Sunday, July 10, 2011

Di mana aku di hari-hari rusuhan??


Semua orang di Malaysia sedia maklum semalam adalah hari BERSIH berdemonstrasi. Maka gegak gempita KL dgn ribuan (walaupun bukan ratusan ribuan) pendemonstrasi, FRU, polis, tak kurang jugak orang awam yang terperangkap di antara pihak berkuasa dan pendemonstrasi. Sy mmg awal2 takder hati bab2 demonstrasi nieh. Even masa kat AUS dulu bila ader demonstrasi, jadi pemerhati pulak sbb isu2 yang didemo time tu pun tak menarik minat. Lainlah kalu buat demo FREE PALESTINE ker, syok and berbaloi jugak dirasakan. 

So di mana sy??

Duk senyap2 di Bangi yang damai, print out my thesis and duduk siapkan keje di ofis. Pagi semalam cadang nak joging tapi ader lah pulak hari sukan kat situ pagi2. Tak syok kita lari2 orang duk lepak kat tepi tengok2. Tapi tak bermakna sy buat 'buta tuli' apa yang berlaku semalam. Dalam buat keje tu sy memantau perkembangan semasa ke semasa dari blogger2 yang begitu rajin memberikan liputan ekslusif minit ke minit. Kira mcam rasa gi KL jugak berdemo la, cuma beza ader aircon, tak kena water cannon, tear gas ker, jalan kaki ker dll. 

Kadang2 rasa sedih tengok bangsa sendiri gaduh sesama sendiri hanya kerana berbeza ideologi politik. Kita seperti membenarkan diri dipermainkan dgn sentimen2 sebegini sehingga sanggup bermusuhan. Bak kata Agong, takder tanah yang tidak ditimpa hujan/musibah, @ dlm erti kata lain setiap negara/pentadbiran ada kelemahan masing2 tapi BAGAIMANA kita mengatasinya itulah yang utama. Apa yang kita dapat dari demonstrasi spt ini??

Kalau luhur niatnya takper..tapi bagaimana pula jika sebaliknya??? Jadi renung2kan lah sebelum anda mahu membanjiri jalan2, biarlah setelah kita cukup pasti perjuangannya. Jangan jadi seperti keldai dipergunakan.

1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum....raya ada Bangi jugak ke? akak ada sana 2/3 hari sebelum raya, jom lepak shopping kl..

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...