Monday, June 3, 2013

Body Shop lagi..!! Aperkah?

Hue-hue-hue..
Saya memang peminat tegar The Body Shop (TBS) produk. Memang tak dinafikan lagi. Untuk kesekian kalinya, entri ini juga tentang TBS. Jangan muntah, ambik iktibar! Kalu barang saya beli tak bagus, jangan beli, jimat duit tuan-tuan dan puan-puan :-)

Tapi saya memang suka body skin care punyer produk, walaupun kulit muka saya bermusuh ketat dengan TBS tapi bab bahan penjagaan badan memang best dan sesuai. Disebabkan jualan tak ingat (10-70%) masih berlangsung di Alamanda maka saya pun pergilah menghabiskan duit kat sana...(sila jangan tiru ini). Kalau original price agak, mahal, now bila dah ada 20-30% off maka dapatlah saya berjimat (yer ke, lagi belanja banyak aper??).

Ini review saya tentang produk2 saya beli semalam (dah test pun semuanya okay).

(1) Syampoo dan pelembap rambut 
Saya dah beli syampoo dier beberapa bulan lalu, kira syampoo ni organik, takder campuran paraben atau apa2 chemical yang selalu ader dalam produk syampoo biasa. bagi yang health conscious, bolehlah opt for this kind of shampoo. Suka sangat dengan baunyer yang sgt segar. Saya beli yang untuk rambut normal hingga kering. Semalam saya mencuba dengan conditioner sekali, then baru nampak lebih kesannya. Rambut tanpa conditioner terasa kering, bila pakai conditioner, terasa lebih lembap dan lembut dan wangi of course. 
Sbb takder campuran chemical/paraben, syampoo ini kurang berbuih, so kena pakai amaun banyak sikit baru ler berbuih. Ini yang tak berapa sioknyer. Maybe la, nie sya punyer andaian sajer, mungkin kurang buih sebab benda lain. Tapi memang bestler..harum segar semerbak..terasa di spa. 



(2) My friend yang gi Bali hari tu ader bagi satu jar body scrub dari sana yang diperbuat daripada minyak kelapa + madu. Not bad jugaklah, tapi baunyer rasa really tradisional..tak boleh nak describe..rasa macam tengah berpantang gitu. Huahaahahaha..macamler pernah berpantang..kih kih..Tapi yang olive body scrub ni bau dier best. Tak terlalu kuat sangat baunyer, tpi bau olive oil ler, and beads dier memang powerful, terasa kulit lembap selepas mandi tu. Mula2 nak beli yang orange scrub tu tapi salesperson kata, yang orange tu ader orang tak berapa suka sbb sticky and greasy. Orange tu bau dier mmg sedap sangat, nak nyum-nyum rasanyer. Tapi takper cuba ni, dah bohsan, tukar lain pulak. Tapi saya memang puas hati, pada yang sedang mencarik body scrub yang bagus untuk badan, yang mahukan sesuatu yang agak murah, berkesan, melembapkan dan tak terlalu strong baunyer, silalah pilih olive body scrub ini, memang patut dicuba!!

terasa seperti menenyeh buah zaitun di seluruh badan

 (3) Last sekali, Green tea + Lemon Body, Room, Linen Spritz

Yang ni first time cuba, harga tak mahal, kurang RM50. Cantik dalam botol kaca. Bau macam..lemon dan green tea ler aper lagi. Yang bagusnya produk ni ialah, boleh pakai kat badan, cadar katil, bilik/rumah. Multipurpose lah. Ini kategori aromaterapi. So lepas mandi, boleh sembur sikit kat badan, or nak tidur sembur sikit kat cadar, kat bilik tidur yang ada aircon lagi berkesan dan tahan baunyer. Tapi bilik takder aircon pun okay, bau dier tahan berjam2 lamanyer. Memang menenangkan.

Nota: Oleh kerana saya ni boleh tahan hantu scrub, maka tengah nak bereksperimen buat scrub sendiri DIY. Saya hanya perlu carik bahan yang berkualiti dan sesuai. SO far tengok bahan2nyer murah jer, cuma kena belanja lebih sikit utk beli minyak berkualiti (grapeseed oil, olive oil, coconut oil, almond oil, kernel oil etc, essential oil). Tapi bukan pakai banyak pun, spend maybe RM50 tapi boleh guna lama sbb minyak and essential oil hanya guna beberapa titik/sudu sahaja. MESTI CUBA!!


DIY bodyscrub

DIY bodyscrub

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...