mimpi akan menjalani kehidupan spt ini. syukur mmg, syukur sgt. tapi kdg2 terfikir..is it because of my takdir or my usaha? ntahlah, agaknya dua2.

kita tak pernah tahu apa yg dirancang oleh allah pd kita. dan kehidupan org tak blh kita judge dgn mudah. perjalanan kehidupan manusia pjg. gagalnya hari nie esok lusa dia blh jadi org berjaya. anak2 yg cerdik pandai waktu kecilnya, blh jadi setelah separuh usia, tak lebih dari biasa2. apa yg ditempuhnya dlm kehidupan, blh jadi perkara yg 'mengubah segalanya.' jadi jgn mudah mengandai2..kerana perjalanan kehidupan ini sukar ditentukan dgn pasti. apapun yg pasti, org yg berusaha, akan memperolehi kejayaan kerana 'allah takkan mengubah nasib manusia melainkan mrk berusaha mengubahnya sendiri.' maknanya, sentiasa wujud peluang buat yg berusaha dlm hidup. sbb itu org kata, kejarlah kejayaan, kerana kejayaan tak dtg bergolek.

tak penting dimana kita bermula, tapi penting dimana kita berakhir.

adakah setiap kita blh berjaya? sy yakin ya. asal rajin berusaha. krn spjg apa yg tlh sy tempuh ini, kejayaan dan pencapaian tak pernah dtg mudah, tapi ia mampu dimiliki oleh sesiapa yg sanggup susah.

tak percaya tanya Donald Trumph.

kerana rindu ini


musim-musim berlalu
ku masih menantimu
walau lama terpisah tiada khabar berita
kau tetap jua dihati ini bertakhta
ku ingin melupakan
pahitnya pengalaman
tetapi hati ini amat degil sekali
wajahmu jua yg datang menghampiri
semenjak terjadinya perselisihan
engkau pergi tanpa sepatahpun perkataan
kerana bimbang diri
hilangmu tak ku cari
sekalipun aku merinduimu tiap hari
bila pemergianku tak kau peduli
sangkaku kau senangi perpisahan ini
kerana harga diri
ku tak bertanya lagi
sekalipun kau tetap ku sayangi..
kerana rindu ini
sombong terketepi
mengatasi segala ialah cinta kita
terpelihara dgn restu yg Esa


note: kadang2 salah faham mmg tak dpt dielakkan sbb tak semua benda dpt dibicarakan..pergi dgn unfinished business. but one day it will clear insya allah.

Monday, November 9, 2009

Hibernation vs Masuk Gua

Dah agak lama tak msk ofis. seminggu terperap dirumah siapkan keje. sajer bertukar angin. nasib baik meja ofis tak bersawang-sawang. sejak minggu lepas cuaca melbourne kembali kontroversi - panas-panas-panas! mendadak pulak tu. 2 minggu lepas belas2 suhu, tup2 sejak minggu lps terus naik mencanak2 30ke atas. dan hari ni ramailah jumpa member2 kat bus station, semua cabut gi ofis coz ada aircon (termasuk sy sendiri). mana tahan..

sbb lama dah terperap kat umah, kwn2 kata sy - ber-hibernate. teringat abg nash, slalu kata sy masuk gua..' org gua yg bertapa, dah kuar blum?' soalan slalu ditanya. sedap2 kata sy berhibernate. mari kita tgk setakat mana betulnyer..

hibernate (ikut wikipedia) - satu keadaan tidak aktif and metabolic depression (tak paham) binatang. dicirikan oleh suhu badan yg rendah, pernafasan yg perlahan dan rendah kadar metabolisme. binatang berhibernate utk menyimpan tenaga, terutama sekali ketika musim sejuk di mana berlaku kekurangan makanan. kadar metabolisme yg rendah membawa kpd penurunan suhu badan dan bukan sebaliknya.

hibernate utk binatang - sy? fikir sendirilah..
suhu badan rendah, pernafasan perlahan, kadar metabolisme rendah - i work the other way around. i work like this is the end of this world. i could not relax too much coz i am always worry that i might be not completed my 3 chapters this year. metabolisme is very high as well..suhu badan? always high - particularly during hot weather - i selalu nose bleeding..always (like today).

nak kata kurang makanan pun tak - kurang mkn ye. i have money to buy food but i dont have much time to cook healthy foods. ada kecenderungan mkn - junk foods - machine vender kat dpn ofis brp kali dah telan duit sy - beli keropoklah..coca cola..coklat..not healthy at all..and i skip my lunch today.

i more like this cat..berusaha dgn keras dan sungguh2..percayalah..nie bukan hibernate tapi FOKUS..

























