Tuesday, January 31, 2012

PhD forever and after


Dulu selalu fikir, buat PhD nie amatlah sengsara rasanya. And, seperti graf berbentuk loceng, setelah mencapai puncaknyer (PhD) graf tekanan itu akan menurun normal. Oh rupernyer tidak. Maka benarlah kata seorang senior dulu bila dia mengatakan: PhD hanya permulaan...masa dulu tak begitu pasti apa dimaksudkannya.

Sekarang berulah faham, rupernye buat PhD itu hanyalah 'latihan' seorang yang kerjayanya adalah penyelidik. Untuk masa akan datang dan seterusnya selepas PhD, maka itulah yang dialaminya berulang2 seperti sebuah kitaran kehidupan. Kemudian, baru terasa, PhD nie takdelah seteruk manapun, sbb keje skrg rasanya lebih kurang samer jer tekanannyer. mungkin satu advantage ialah takder penilaian lulus/gagal. tapi masih terbeban oleh expectation orang yg dah invest duit untuk kita buat projek, dalam byk kes, duit itu adalah duit rakyat. maka apakah sumbangan itu dapat memanfaatkan kembali masyarakat???

Buat PhD dulu mmg susah, tapi cuti belajar, takder nak memikir penyeliaan pelajar PhD/Master/BA/Pjj/Pengajaran pembelajaran/Penyelidikan/Pentadbiran/Penerbitan segala bagai. Bila dicampur2 beban ini semua, terasa PhD tu enjoy jugak. Patutlah ada yg kata - baik balik cuti belajar..hehehe.

Moral of the story: takder perkara yg boleh memuaskan hati seorang manusia. dan takder perkara dlm dunia ini sempurna utk memenuhi semua apa yg kita inginkan. jadi blajarlah menerima seadanya.


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...