Saturday, September 22, 2012

its weekend!!! yippie!

Ohh..weekend sudah kembali! Yes! Saper tak suka weekend??? Semua orang suka. Hmm, workaholic jer kot yg tak suka weekend. i bet everyone else does! Time weekend nielah boleh merancang aper2 yg takder kaitan dengan keje. Cukup-cukup lah menghambakan diri utk bekerja 40jam/5 hari seminggu. weekend adalah utk keluarga dan diri sendiri.
 
pagi ini saya telah berjaya menerjah ke danau ukm untuk berenang2. berenang mmg favourite saya. cuba jugak paksa diri utk ada exercise..tak kiralah joging ka, yoga ka or berenang ka..gaya hidup sihat adalah keperluan masa sekarang. mungkin ader orang skeptikal - bersenam - sakit jugak! yup, betul, tapi at least dgn gaya hidup sihat kita mampu menghindar penyakit lebih serius/meminimumkan potensi penyakit kronik. mana boleh main tadah jer doa 'aku nak sihat' pastu makan tak ingat dunia..faham kan? doa + usaha adalah cara yang betul..tanpa salah satunya pun tak boleh jugak.
 
tak bestnyer, rupa2nyer kolam renang utk wanita dan kanak2 ditutup hari ini utk kerja pembaikan. selalu ada 3 kolam renang dibuka, pagi ni ada satu jer iaitu kolam renang unisex - untuk semua. kolam renang ni mmg besar pun, soo tak kisah sangat sharing pun. tapi bahaya jugak sebab kolam ni dalam..makin ke hujung makin dalam. saya berjaya berenang sampai kehujungnya tapi tetap berjaga2 berenang disepanjang tepi kolam sahaja bukan ditengah2 sbb takut cramp ker tiba2 or kepenatan..boleh lemas tu..sbb kolam besar. first start aktif berenang hari tu sakit2 badan, now dah okay. and perasan ader improvement dalam pernafasan...tak cepat mengah bila buat aktiviti lasak.
 
agenda lain hari ni ialah utk membeli purse - yg ada nie heh....mmg dah tahap uzur kritikal. dah terkopek2 dah...kalau orang tengok gerenti dalam hati diorg cakap 'kesiannyer perempuan ni, takder duit nak beli purse baru.' huhuhu...bukan tak nak beli yg baru..takder masa nak membelek. nak carik pun bukan boleh sambar jer kan?? mesti nak tengok2 belek2 and berkenan dihati...hati ni pun bukan semua purse suka tul tak?
 
cuma dimana nak carik tu tak decide lagi. malas pulak nak gi jauh2. gi metro kajang ni dah fobia skit, maklumlah pernah tenggelam dek banjir, dahlah tempat selalu parking memang kawasan disaster..kalau gelap cuaca, memang tak mau nak pergi. mcam sekarang nie dah start gelap macam nak hujan.
 
sesiapa yang tak tau nak buat aper2 tu, saya suggestkan try tgk movie nih. best sgt kisahnya. saya ader bukunya dan dah tgk movienyer. full movie sejam lebih.
 
the boy in stripped pyjamas. happy weekend.
 
 
 
 

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...