Friday, January 11, 2013

Pendrive shortcut virus yang memeningkan!




Salam and hi all,

Minggu  ni superbusy, dua hari lepas di Puri Pujangga, semalam di Residence, pagi nie jap lagi meeting and then after that terus ke Rembau, esok heading to Melaka for 2 days. Minggu yang kecoh. Tetapi ini tidak menghalangku untuk bercerita sikit, nak release my tension and to share some good info about

VIRUS PENDRIVE!!

Sakit tak hati bila pendrive terjangkit virus?? This happened to me yesterday. Dah lah pendrive tu banyak maklumat penting tentang research, mmanglah ada backup tapi yang latest i put in that particular pendrive. Semalam nak dijadikan cerita, pakai laptop pusat which is sangatlah banyaknyer virus, segala macam mak nenek virus ader, last2 terjangkit kat saya pulak. Dah la semalam tgh workshop tu la staff ofis nak urgent dokumen saya utk diserahkan kepada dekan..doc saya pulak dalam pendrive demam sebab VIRUS muhaffafah nih..memang hangin satu badan.

Virus yang telah menjangkiti pendrive saya tu tak tau namer, tapi dia telah menyebabkan segala dokumen saya berada dalam keadaan shortcut 'hidden' or 'super hidden'. Kalu ikut naluri nak format jer tapi i risk of deleting all my important docs. Fortunately, i tanya pakcik 'Google', sort of ahli bijak pandai masa kini yang quite reliable and pak cik google bagi tau ader caranya utk retrieve balik my docs without reformatting my pendrive, oh leganya rasa. Katanya virus ini cuba memberikan kefahaman salah kepada mangsa dengan memikirkan bahawa file/docs telah hilang dan oleh itu terpaksa reformat balik dan hilanglah segala maklumat penting itu. Tetapi sebenarnya, file/docs itu tidak hilang tetapi telah di 'sembunyikan'.

Aderlah beberapa tips i cuba and i try this one yang telah berjaya selesaikan masalah saya.

Download documents bernama 'hidden file tool' and ikut stepsnyer and voila! Settle sudah. Ohh, baru lah nampak dunia ni pagi ni, kalau tidak macam anak itik sesat jer...

Peliknya walaupun ada antivirus, komputer saya gagal utk mengesannya hingga berlaku kejadian semalam itu. Moral of the story, jangan cucuk pendrive sesuka hati and make sure update virus kita sentiasa.

Untuk lebih lanjut, sila ke CARA MEMBUANG VIRUS SHORT CUT 

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...