Friday, November 30, 2012

Amah jugak manusia


Al kisah..tersebutlah kisah...

PETALING JAYA – Seorang pekerja kedai dobi terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa didera secara mental oleh majikannya apabila wanita tersebut ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah apartmen semalam.
Peristiwa menyayat hati yang berlaku pada pukul 11 pagi di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini itu menyebabkan Sukini, 30-an, maut apabila cubaannya untuk melarikan diri dengan memanjat balkoni rumah majikannya yang berketurunan Cina gagal sebelum dia terjatuh.
Difahamkan, ketika hendak memanjat, wanita dari Kalumpang, Sulawesi itu telah tergelincir dan sempat berpaut beberapa minit pada tembok balkoni itu sebelum terjatuh.
Turut ditemui di sisi mangsa ialah satu bungkusan kain batik mengandungi beberapa helai baju, seluar dan sabun.
Pekerja dobi berkenaan yang ingin dikenali sebagai Yanti, 40, berkata, dia begitu kesal dengan kematian Sukini kerana dia memang bercadang untuk menyelamatkan wanita itu sebaik mendapat nota terakhir mangsa yang ditulis di atas tisu pada pukul 9 pagi kelmarin.
Nota itu berbunyi: “Kakak, tolong selamatkan saya. Kalau kakak tak boleh tolong saya nekad lari ikut balkoni.”
Mangsa baru bekerja sejak dua minggu lalu dengan majikannya itu.
ANAK panah menunjukkan arah Sukini terjatuh.


“Sejak dua minggu lalu, saya mendapat tiga nota ditulis di atas tisu yang dicampak mangsa setiap kali dia lalu di depan kedai bersama majikannya untuk membeli nasi lemak pada waktu pagi.
“Ia berkisar mengenai kesulitan dan kesengsaraannya sejak bekerja dua minggu lalu. Mangsa turut mengadu dia tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa termasuklah keluarganya yang berada di Kalumpang, Sulawesi,” dakwanya ketika ditemui.
Ceritanya, nota keempat diterimanya pagi kelmarin. Nota itu memintanya supaya menyelamatkan amah tersebut atau dia akan nekad lari melalui balkoni kerana tidak tahan apabila sering dimaki hamun oleh majikannya.
“Sejurus membaca nota itu, saya telah melaporkannya kepada seorang pengawal keselamatan. Bagaimanapun, belum sempat dia diselamatkan, kami mendapat berita dia telah mati akibat terjatuh,” dakwanya lagi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
Penasihat Menteri Penerangan, Sosial dan Budaya bagi Kedutaan Indonesia di Malaysia, Suryana Sastradiredja pula ketika dihubungi berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang pembantu rumah dari Jakarta, Indonesia yang dikenali sebagai Suryani, 24, cedera teruk akibat dipukul dengan batang mop oleh anak majikannya yang berketurunan Cina di Taman Patani Indah, Sungai Petani, Kedah.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2DfPSZ3om 
Hakcipta terpelihara 

_____________________________________________________________________

Dua tiga hari lepas ader jugak kisah amah kena tumbuk sebab bangun lewat. Aish! Bukan semua orang Malaysia yang perangai gini. Tapi kisah-kisah camni dah cukup buat orang Indonesia marah dan men-stereotaip-kan majikan Malaysia sebagai kejam2 belaka. 

Aik tuan-tuan puan puan sekalian,

Kita ni dah abad 21. Perlu lagi ke dera2 ni semua??? Dah macam citer kunta kinte pulak, dah macam citer 'the Help' pulak, dah macam sejarah hamba abdi kulit hitam kat US pulak, that is just soooo outdated punyer attitude!! 

Mereka jugak manusia...tolonglah respect satu sama lain..takder cara lain ker nak mengajar and menegur kesilapan maid kiter?? Perlukah sampai nak lempang, torture, hina, sepak terajang ni semua??? Pompuan pulak tu buat??? Macam dibuatnyer punching bag pulak..tempat melepas geram. Jiwa kacau majikan2 macam ni agaknyer. Kalau dah gitu, tak perlu ader maidlah, pi buat keje tu sendiri..kalu sendiri malas, lempang muka sendiri boleh??? 

Kadang2, ader point jugak mintak mahal2 nih, kasik padan muka yg jenis kejam tak berperikemanusiaan ni. Tapi satu aspek, kesian pulak yang benar2 memerlukan dan bukan jenis membuli maid masing2. 

Tapi saya sokong - tak perlu ader maid terus!

