Saturday, November 3, 2012

"keldai dadah"

Semalam berlangsungnya seminar keldai dadah anjuran pelajar kerja sosial pusat psikologi fssk ukm. Tiga ahli panel dijemput khas iaitu

Pengarah kastam selangor datuk azis ayub
Superintendan pdrm bhgn narkotik selangor tuan ravi
Pegawai aadk selangor en hasrul

Best jugak topik ni. Ramai jugak pelajar yg datang tengok walaupun hari jumaat. Antara kesimpulan menarik yg dikupas ialah.

Keldai dadah ni ader 3 kategori utama
1. Yg benar2 naif. Tak tau yg dirinya tertipu
2. Yg paksa rela. Mungkin sbb termakan budi lalu tergadai body
3. Mmg tahu dan terlibat secara langsung.

Org nigeria dikatakan kelompok pling kerap merekrut keldai dadah ni. Mereka adalah kumpulan sindiket terlatih. Terlatih dlm bbrp perkara iaitu:

¤Kata2 manis dan ayat2 cinta dan sikap gentleman utk menjerat keldai dadah.
¤bersikap garang dan kasar utk menakutkan penguatkuasa.

Adapun sikap bermulut manis terhadap bakal2 keldai dadah ini dikatakan bukanlah true color sebenar mrk. Tapi mereka dilatih bermulut manis. So gadis2 yg sedang dilamun cinta dgn golongan ini silalah berwaspada. Mungkin ader yg genuine mungkin ader sekadar untuk mencapai matlamat mereka - mengkeldaikan anda.

Keldai dadah ini biasanya dijanjikan kemewahan dan cinta yang suci murni. Ketika inilah mereka cucuk jarum iaitu bilamana emosi menguasai akal fikiran yg rasional. Namun ader jugak keldai dadah yg setuju bawa dadah kerana terdesak mahukan wang lumayan dijanjikan.

Keadaan beremosi dan dibawah tekanan memang bukan waktu yg sesuai buat keputusan. Pandai ambik kesempatan kan.

Bagaimana langkah pencegahan bagi mengelak menjadi keldai dadah ni? Antaranya:
1. Berwaspada selalu. Walaupun dgn individu yg kita rapat seperti kawan. Jika ada permintaan mengirim bagasi atau bungkusan..pastikan anda tahu isi kandungannya atau anda sendiri yang membungkusnya.
2. Jika ditawarkan peluang ke luar negara dgn imbuhan lumayan..ditanggung percuma..too good to be true..sila teliti sblm bersetuju. Now nk g toilet pun berbayar apertah lagi melancong percuma. Jgn terus kelabu bijik mata.
3. Luaskan pembacaan anda dengan mengikuti isu2 semasa. Jadi anda sentiasa tahu modus operandi sindiket dadah ini dan supaya tidak mudah terjerat.

Byk lagi sbnrnya info nk kongsi tapi sbb buat thread ni pkai samsung note taip sebijik2 maka aku dah bosan..! Huah. Layan gambar2 nie...

Ingatlah..jangan transform diri anda menjadi keldai.

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...