Friday, October 8, 2010

Kesunyian dalam kesibukan...






Agak lama jugak sy menyepikan diri. Kalu dulu rajin jugakler nak memblogkan diri. Tapi semenjak dua menjak bekerja ini, rasa round the clock sentiasa penuh aktiviti dan plan. Byk betul benda nak study balik, 3 1/2 thn tinggalkan kerja, mcm2 perubahan dah berlaku: sistem baru, polisi baru, peraturan baru dan bermacam2 yg baru lagi. Pening jugak sbg seorang junior dan yg baru nak familiar ngan sistem dan tuntutan2 baru nie semua. 

Yang pasti, tekanan sebagai seorang pensyarah semakin bertambah. Hari2 mendengar perkara yg sama "research, publications, seminar, conferences" sedang masa yg sama perlu jugak menyudahkan tanggungjawab mengajar dan sebagainya. Tidaklah pulak nak mengeluh, tapi sy kira, perubahan trend pendidikan IPT semasa nak tak nak menuntut kerja lebih ke atas pensyarah termasuk sy nieh. 

Bak kata pepatah, kalu takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai...
sy kira, setiap bebanan baru ini perlu dilihat sebagai cabaran untuk pensyarah di semua IPT. hendak lari ke mana? lari ke universiti yg kecil..mereka lambat laun jugak akan spt universiti gah sedia ada. ISO, MQA etc. Kalu dah tak sanggup sangat, kena fikir profesion lain, tapi bagi yg masih mencintai dunia akademik, kena fikir ini semua sebagai satu cabaran.

berfikiran positif: dari aspek yg lain, perubahan yg berlaku ni memberi kebaikan pd mutu kualiti pensyarah, universiti dan pelajar itu sendiri. rupernya bukan mudah hendak menjadi universiti yg baik dan bertaraf global. revolusi besar2an harus dilakukan. memang sukar pd awalnya, tapi sy harap semua ini akhirnya akan jadi alah bisa tegal biasa. mengubah rutin dan tabiat lama memang sukar..moga2 akan lebih cemerlang di masa akan datang.
blogku yg bersawang..

1 comment:

Alice said...

bila nak datang visit i ni? rindu kat u la....hehe

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...