Monday, March 7, 2011

Burn baby burn!







Okay, nie bukanlah nak show off my new car or my dream car..tapi nak ulas pasal news dlm harian metro ini hari  tentang 2 kereta musnah dibakar (BUKAN TERBAKAR YER) oleh pencuri yang tak berpuas hati tak dapat mencuri kereta tersebut. kereta itu ialah honda city dan toyota vios.

aper ker hal??? apalah nak jadik...ish-ish-ish..dah la naya orang nak merompak harta orang lain, tak dapat nak rompak pi bakar pulak??? sakit jiwa namanyer. agaknyer bila nak rompak umah orang tu tak dapat, rumah orang pulak nak dibakarnyer...

cariklah keje yang halal. hiduplah sederhana ikut kemampuan. janganlah keje tak mahu, tapi nak kaya, nak mewah, itulah jadi pencetus hati nak buat jahat utk kaya cepat. orang lain yg kita nampak ader kete2 tu tak memperolehi semua tu dgn duk tido jadi pemalas tak buat aper2. sy pasti setiapnyer berusaha utk memperolehi apa yg mereka dapat hari ini. jadi, dari nak dengki orang sampai macam tu sekali, baik keje tul2 dan dapatkan rezeki yg halal, hati pun lapang dan senang, takder lah nak risau polis tangkap dan kena tembak ngan polis.


jadilah manusia sebenar2 manusia. seganas2 binatang, takderlah nak pi rompak umah orang lain or culik kete orang lain. benarlah, bila manusia tak menggunakan akalnya, dia akan jadi lebih teruk dari binatang. tapi bila akal allah kurniakan pdnya dimanfaat betul2, kebaikannya seisi alam.

1 comment:

Maiyah said...

assalam..
dunia skrg.. apa lg le mende pelik nnti :(

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...