Fikirkan alternatif lain - banyakkan nurseri, working flexi hours, and company nursery diwajibkan. 

Kalau nak jugak maid, kena fikirkan aspek kemanusiaan jugak, tolak ansur lah. Orang tu manusia, bukan robot...dia pun makhluk sosial, ader keluarga, anak seseorang, mungkin ibu/isteri seseorang. Janganlah sebab dia maid kiter, kiter rasa dia tu macam 'haiwan' kepunyaan kita, kurung, tak bagi bergaul, marah sesuka hati etc. Kita sama2 manusia. Apa awak perlukan, dia juga sama. Mungkin awak kaya sikit sbab mampu mengupah orang lain cuci seluar dalam awak tuh. Itu jer. 

Patut jugaklah Jepun beria-ia nak buat maid robot. Lebih mudah kerja kita. Takderlah menghadapi krisis kemanusiaan macam nih. Susah sangat ker nak jadi insan berperikemanusiaan ni??? 




Sunday, November 25, 2012

Bila kau fikir kau punyer suker sajer..

Ni mmg edisi hangin satu malaysia..

Sangkut paut ngan kereta dan jln rayer. Al kisah..ader saper punyer mamat tak bernama ni tapi berkereta plat johor dgn bersenang lenangnyer parking kete tul2 dpn laluan kereta saya nak keluar. Mmg sblm ni saya tak kisah org parking dpn pondok sampah tu which is just beside my parking lot as long as their car doesnt block mine. Tapi yang ni mmg buat saya hangin. Pagi tadi kuar kereta ni dh ader..mmg susah ckit saya nk kuar n masuk tpi sy blh adjust lagi sbb kete naza kia yg gabak parking sblh alza saya xder. Mlm ni..lps habis projek ngan students nk parking x blh sbb kete naza kia tu dh ader n parking dpn tu plak ader kete putih lain melintang. Nak masuk bontot x blh pusing..nak masuk muncung kete plat johor tu blocking. Mmg x hingat kau yer. Kete tu saya pasti kete luar..x pernah nampak. Senang2 kau parking yer..x der rasa hormat n fikir orang lain punyer susah..janji kete kau selamat mendarat!  per lagi complaint lah..ha..ambik kau kena clamp!

Saya dapat parking pelawat mlm ni. Moga pagi nanti kau belajarlah dari kesilapan..jangan ingat kepala lutut sorang jer...guna2kanlah otak allah kurniakan.

Published with Blogger-droid v2.0.8

projek komuniti anak yatim amal bakti

Salam..agak kesenyapan bbrp hari nih. Hah..bukan pelik pun..saya pernah jer senyap dlm blog ni bbrp bulan hingga ader ygcsabgka saya dh "bersara" terus lah. Kekadang mood takder nak menulus..kekadang busy..kekadang sajer2 malas..hah!

Minggu ni mmg super busy..ngan conference child protection di berjaya time square kl 3 hari berturut2! Bagi yg kenal saya akan tau betapa tak hinginnyer saya ngan kl..kalu bukan darurat mcm minggu ni jgn harep saya sajer2 nak menempekkan muka ni kat kl. And yes..ini kali pertama saya menjejaki kaki ke lot 10..times square n bukit bintang..jakun jugakler saya dibuatnyer...macam rusa masuk kampung..habis saya sondol dengan nerbesnyer..!

Ntahler..super mega shopping mall ni saya tak tergoda pun..dah berapa byk yg baru2 bukak..saya punyer feel ialah - ader aku kisah?? So jadilah saya regular customer di tempat2 spt alamanda..warta..metro kajang..sadis jer bunyiknyer kan..hahaha..saper member kaki shopping mesti bohsan ngan saya..yer silakan.

Jumaat pulak penuh appointments sehari suntuk..maklum dh ilang 3 hari bykler org mencariknyer..students..dll. Even weekend ni pun..saat saya tulis ni..ader aktiviti students saya sedang berlangsung di rumah anak yatim seksyen 7 bangi. Semalam sy spent hours jgk monitor aktiviti diaorg..hari ni ader lagi..

Aish..terpanjang plak dh intro!

Mula2 hampir x jadik sbb kami x dapat budget but alhamdulillah..berkat usaha pelajar2 sendiri yg gigih mencari tajaan..maka kami dpt cover cost projek kami. Well to b honest..saya kagum dgn darjah independent mrk menguruskan segalanyer. Sy busy minggu ni n diaorg uruskan segalanyer...saya hanya dipanggil utk sign dokumen sajer..n sehari sblm aktiviti utk go through modul diaorg. Marbeles kan students sayer?