Sebelum dan selepas kahwin




note: baca dari atas ke bawah; kemudian dari bawah ke atas.

Sunday, November 8, 2009

Harap Mengerti Bhs Badanku




Baru-baru nie ada kuar satu discussion forum ttg lelaki yg selalu tak terus terang bila nak putus. dia kata harap pompuan mengerti sendiri. kalu dah malas nak reply call/sms, jauhkan diri tu..faham2 sajerlah, maksudnya dah tak berminat. katanya lagi, itu lebih mudah dari terus terang sbb dia tak rasa bersalah utk lukakan hati gf dia bila dia terus terang. itu pd pdgn dia tak kejam. lagipun bila dia buat gitu gf nanti mesti tension and carik yg lain..tu lebih mudah jalan penyelesaiannya.

menarik jugak walaupun ramai yg bambu dia kata mamat hampeh. ahahaha. biasalah, as expected, pompuan kutuk giler2. sbnrnya thread tu sptnya membalas satu lagi thread lain pasal pertanyaan seorang forumner, naper lelaki tak terus terang bila nak putus. awek punyer tunggu bertahun2, call/sms pun tak. ada yg komen kata bila nak ngorat reti pulak ckp terus terang, bila nak putus..ko suruh tengok bhs badan..aper dah tak blh berckp? dah terencat? itu antara komennyer. hihihi..kelakar pun ya.

tapi biasanya mcm tulah. kdg2 walau ingin sekalipun nak org terus terang, tak semuanya sanggup kerana faktor2 spt di atas tadi, ada yg terlalu takut/menjaga hati. jd kdg2 nak tak nak kena jugak perati body language. tapi body language/tingkah laku tak semestinya tepat selalu, kena confirmkan balik..akhirnya berbalik pd yg asal - terus terang jugak yg terbaik.

soal hati jgn main2. sy rasa sy respect and blh terima lelaki yg blh ckp terus terang tuk tak meneruskan hubungan daripada berselindung dgn bhasa badan. ia menyelamatkan byk perkara..contohnya menyingkatkan masa org tu menunggu. setiap org ada hak utk kebahagiaan dia sendiri. bila kita terus terang, sekurang2nya org tu blh move on dgn hidup dia, dia jugak berhak bahagia dan mencari bahagianya sendiri. sy sendiri suka org terus terang bertanya sbb sy blh bagi jwpn straight forward, samada suka or tidak. kerana sy fikir dgn memberi jwpn, sy tak bagi dia tertunggu2 (kalu kes takder hati). dia pun jelas status dia dan takder lah membazir masa menanti. bunyi mcm kejam? tapi sy fikir itu lebih baik dari dia ternanti2 jwpn tak pasti.

tapi mslhnya, bila ngorat pun guna bhs badan..kita nak jwp pun tak pasti, takut nanti terbagi JAWAPAN PERASAN syok sendiri.

Wednesday, November 4, 2009

Lawak Hari Ni




Lama dah tak posting lawak jenaka..hope you guys enjoy. dont have time to write my own story (esp the long one), i am busy with my thesis writing and lots of deadline to meet before i go back to Msia. So instead of writing down my own personal story, i just copy paste this lawak jenaka. have a nice day. keep smiling and humor is good for health. no harm of laughing if you have a good reason :-) cheers!


Bahaya kaum wanita pada lelaki

Berikut adalah contoh bahaya kaum wanita pada lelaki. (Terketar-ketar mase menaip) Kisah 1.
Wanita1: Apekabo ko skrang?
Wanita2: Baik je. Aku dah berjaya buat laki aku jadi milionare.
Wanita1: Bagus le tu. Dulu korang orang susah ke?
Wanita2: Taklah, dulu die bilionare.

