Friday, October 25, 2013

Moisture Surge Extended Relief by Clinique



As salam semua, :-)

Fuh, jadual sangat buzy and tak menyempat2 nak tulis thread. Really, Ahad lepas fly ke Kuching Sarawak out station and kerja dengan seriusnya dari Isnin hingga Rabu. Seronok, banyak input dapat tapi really2 penat. Balik hotel flat terus, sempat mandi, makan, solat and dushuuum!!! ketiduran, sampai kakak/abang datang bilik pun dah tak heran sebab dah nyenyak kepenatan. 

Nak cerita pasal satu lagi produk Clinique saya pakai dan puas hati. Sebenarnya sebelum ni dapat sampel kecik jer tapi itupun blum habis lagi sepenuhnya. Bestnyer Clinique ni ialah dia tak kedekut bab2 bagi sampel ni. Kadang2 dia bagi banyak sekali, ikut jumlah belian kita jugaklah. Sampel dia pulak ala2 travel kit yang boleh kita bawak pergi outstation. Oleh kerana kulit yang sensitif maka saya takderlah nak beli besar terus, saya suka cuba2 sampel dia bagi. Kalau sesuai beli, kalau tidak, maka tak rugi pun kan. Tapi bila dah pakai sebulan dua ni, saya puas hati dengan clinique moisture extended relief ni. Kulit muka saya yang banyak cekadak ini, tidak marah pun dengan moisture surge ini, boleh blend gitu dengan aman makmurnyer. Saya pakai pelembap ini sebelah malam sajer, sbb sebelah siang dah mcm2 tempek, dengan dua serum clinique for radiant + spot corrector + clinique dramatically different moisturizing gel (DDMG), nak menempek aper lagi kan. so sebelah malam lepas pakai toner saya just sapu moisture surge  + DDMG. m

Amat puas hatilah setakat ini, takder keluar jerawat ker aper, malah kulit terasa sembam dan gebu gitu. Lagi2 kerja dalam ofis beraircon ni, kulit cepat kering tapi dengan adernyer pelembap ini maka kulit terlindung dari kekeringan yang nyata. Saya mmg recommend this moisturizer utk mereka yang mencari2 pelembap muka yang baik. Kalau kulit saya yang sensitif ini pun boleh terima pelembab ini, saya kira yang kurang sensitif maybe lebih senang untuk serasi dengan produk ini. Saya baru2 ni beli jar besar dalam harga RM200+. Nampak mahal kan, tapi boleh tahan sehingga setahun. Percayalah, DDMG yang saya beli bulan Februari hari tu harga RM165 kalu tak silap, sampai laaaaa ni masih ada suku lagi tinggal, saya menjangkakan (dengan cara/amaun saya pakai), bulan Februari tahun depan pun belum tentu habisnyer. So memang jimat. Mahal masa membelinya, tapi barang Clinique lambat habis, itu yang bestnyer. Kira belanja utk setahun atau setengah tahun terus. 

Saya probably tak tukar dah produk lain. Nak carik yang sesuai ni memang susah, dah jumpa buat per sakitkan kepala carik yang lain pulak kan?? Maintan ajerlah. 



No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...