Friday, January 13, 2012

A weekend backlog

Berjayakah disiapkan weekend ini??

Kajian menyatakan separuh daripada rakyat Malaysia bekerja melebihi 8 jam sehari. Kajian ini dilakukan oleh Regus iaitu penyedia tempat kerja flesibel terbesar didunia. Kebanyakkan pekerja membawa balik kerja-kerja mereka ke rumah dan cuba menyelesaikannya sebelum tengah malam.

Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.

Sumber : Kosmo

_____________________________________________________________________________

Hmm, akulah yg termasuk orang yang kerja lebih masa tuh T_T huhuhu...
Kesibukan seharian menyebabkan tak semua perkara dapat diselesaikan seharian dari jam 8-5 petang. Akibatnya weekends yang selalunya indah dihiasi cerita2 hindustan telah dicemari oleh backlog yang harus diselesaikan sebelum minggu depan. Gambar diatas bukanlah gambar hiasan tetapi mmg kerja yang saya kena siapkan di weekends indah yg sepatutnya saya gunakan untuk guling-guling dan golek-golek di depan tv sambil makan kuaci dan aiskrim.



terkorban hari weekend ku yang indah..nasib baik ada sinchan

Ada terbaca dalam forum baru2 ini pasal cikgu (tak semua ye) yang suka dok komplen bawak keje balik rumah, cuti sekolah tak serupa cuti. Uik, kajian telah menunjukkan hampir semua pekerjaan mengalami perkara yg sama. Jadi hentikan komplen seperti itu dan gembiralah kerana anda masih ada cuti sebulan bergaji penuh biarpun dipanggil bertugas masa itu. Aku dan ramai lagi profesion diluar sana takder cuti sebulan bergaji penuh. bersyukurlah dengan apa yang ada.

gambar itu - blum habis lagi citer...blum termasuk email students yg sekali dgn attachments soft copy drafts diaorang yg perlu aku review jugak...

walaupun penat tapi aku cuba kata pada diri ini - ALHAMDULILLAH, kurang2nyer aku bekerja. mengomen tak puas hati hanya akan menyakiti diri. apa yg perlu adalah fokus menyiapkan tugasan itu dan begitulah seterusnya. aku berdoa dikurniakan kerajinan yang maha hebat minggu ini atau aku akan dihinggapi penyakit malas atau main SIMS 3 sepanjang hari...dah banyak dah rakyat SIMS 3 yang aku ternak dalam games tu.

hmmm..fokus! fokus!

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...