Kisah 2. Bile kekasih break-up Lelaki -bersedih, tengok citer sedih, dengar lagu sedih, pakai baju sedih, mandi tak berape basah, makan tak berape kenyang, minum arak (kalo islam kene sebat), eksiden, mati. Perempuan -bersedih, call geng, kluar joli, jumpe laki lain, bercinta balik, putus, ulang dari awal.

kisah 3. Semua lelaki faham semua lelaki, tapi hapir tak ade lelaki yang paham prempuan (pondan ade la kot). Tapi, prempuan boleh paham prempuan lain dan lelaki, pelik? pelik tapi memang benar, oleh itu, jangan cube cube curang kat awek anda, nanti die akan berubah jadi raksakse (kecuali anda otoromen).

Kisah 4. Perempuan boleh buat orang lelaki tertunggu tunggu (cam aku la), kekadang sampai 2 jam, 3 jam, 2 bulan, 2 tahun, 20 tahun. Dan blom tentu lagi dapat

Karam Singh Wallllaaaaaa...

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selembar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blahlah!!
Karam Singh Walia melaporkan dari TV3

"terserah sajelah"
"Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang making love. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar. Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki.. Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"

muka seposen
CERITA 1
Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada , ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : ?@#$%!

timbang berat
CERITA 2
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:

"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! "

citer huruf "C" (praktis lidah)

copot cahabat ciput. Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot
cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. cahye cerah ciput cakcikan
cangat cerah campai ciput came copot cilau. cahaye cerah cube culik copot. ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah... ". celepas cejam,cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. ciput came
copot cangat cuke cebab cahaye cerah cudah chow. copot cenyum cambil cakap,"copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot... ". ciput cenyum cambil chow came copot... Caja cuka cuka.

Monday, November 2, 2009

Too 'old' for my taste?

Satu hari di dalam ofis, menunggu detik2 nak balik, bukak lagu2 favourite kat youtube. di ofis time tu ada me and Riayati sajer. sy bukak lagu2 old time favourie spt kumpulan Abba, M Boney, lagu YMCA, and bbrp lagi lagu2 lama. Kdg2 bila menulis, sy dgr classical music. lucunya, riayati komen 'do you like that kind of music? you are too young to like that kind of music. it's too old for you.' ahahahahahaha...


sbb tu sy dpt gelaran 'wanita klasik'. BUT, fikir sblm melabel sy wanita klasik, i have one friend who loves to listen 'klasik FM', haa..tu lagi klasik minah tuu. hehehehe.


berbalik dgn statement riayati, sy hanya ckp: lagu lama somehow, lebih sedap didengar. senang telinga sy nak hadam. one may ask: is this apply to your taste for a partner?


only time could tell. wink-wink!

Cinta dan tawakal

Doa yang dianjurkan:
Ya Hayyum, Ya Qayyum, dgn rahmatmu daku memohon pertolongan. baiklah segala urusanku, dan janganlah engkau serahkan diriku ini kepada ku walaupun sekelip mata.
dianjurkan kita mengulanginya sebanyak mungkin dlm sehari, dlm kita melaksanakan tanggungjawab serta amanah seharian. moga dipermudahkan urusan. bak kata Dr. Maza, bergantung pd orang lain, kita kan mudah menjadi mangsa; bergantung pada diri sendiri, tak semua boleh diselesaikan; tapi bila kita tawakal kpd Allah, insya allah kita berpegang pada ikatan yg kukuh. Dia tak pernah mengecewakan.
moga Allah permudahkan perjalanan menulis tesis sy utk tempoh2 yg ada ini. begitu juga dgn apa jua urusan yg sahabat2 sekalian usahakan. sesungguhnya kejayaan itu penuh penat dan lelah, dan hanya org yg tidak menyedarinya akan membazirkan waktu bagi tujuan yg sia2 (lebih banyak berhibur dari berusaha).
note: doa di atas sy petik dari kolumnis Dr. Maza. agak terkejut tgk muka dia dpn paper utusan hari nie. alim ulama pun tak imun dari fitnah di akhir zaman. sukar benar membezakan yg benar dan bathil lewat zmn ini. siapa yg benar? allahualam.

Sunday, October 25, 2009

Konvoi si pari-pari












note: dpt forward gambar nie from my close friend. just wanna share with you guys..maha besar Dia.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...