Layan bbrp keping gambar saya sempat snap..budak2 ni hiperaktif okay n meroyan jgkler students2 sy nak melayan diaorg..rasakan! Hahaha.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, November 19, 2012

the best book for study english

Yup..i am talking about BOOK..AGAIN!

Tapi rugi rasanya tak share ngan u all. Sama2 kita berkongsi perkara baik. Tul tak? Cuma kali ini..bukan buku cerita tapi buku pelajaran.

Banyak2 buku belajar bahasa english..rasanya ini antara buku terbaik bagi says..comprehensive and cara dia organise cobtent pun very unique. Tsk jumpa lagi buku gini kst Malaysia. Saya beli ni masa study di melbourne. Harga $46.95.

Ini antara buku saya sayang sangat sebab susah nak jumpa buku yg sebaik ini utk blajar n faham english.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, November 17, 2012

Books i bought but haven't yet read

Saya mengaku saya ulat buku. Even masa sekolah dulu kawan2 lelaki selalu usik saya bau buku :-)

I never feel being insulted. I accept that statement as a compliment. My passion about books is hard to die. Until now. I still remember..when i was young..always curik2 reading my brother text books just bcause i had finished reading mine! Haha.

And i still remember..made a fuss about my mum pinggan mangkuk collections n swore to god that i would buy alots of books as my collections instead. How true this become...

Baru jer habis baca buku "the help". Fuh! And i just realised i still have few books on my shelf that i hvnt yet read. Terrible...beli setiap bulan..pantang nampak buku beli..

At least ader 5 buku baru beli yg blum dibaca..so?? For this coming 5 months..perlu tahan nafsuku utk membeli buku baru. Buku kt umah ader 5 blum dibaca..LIMA!

Sila jangan membazir. Lima bulan bekalan..sampai tahun depan...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, November 15, 2012

cuti muharam and "the help"

Salam muharam semua!

Terasa pelik pulak cuti berselang seli ni. No wonder ramai yg cuti straight terus seminggu. But me? Nop. Esok ader appointment ngan phd students..

Dah masak..dah makan..rehat jap...n blogging

Klu u all tgk icon sblh kanan column blig saya..ader book of the month - the help. Agak lama jgk sy nk menghabiskan buku nih. Yelah dlu full time student blh spent hours bc buku citer..now dgn report..dgn keje..dgn draft students..projek tu projek ni..hanya sempat membaca sehelai dua sehari..tu pun time nk tido..kdg2 x sempatpun habis satu page dah zzzzzzz...

Tpi buku ni mmg best dibaca. N sy pun ader beli vcdnyer baru2 ni. Citer mmg takkan boleh menyamai novel yg diadaptasi tpi blh kater dlm 70% bersamaan. Yelah filem bukan lama pun..so byk kandungan novel kena cut. Tapi dua2nyer berbaloi baca dan tengok.

Ringkasnya novel/movie ni menceritakan hidup masyarakat daerah jackson mississippi us era 60an yg masih mengamalkan rasis..toilet asing..mkn asing dll. And ader seorang gadis..miss skeeter yg mendapat ilham menulis ttg maid kulit hitam yg bekerja dgn klrg kulit putih. Dia mendapat inspirasi ini dari pglmnnya sendiri dibesarkan seorang maid kulit hitam bernama constantine. Ketika di universiti berlaku satu insiden di rumahnya yg menyebabkan constantite dipecat. Miss skeeter sgt menyayangi amahnya itu dan tak faham mengapa segala2nya perlu dipisahkan dsn didiskriminasikan kerana warna kulut dan bangsa.

Citer ni byk berkisar ttg struggle miss skeeter nak carik amah yg sanggup jadi responden utk buat buku. Bukan mudah kerana blum pernah dilakukan sblm ini dan juga dlm masyarakat yg sangat mengamalkan diskriminasi kaum..tidak ramai maid yg mahu mengadaikan nyawa sendiri dgn menceritakan keburukan majikan masing2.

Tambahan pula majikan maids2 ini adalah kwn2 miss skeeter sendiri.

Oooh..pjg pulak..mcm nak buat rumusan wikipedia plak. Hey..korang suka korang carik buku/ movie sendirik yer..pnat aku nak rumuskan. Haha.

