Thursday, October 4, 2012

Taman Tenaga Pencuri Berleluasa??

kan best kalu pencuri ader baju uniform? senang nak kenal...

Sedang ligat mencari material utk pengajaran, bilik diketuk kenalan. Nampak wajahnya macam ada emergency jer. Saya pulak tengah pening memikir banyaknyer keje yang nak disudahkan sebelum Jumaat. Dalam kepala ini macam2 perkara menanti. The last thing i want is an INTERRUPTION!! I need time to think and to do my things. But this is emergency..okay-okay cool..fuh! soo, wassup??? 

Pencurik rupernyer!!! Iskh pencurik nih memanglah...perabih beras dan harta karun jerh and masa aku!!! Ambik..heh! 

Kesian:
Kawan ni duduk di Taman Tenaga Kajang, ala situ ramai students UKM bertapak. Situlah paling dekat dengan UKM dan strategik segala2nya, tempat makan, public transport and semua keperluan2 asas. Segala2nya bermula di hentian kajang. Katanya sejak dua menjak nih menjadi2 kes kecurian berlaku di kalangan pelajar UKM. Habis laptop, barang-barang berharga waima seluar dalam dan baju pun kena kebas? Aish, mencuri tak pakai seluar dalam dan baju kot, togel macam tu jerh sebab tu baju pun kena kebas. 

Jiran kepada kawan ni telah pun kecurian 2-3 hari lepas. Sebab terlampau takut maka dia pun mengambil keputusan keluar dari rumah dengan notis 24 jam kepada tuan rumah. Kawan saya ni pun mulalah gabra dan takut kejadian sama berulang. So dia dan kawan2 yang duduk disekitar berpakat utk membawa apa2 saja barang berharga - passport, laptop dll ke mana saja berada. Kesian tak? berat tu nak angkut sana sini. Tapi sebab takut punyer pasal digagahi jugak mengangkut barang2 ke sana sini. Lagi2 katanya sejak 2-3 hari lepas dia nampak lelaki yang mencurigakan berlegar2 di kawasan sama tanpa tujuan. Pernah sekali dia bertembung dengan lelaki ini dan lelaki ini terus cabut lari. Kenapa cabut lari iye dak? Nak kata kawan saya rupa macam hantu tak pulak, cantik aper minah nih...soo? 

Polis:
Nih susah sikit nak cakap. Kawan saya ni pelajar antarabangsa dari Iran. Dan rakannya yang telah kecurian itupun pelajar Iran jugak. Dijadikan cerita, saya tanya jugak dah buat report polis ker? Mungkin pencuriknya tak dapat, tapi boleh alert polis bahawa kawasan tu berlaku kecurian kerap so boleh ronda2 lebih kerap. Tapi katanya, dah buat, dah call tapi tak dilayan. Tak dilayan tuh! Katanya bila call polis yang menjawab tu terus letak bila dapat tau pemanggil tu orang Arab. Saya tak beranilah nak membuat konklusi awal kat sini. Boleh jadi macam2 sebab. Mana tahu yang menjawab tu tak reti cakap orang putih? So berlakulah misunderstanding kat situ. Bukan tak nak layan, tapi tak faham...ada mengerti?? Macam itik dan ayam bercakap. tapi dalam satu aspek yang lain, kalu benar report tak diambil berat, tak baiklah imej polis jadiknya kan. Lagi2 melibatkan pelajar antarabangsa, boleh terjejas imej negara gara2 pencurik nih. 



so pak polis sekalian, yang kebetulan membaca blog saya ini secara tak sengaja mahupun dengan niat tertentu..(ader ke?) silalah alert bahawa ada kejadian pecah rumah yang agak serius di kawasan taman tenaga hentian kajang tu. silalah buat rondaan lebih kerap di situ. 

Penduduk sekitar:
Nak harapkan polis saja jaga kita pun tak boleh jugak. Komuniti pun kena main peranan sama. Mungkin telah tiba waktunya rondaan penduduk sekitar dilakukan dengan kerap atau diaktifkan semula. Pusing2 kawasan kediaman anda supaya orang nak buat jahat pun fikir 2-3 kali sebelum melakukan pecah rumah. Jangan dok aktifkan wireless atau wifi ajer, tu, RUKUN TETANGGA tu kena sama naik ngan smartphones..keselamatan itu adalah keperluan fundamental dan tanpa wifi boleh hidup lagi, tapi tanpa rasa selamat..amankah kita???

Bajet 2014 - PM Najib, kami nak mintak peruntukan disediakan seorang  SUPERHERO bagi setiap kawasan perumahan bagi menjaga keselamatan penduduk, boleh? Pleassseeee...!


Saya menulis ini sekadar berkongsi tentang keadaan komuniti yang hampir dengan tempat saya tinggal. Siapa lagi yang perlu peduli kalau bukan kita??? Ini adalah realiti/isu/masalahnya..apakah peranan kita bersama???

sila fikirkan...

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...