Monday, September 17, 2012

samseng naughty 2 vs ipong 5

JhhBagi penggemar telefon canggih..anda sudah pasti tahu tentang pertarungan epik antara samsung dan apple. Walaupun samsung kalah kepada apple di US tapi itu tidak menjamin bahawa samsung akan jadi bankrupt..

Dulu susah jugak smartphones lain nak challenge apple tapi sekarang ader persaingan sengit dari samsung sejak mereka mengeluarkan smartphone galaxy series.

Even now pun sy tgh menaip guna samsung note..heh

Tapi yg jelas sekarang ialah..perubahan minat berlaku dari skrin kecil kepada yg lbh besar. Even iphones 5 pun terpaksa membesarkan skrin iphones 5 nyer kpd 4.3 inc kalau tak silap.

Kelakarnyer dalam forum web ramai yg bertelagah ttg brand mana yg terbaik. Hardcore fans apple produk sudah pasti taksub pada iphone5 dan android pula dengan perisian mereka n samsung...

As for me..saya pakai apa saya perlukan. Kalau nak ikut teknologi...mmg tak terkejar..duit pun tak sempat duduk lama dalam poket. Perlu ader batasan dalam ketaksuban kerana teknologi terlalu pantas berubah. Eg. Samsung note kira baru jugak now dah ader note 2. Iphone4s pun belum berapa lama release dah ader iphone5. Now..ader rumors mengatakan samsung galaxy s4 pulak akan keluar tahun depan...

Hancuslah kalu bertukar2 handphone sokmo..

Moralnyer..beli apabila perlu..pilih yg memenuhi keperluan and pakai sebaiknyer. Pedulikan jika esoknyer ader siri terbaru keluar dipasaran. Beli yg baru hanya bila yg lama sudah terlalu antik dipakai atau jika uzur/ rosak.

Tukar2 hp nih bukan bertambah kayer pun...tolong mengkayakan company samsung n apple jer..

Dalam hal ini nasihat yg mengatakan beli mengikut keperluan bukan kehendak adalah benar. Jgn menjadi mangsa strategi pemasaran yg menyebabkan kiter merasa semua benda dijual diluar sana adalah "mesti dimiliki".

Published with Blogger-droid v2.0.8

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...