Watak2 yg best dlm movie/buku ini:

Miss skeeter
Miss hilly - sakit hati dgn watak dier..soooo racist
Miss celia

Amah:
Constantine - leleh jgk airmataku tgk watak amah tua ni. Dia wujud dlm flashback sajer..sekejap jer tapi watak dier touching
Aibeleen
Minny - kasar orgnyer..penuh kemarahan..bad temper tpi sbnrnya baik hati..lucu jgk

Insiden yg epik dlm citer ini ialah bila minny bagi hilly mkn pie yg dibuatnya sendiri.

Why epik??? Jeng3..

Sblm tu..hilly ni kan sgt rasis n wpun minny kje untuk dier..hilly x mau minny buang air besar/kecil guna toilet umh. Dia buat toilet asing diluar utk minny. Satu hari ribut kt luar..minny nk terkencing tpi kt luar ribut petir. Ibu hilly x kisah minny guna toilet tpi hilly x bg. Minny x tahan nk kencing..dier tipu nk buat air utk ibu miss hilly n dier kencing guna tiolet umh. Miss hilly yg mengendap dari blkang sgt2 marah n pecat minny on d spot!

Tak henti situ sajer. Miss hilly ni pengaruh besar kt town tu. Dier pi ckp ngan kwn2 dier minny kaki pencuri. Last2 xder org nk ambik minny kje. Anak dh lah banyak.

Minny dtg umh dgn bwk pie yg dibuatnyer kpd hilly konon2 mintak maaflah. Hilly plak berlagak. Dia setuju ambik minny kje blik tapi dier nak byr separuh jer (jahatkan pompuan ni). Sambil ngutuk2 minny ni dier mkn pie minny tu. Tiba2 dtg ibu miss hilly nk rasa pie tu skali n minny ckp..pie tu special utk miss hilly sajer. Miss hilly marah n tolak dgn kasar pinggan berisi pie tu kepada minny n dia arahkan minny potongkan pie tu bg sikit kat mak dier. Minny ni kan panas baran..dier tolak balik n ckp dialog berikut:

Minny: eat my shit
Hilly: what u just say?
Minny: i said "eat my shit"
Hilly: are you out of your mind?
Minny: no mam..but you're about too..(sambil tgk pie tu dgn penuh makna)

Huahuahua..menambah perisa..mak hilly gelak..sbb hilly bukan dah mkn satu slice pie tapi dua! Minny terus cabut lari dari situ sambil ibu miss hilly gelak sakan dan menjerit

"run minny!...run..!"

Ooop..u will know why ibu hilly laugh out loud instead of angry..

Worth watching..!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, November 11, 2012

bodyshop vitamin e facial cleansing bar

Wah..2 entry sehari..rajin bebenor! Ohh..sekadar nk ease up a bit..tgh buat report..nk ilang tension.

Now let me tell u about one product from bodyshop..cheap price but good..

U see the picture above. Yes..cleansing bar with price only rm13.50. Saya berani kata bagus sbb dah guna banyak ketul..(haha..ketul sabun yer). Asalnya nak guna as make up remover tpi ia lebih dari menanggalkan make up. Kulit tak kering dan mbwrsih secara mendalam. Bagi yg berkulit sensitif spt saya..tidak menyebabkan jerawat. Haa..kalau saya okay..anda terlebih2 okay. Percayalah..sabun ini mmg bagus dan plus harga murah tuuuh. Mahal tak semwstinya bagus dan murah tak semestinya tak baik. Cuma kena rajin survey n tanya.

Sabun ini byk dapat reviews yg baik..try bukak makeup alley website kalu tak percaya..

Okay2 nak sambung kerja..caiyok2!

Published with Blogger-droid v2.0.8

The smallest house in the world

Seorang arkitek german telah mereka bentuk sebuah rumah paling kecil di dunia. Ini sebagai salah satu usaha mengatasi masalah rumah yg meruncing. Rumah ini boleh disiapkan sehari.

Walaupun rumah ini cukup2 untuk seorang saja..tapi sy tgk rumah ini sgtlah comel, selesa dan praktikal. Orang miskin pun mampu miliki rumah ni.

Comel..comelkan????

I like!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, November 9, 2012

skinfood rice mask + watermelon

Hi all..

Buat aper tuh? Masih kt ofis keje? Hehe. Saya dah kat rumah. Wahaha. TAPI SAYA TAK CURI TULANG YER. Balik awal sebab jam 6 ni nak bertolak bawak students master g outreach homeless. Rombongan kedua. Ya allah..permudahkanlah urusan dan keselamatan kami dan janganlah ujan lebat@banjir sebab saya ni jalan kl memang fail. Takut2 nanti jalan banjir saya tak tau lari mana. Insya allah amin.

