Friday, February 8, 2013

Cinta dan Restu...

Si buah hati atau ibu bapa? Dilema cinta..
Saya bukanlah peminat tegar hiburan Malaysia, baca2 gitu jah..tapi saya sukalah jugak bertandang di website beautifulnara untuk ikut perkembangan artis terkini. Kira macam tuk release tensionlah, nak tengok kontroversi terbaru yang hangat, yang suam2 suku..sapa berkahwin, sapa shopping luar negara, sapa melancong, sapa pregnant, sapa bergaduh...namerpun artis, semua orang nak ambik tahu..

Yang trending skarang..ialah of course kisah dua sejoli yang begitu open dengan hubungan cinta mereka iaitu Shanaz dan Shilah anak ND Lala. Sungguh jarangku mengulas hal artis nie tapi bukan artis tu yang nak dihighlightkan tapi isunya yang saya kira menarik jugak..cinta dan restu!

Restu. Perlukah restu? Sudah tentu. Ini pandangan saya..generasi X. Tak taulah kot2 trend generasi sekarang melihat restu ibubapa tu tak penting. Sebab saya percaya makbulnya doa ibu bapa kepada anak-anak. So jangan main-main. Takut murka ibu bapa mendatangkan murka Allah. Kita ni bukan negara Barat, cukup sekadar korang berdua setuju, sarung cincin and tadaaaa...bertunang sudah. Pastu bagi tahu keluarga, diaorang suka tak suka peduli apa...

Tapi kita berbeza. Kalau pun kita tak melihat budaya, tapi lihatlah agama dalam meletakkan ibubapa. Pentingnya doa dan restu ibubapa. Redha Allah ada dalam redha ibubapa. Dikhuatiri nanti, banyak masalah dalam rumahtangga bila tidak mendapat restu keluarga. kalau boleh biarlah hubungan itu direstui. kalau terdapat halangan, maka fikirkanlah yang terbaik untuk mengatasinya. 

Memenangi hati. Disitulah letaknya sabar dan kesungguhan. Saya kira ibubapa yang tidak bersetuju, bila jika melihat kesungguhan, keikhlasan dan kesabaran anak-anak mereka, akhirnya boleh berlembut hati menerima dan merestui pilihan anak mereka. Memanglah sukar, tapi kalau ada usaha dan jodoh..insya allah tidak kemana. Tanyalah diri, setakat mana sabar dan sanggupnya diri kita menempuh halangan demi mendapatkan restu. 

Ibubapa juga ada khilafnya. Saya tidak pula nak mengeneralisasikan soal restu ini dalam semua konteks masalah, kerana memang ada juga ibu bapa yang secara sengaja tidak mahu merestui kerana faktor-faktor yang tidak sepatutnya seperti darjat yang berbeza, tidak berpendidikan tinggi dan bukan pilihan keluarga. Yang itu, kadang-kadang khilafnya mungkin pada ibu bapa juga. Janganlah terlalu memilih sehingga kita tersalah membuat kriteria pemilhan yang tepat. Jika cukup syaratnya untuk menjadi bakal suami/isteri yang baik (e.g. agama, budi pekerti, sopan santun etc) maka kenapalah perlu dihalangi? Sesungguhnya memang ada ibu bapa sangat berkira tentang soal-soal yang tidak perlu/remeh/tidak penting seperti asal negeri bakal calon menantu. Ini namanya takder masalah mencari masalah. 

Pertembungan ego. Apabila meminta izin dan restu, paling penting memenangi hati. Kalau yang meminta itu berkeras dan yang hendak memberi restu itu pun berdegil, maka bencanalah jadiknya. Urusan yang sebelumnya molek, akhirnya berkecai gara-gara pertembungan ego. Seseorang harus mengalah. Memanglah kadang2, dalam keadaan marah, ego itu dipertahankan tapi kena fikir secara tenang, setakat mana ego itu membantu dalam mencapai matlamat? Kalau berjaya tunjuk ego tapi musnahkan perancangan yang elok (e.g berkahwin) maka apakah nilainya ego itu? zero. jadi letakanlah ego pada tempatnya yang sesuai. Saya kira setiap ibu bapa ingin dirinya dihormati selayaknya. Jika impresi salah yang diberi, takut izin tak dapat, impian berumahtangga hilang entah kemana. 

Moral of the story: Mendapat restu ibu bapa yang keberatan untuk merestui hubungan kita ibarat menarik rambut di dalam tepung. Banyak timbang taranya dan banyak pula kesabarannya. Disitulah letaknya kesungguhan. 

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...