Monday, September 6, 2010

Rakyat Malaysia kurang kitar semula


Berita Harian Online hari nie menyiarkan kata2 dari Setiausaha Agung Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar bahwa tahap kesedaran kitar semula rakyat Malaysia masih pd tahap mengecewakan.

Saya agak tidak bersetuju dengan pendapat ini. Pada saya kempen saja dan promosi utk menggalakkan orang membuat kitar semula saja tidak cukup jika masyarakat tidak diberikan kemudahan kitar semula yang baik. Pengalaman sy duduk di Australia, sy dpt memerhatikan bbrp perkara berkenaan isu ini. Ketika datang di Melbourne dulu, sy bukanlah orang yg conscious about kitar semula nieh. Tapi kemudahan prasarana yg disediakan membuatkan sy 'terdidik secara tak sedar dan sedar' utk membuat kitar semula barang2 yg saya pakai. 

contohnya:

dihadapan rumah saya disediakan 2 jenis tong sampah - tong sampah utk sisa makanan dan tong sampah utk barang2 recycle. 

market2 besar mmg tak menggalakkan penggunaan plastik. tapi, mrk menyediakan di pintu2 masuk market mrk dgn plastik yg mesra alam, yg boleh dikitar semula dan juga beg2 shopping pd harga yg murah/berpatutan dan menarik. beg2 nie sy even bawak balik malaysia utk digunakan disini dan utk diberi kpd sahabat2 dan kaum keluarga. beg2 nie sgt tahan lama, menarik, senang dibawa dan paling penting, tak mencemarkan alam sekitar. 

bila ini berlaku, maka pelanggan yg dtg dkt mall dan tak bawak beg shopping blh terus membeli beg2 yg disediakan oleh pihak market dan blh menyimpannya terus. ini yg sy nampak sgt kurang di market2 malaysia. sy fikir ini patut diadakan kerana ia tindakan bijak memancing msykt utk lebih mesra alam kerana kemudahan dan akses kpd beg ini secara tak langsung mengalakkan atau meningkatkan tabiat kitar semula. 

n sebelum kata penduduk malaysia kurang kesedaran kitar semula, tolong pastikan tong2 sampah dan kekerapan kutipan dari pihak berkuasa tempatan juga efisien. scr logik, saper nak buang sampah kitar semula kalu terpaksa jalan berkilometer jauhnyer hanya utk buang sampah kitar semula? at least patut ader setiap blok umah satu sampah utk kitar semula (kalaupun tak setiap rumah). jgn satu kawasan perumahan satu tong kitar semula..alahai, sgt tidak praktikal dan menyusahkan. kalu nak mendidik msykt, kita kena pandai sediakan kemudahan yg menyenangkan. kalu dlm fikiran dah transfer 'susahnya nak gi tong kitar semula sbb jauh' maka promosi mcm ner pun, akan kurang nampak impaknyer. 

even sy balik msia nie pun dah jadi balik perangai lama - sy tak mengasingkan sampah2 biasa dan yg blh kitar semula sebabnya, takder tong sampah kitar semula di kawasan perumahan sy. jadi sy kira, kemudahan yg 'inadequate' itu jugak sbnrnya penyumbang tahap kitar semula yang rendah rakyat malaysia. 

kalu pun kos sediakan tong sampah kitar semula mahal sgt utk disediakan pihak berkuasa tempatan, blh jugak dicadangkan penduduk membeli sendiri sbg tanda sokongan, dgn menawarkan harga promosi dan diskaun tong sampah kitar semula pd harga yg murah. 


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...