Sambil2 menyambung report research ni sblm bersiap pergi ptg karang..saya ambik kesempatan membuat sesi mencantikkan diri. Haha. Pompuan katakan.

Okay kali ni nak review skinfood products pulak. Saya suka segala jenis skinfood punyer mask..yang wash off or mask sheet. Saya dah pernah pakai ginseng mask. Puas hati. Hasil mmg bukan segera tapi ginseng tu menjadikan kulit lebih cantik dan lembut gitew.

Salah satu produk bestseller mask skinfood ialah rice mask wash off. Ni paling byk dapat reviews positif n memang hot. Saya first beli hari tu pakai hari2 dan kesannya...

Kesannya ialah...

Jerawat sebijik! Haaa..marbeless tak? Kweng2. Saper suruh pakai hari2. Dah instruction kater 2-3 kalu seminggu pastu bedal hari2 memanglah terlebih sudah. Kat dahi pulak tuh. Huhu...

Tapi apart from that..memang kulit cerah..lembab n lembut. Bagi yg kulit berminyak tak payahlah pakai terlalu kerap..2-3 kali seminggu cukuplah. Yang terbaik adalah bersederhana. Tul tak? Dlm hidup ini kalu berlebih berkurang selalu ader masalah. Sebaik2nya yg balance.

Watermelon face sheet ni first time nk cuba. Hopefully okay. Pilih ni sbb jarang dengar watermelon mask..mesti delicious yummy yummy!

Okay! Nak tempek mask kt muka dulu. Jumpa lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Bila tak ader negara sudi bagi maid ke Malaysia..

Semakin kesempitan maid..
Terdesak..
Huru hara rumahtangga?

Rakyat Malaysia kena memikirkan alternatif lain dan kurangkan kebergantungan kepada maid. Pelik kadang2 macam mana negara lain seperti negara maju boleh tidak menggunakan maid dalam urusan domestik mereka. Mungkin malaysia perlu belajar sesuatu dari contoh tersebut. Kalau perlu ubah dasar maka mungkin lakukan saja.

Apakah dasar pekerjaan mereka lebih fleksibel terutama bagi wanita dan ini membolehkan ibu2 kekal bekerja dan membesarkan anak hingga mencapai tahap berdikari?

Apakah boleh diwujudkan lebih byk sektor yg membolehkan wanita bekerja dari rumah? Lagipun skrg ini semua outcome based..asal you deliver apa yg diminta..org tak kisah bgmna cara you melaksanakannya. Dengan bantuan teknologi komunikasi yg canggih..perlu lagi ker untuk ader secara fizikal setiap hari di ofis? Saya kira ader profesion yg boleh melaksanakan kerja di rumah ini. Macam pensyarah...ehem. Serius..pensyarah antara contoh kerja boleh buat dirumah.

... Tbc...solat dulu..heh

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, November 8, 2012

Bila agama dipersenda...

Ngeri tengok orang politik ni berdebat isu kebebasan agama org melayu. Tak berani nak ulas lanjut sbb takder knowledge nak mengulas. Cuba saya rasa toksahlah diperdebatkan agama orang melayu. Islam sebaik2 agama..sempurna luar dan dalam. Bahaya statement yg boleh meracuni pemikiran segelintir golongan melayu yg mungkin beranggapan apa agama mereka pun takper.

Nauzubillah.

Carilah titik persamaan..kuatkan ukhuwah..bukan persoal itu ini mencari kelemahan masing2. Bekerjasama atas nama agama.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, November 5, 2012

Keganasan dan kekejaman menjadi-jadi

Kadang2 takut baca headlines newspaper sekarang. Macam2 peristiwa ngeri ader dalam sehari. Dulu agak jarang berlaku..tapi skrg rasanya reporter pun agaknyer pening mana satu headlines jenayah yg nak dipilih sbb semua sadis2 belaka.

Sekadar contoh jenayah dalam utusan melayu online dalam sehari dua:

Lelaki putus cinta lepas geram
Pemandu teksi dibunuh dan dibakar
Kakaitangan awam dibunuh dan isteri dirogol dalam rompakan
Warga emas maut ditumbuk dalam rompakan
Anak bekas ahli parlimen parah ditetak
.... Dan beberapa lagi

Ngeri tak? Ader beberapa kesimpulan sy blh buat disini..
1. Penjenayah semakin ganas dalam tindakan mereka. Membunuh itu cara biasa sekarang dan bukan pilihan terakhir.
2. Keagresifan menjadi2.
3. Cemburu dan dendam juga menjadi sebab utama jenayah berlaku selain rompakan.

