Friday, December 23, 2011

bahaya minda bersubsidi

kasut yang berbunga



Rasanya sudah agak terlalu lama menyepikan diri dari blogspot ini. Dulu inilah 'corner' tempat release tension buat PhD, now zmn itu dah berlalu. And kesibukan kerja dan komitmen lainnya menjadi segalanya terhalang begitu saja, kepenatan dan segala macam..mungkin jugak MALAS!

takder aper menarik nak dikongsi, cuma teringin berkongsi beberapa perkara yg saya perhatikan sepanjang tempoh berpantang blog ini dan ketika membuat fieldwork dalam beberapa research project berbeza.

kdg2 pertolongan itu boleh merugikan...kerana ia berpotensi melahirkan minda bersubsidi. itu yang saya nampak dalam beberapa situasi dalam masyarakat. segalanya kena disponsored kerajaan, FREE OF CHARGE. bila disuruh independent mulalah banyak excuses diberi dan mulalah mengkritik ini tak cukup, itu tak cukup, sbb kerajaan tak bagi peruntukan. tak diberi pun salah, beri pun salah.

itulah yang Dr M kata sbg Melayu bertongkat. saya kira kerajaan kena lakukan sesuatu utk mengikis minda ini kerana survival orang Melayu akan tumpul jika ada minda subsidi. dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak dapat dijangka, tidak stabil dan segala macam isu dunia, Melayu tidak boleh selamanya berfikiran akan dibantu jika kesusahan. bantuan one off itu okay, tapi selamanya?? bila naik lemak dan minyak, penyakit malas akan timbul.

contoh paling mudah - pelajar IPT yg selalu komplen duit PTPTN tak cukup, rasanya mana ader duit yg cukup? tambah byk mana pun, bila duit dipandu nafsu, semua nak beli, rasanya sy sendiri pun yg dah bekerja rasa duit gaji tak pernah nak cukup, kalu boleh sentiasa nak lebih. tapi bagaimana menampung kekurangan itu? tak ramai pelajar melayu yg bekerja utk menampung perbelanjaan kampus mereka, ini berbeza dgn pelajar bangsa lain/asing yg rajin bekerja utk duit poket dan perbelanjaan. masih jugak boleh skor exam dan lulus cemerlang. ini semua terpulang pada time management, attitude dan komitmen masing2.

melayu mesti berfikir utk independent, dan jangan terlalu bergantung sangat kepada bantuan. utk jangka masa pendek, ia kelebihan, tapi jangka masa panjang - PENYAKIT!

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...