Friday, December 13, 2013

Pada haiwan ada pahala

Aku masih lagi bersedih, terbayang2 lily yang membangunkan aku pagi2 dengan ciuman sejuknya. Kini tiada lagi. Tercari2 aku adakah pertemuan dan kesempatan bersama itu boleh berlaku di dunia akhirat? Tidak seperti manusia hisabnya dan kewujudan rohnya berpanjangan. Tapi bagi seekor haiwan seperti kucing, apakah ketentuan roh ke atasnya? Bisakah bertemu semula?

Mencari2, aku ketemu ini..

Pada Haiwan Ada Pahala

Ada seorang pemuda bertanya kepada saya apakah yang terjadi kepada haiwan-haiwan pada Hari Akhirat nanti?  Adakah akan masuk ke Syurga atau Neraka?  Atau bagaimana?
Walaupun jawapannya saya tahu, tetapi banyak perkara yang saya tahu dulu telah tidak sah lagi.  Ilmu-ilmu yang dulu saya dapati melalui pembelajaran, kuliah, ceramah dan pembacaan perlu dimurnikan dan dipastikan kesahihannya berdasarkan nas yang benar.  Jadi, sebelum saya menjawab kepada pemuda itu, saya memeriksa dahulu di arkib soal-jawab al-Ahkam.net:
Berikut ini jawapannya:
“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain2. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk.  Allah akan mengarahkan mereka : ‘Jadilah debu!’. Maka berkatalah orang kafir : ‘Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) ‘(Surah al-Naba’ : 40]. Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’) di dalam hadith tiupan sangka-kala”
[Ahmad Syakir. Umdah al-Tafsir 'an al-Hafiz Ibn Kathir, 1/772, Dar al-Wafaa', 2003].
Ya, mereka menjadi debu.  Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.
Membaca jawapan di atas bisa membuatkan kita berasa insaf dalam banyak aspek.  Dalam tulisan ini, saya ingin menyentuh satu aspek yang terngiang-ngiang di fikiran saya beberapa hari ini.  Iaitu tujuan apa haiwan-haiwan ini dicipta oleh ALLAH Ta`ala?
Sudah tentunya ada manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada alam dan manusia.  Khususnya untuk manusia sebagai khalifah di bumi ini.  Tidak mungkin sia-sia ALLAH jadikan haiwan dan segalanya.
ربنا ما خلقت هذا باطلا
“Tuhan kami, tidaklah ENGKAU jadikan semua ini sia-sia.”
Saya terbayangkan seekor kucing :
cute-kitten-wallpaper
Kucing ini pada Hari Akhirat nanti akan menjadi debu.  Terhenti setakat itu.  Tidak masuk ke Syurga dan tidak pula ke Neraka.
Sedangkan kita manusia tidak terhenti setakat itu.  Kita ada urusan yang lebih besar menanti.  Selepas dihisab, kita seterusnya akan diberi nikmat ataupun diazab.  Samada menjadi ahli Syurga atau menjadi ahli Neraka.
**Moga-moga ALLAH Ta`ala jadikan kita ahli Syurga dan melindungi kita dari api neraka, amin.
Justeru, kehadiran kucing yang comel ini bukanlah sepatutnya dilayan sekadar untuk diambil manfaat di dunia sahaja.  Iaitu hanya untuk menjadi teman bergembira atau bermanja sahaja, tetapi sepatutnya dilihat lebih luas dari itu.  Ia adalah ujian ALLAH buat kita yang mana keputusan ujian tersebut hanya kita ketahui pada Hari Akhirat nanti.
Pada seekor kucing yang kita temui di jalanan atau yang kita pelihara ada ujian ALLAH untuk kita.  Samada kita berbuat baik atau zalim dengannya, semuanya akan dicatit.  Dengan menyedari bahawa ia suatu ujian, maka lakukanlah kebaikan kepadanya.  Antara yang baik boleh kita lakukan ialah:
  • Menyantuninya.
  • Memberinya makan atau minum.
  • Menyediakan tempat tinggal.
  • Mengubatinya jika ia sakit.
  • Menolongnya jika ia terjatuh atau tersekat.
  • Menemukan dia dengan rakan-rakan atau ahli keluarganya.
  • Dan sebagainya.
Itu semua bisa memberatkan catitan amal pahala kita.  Seterusnya dapat mendekatkan kita kepada redha ALLAH Ta`ala dan SyurgaNYA.
Janganlah pula kucing tersebut menyebabkan kita menambah dosa dengan menyepaknya, dengan mengherdiknya, dengan menipunya, dengan menderanya dan lain-lain yang bisa menyakiti hati dan tubuhnya.
Itu jika kucing.
Sama jugalah dengan haiwan-haiwan lain.  Pada semua haiwan samada ia boleh dimakan atau tidak, diternak atau tidak, semuanya boleh kita ambil manfaat untuk Hari Akhirat kita, bukan sekadar manfaat dunia sahaja.
Mereka semua akan jadi debu nanti.  Tidak kita!

Note: Ya, buat aku insaf. Selagi berkesempatan bersama, hargailah dia. Aku tak bisa mengukur setakat mana kebaikan aku telah berikan pada Lily dikesempatan yang ada. Adakah aku menjaganya seperti sepatutnya atau aku menderanya tanpa aku sedari walaupun aku tak pernah mengasarinya secara fizikal. 

Maafkan aku Lily, maafkan segala kekuranganku semasa aku menjagamu. selama aku menjagamu. aku tak tahu samada kita bertemu lagi, tapi aku berharap ya. Kesempatan yang sedikit selama kita bersama, akan selamanya aku ingati. kau sesungguhnya seekor kucing yang amat baik :-(

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...