Dulu ader entry sy laporkan jenayah putus cinta simbah asid n bunuh. Lebih kuranglah yg terbaru ini di mana lelaki membakar kereta dan 3 motorsikal milik keluarga bekas teman wanitanya dan mengugut bunuh! bunuh! pada masa yg sama. Again..aper nak jadik dgn jiwa org sekarang? Jiwa kacau sungguh.

Rasa takut jer baca. Nauzubillahiminzalik...aku bermohon dijauhi dari bencana2 ini. Mengapa negaraku rakyatnya jadi begini? Apakah yg kurang sehingga moral dan jiwa menjadi bankrap teruk mcm ni? Agama sudah pasti..tapi selain itu? Ibubapakah? Sistem pendidikankah? Dadah kah? Aper..?????

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, November 3, 2012

"keldai dadah"

Semalam berlangsungnya seminar keldai dadah anjuran pelajar kerja sosial pusat psikologi fssk ukm. Tiga ahli panel dijemput khas iaitu

Pengarah kastam selangor datuk azis ayub
Superintendan pdrm bhgn narkotik selangor tuan ravi
Pegawai aadk selangor en hasrul

Best jugak topik ni. Ramai jugak pelajar yg datang tengok walaupun hari jumaat. Antara kesimpulan menarik yg dikupas ialah.

Keldai dadah ni ader 3 kategori utama
1. Yg benar2 naif. Tak tau yg dirinya tertipu
2. Yg paksa rela. Mungkin sbb termakan budi lalu tergadai body
3. Mmg tahu dan terlibat secara langsung.

Org nigeria dikatakan kelompok pling kerap merekrut keldai dadah ni. Mereka adalah kumpulan sindiket terlatih. Terlatih dlm bbrp perkara iaitu:

¤Kata2 manis dan ayat2 cinta dan sikap gentleman utk menjerat keldai dadah.
¤bersikap garang dan kasar utk menakutkan penguatkuasa.

Adapun sikap bermulut manis terhadap bakal2 keldai dadah ini dikatakan bukanlah true color sebenar mrk. Tapi mereka dilatih bermulut manis. So gadis2 yg sedang dilamun cinta dgn golongan ini silalah berwaspada. Mungkin ader yg genuine mungkin ader sekadar untuk mencapai matlamat mereka - mengkeldaikan anda.

Keldai dadah ini biasanya dijanjikan kemewahan dan cinta yang suci murni. Ketika inilah mereka cucuk jarum iaitu bilamana emosi menguasai akal fikiran yg rasional. Namun ader jugak keldai dadah yg setuju bawa dadah kerana terdesak mahukan wang lumayan dijanjikan.

Keadaan beremosi dan dibawah tekanan memang bukan waktu yg sesuai buat keputusan. Pandai ambik kesempatan kan.

Bagaimana langkah pencegahan bagi mengelak menjadi keldai dadah ni? Antaranya:
1. Berwaspada selalu. Walaupun dgn individu yg kita rapat seperti kawan. Jika ada permintaan mengirim bagasi atau bungkusan..pastikan anda tahu isi kandungannya atau anda sendiri yang membungkusnya.
2. Jika ditawarkan peluang ke luar negara dgn imbuhan lumayan..ditanggung percuma..too good to be true..sila teliti sblm bersetuju. Now nk g toilet pun berbayar apertah lagi melancong percuma. Jgn terus kelabu bijik mata.
3. Luaskan pembacaan anda dengan mengikuti isu2 semasa. Jadi anda sentiasa tahu modus operandi sindiket dadah ini dan supaya tidak mudah terjerat.

Byk lagi sbnrnya info nk kongsi tapi sbb buat thread ni pkai samsung note taip sebijik2 maka aku dah bosan..! Huah. Layan gambar2 nie...

Ingatlah..jangan transform diri anda menjadi keldai.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, November 1, 2012

Terrified faces in haunted houses

















Adui..sakit perut gelak sorang2 tengok reaksi orang bila masuk rumah hantu dan tengok hantu. Rasanya tu pasal hantu suka usik manusia kot..untuk jadi bahan ketawa dikala keboringan..macam2 gaya dan ekpresi muka. Yang jelas..hilang sudah control macho n control ayu.
LOL
Jom layaaaan...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...