Sunday, January 24, 2010

be honest when breaking off a relationship





saya fikir, tiada yg lebih baik selain berterus terang. bila pasangan itu scr rasmi adalah 'item' ataupun at least declare psgn, setiap keputusan utk berpisah haruslah didahului dgn terus terang. kejujuran itu penting, kerana kadang2, satu pihak tidak tahu berlaku perubahan-perubahan yg membawa kepada putusnya hubungan. mslhnya, ada ramai yg gemar berdolak dalik, pelbagai excuses diberi, pelbagai hints diberi. tapi yg satu lagi msh lagi tak mengerti. selalunya taktik ini berkesan, kerana setelah bbrp lama individu yg satu lagi biasanya akan tertekan dgn pelbagai karenah dan alasan, maka dia akan sampai ke stu kesimpulan - tidak akan kemana-mana. dlm bhs kasarnya itu cara dumped paling mudah.


tapi pernah tak kita fikir, sebelum org yg diputuskan itu memutuskan utk meninggalkan anda, dia tlah melalui satu tempoh penderitaan yg panjang kerana berada dlm ketakpastian. sikap anda yg penyayang dan penuh perhatian itu tiba2 berubah, jika pun tidak 360 darjah. betapa individu itu ditinggalkan dlm keadaan tak tahu. keadaan tak tahu itu jauh lebih buruk dari keadaan ada tahu anda gagal. sekurang2nya tahu hitam putih keputusan.


bila ada kecenderungan bagi anda utk menamatkan hubungan secara ini, fikirlah semula dgn baik2. be honest about your feeling, betapa sukar sekalipun ia dikatakan. fikirkan utk membuat kebajikan, kerana dgn terus terang anda menghindari bekas psgn anda membazirkan waktunya menanti atau mengharap sesuatu yg tak punya harapan lagi. fikirkan juga, jika sudah tidak menempuh jalan yg sama, anda dan dia masing2 berhak utk bahagia. jika anda gagal berterus terang, samalah spt anda menuju jalan kebahagiaan anda dan pada masa yg sama menutup jalan bahagia dirinya.

mengapa sukar benar berterus terang utk memutuskan hubungan??
kerana barangkali kita tak suka konfrantasi dan kerana itu selalu memilih jalan mudah.

2 comments:

Maiyah said...

mmg elok kalo berterus terang.. nanti kita gak yg serabut kalo sesuatu perkara x slesai kan

♥ shiMawar ♥ said...

erm..mmg perlu berterus terang dlm prhubungan bg mengelakkan salah faham..kdg2 terbit jgk rasa takut n risau klu2 org tu xdpt nk terima kptsn yg kita buat tu trutamanye yg melibatkn hati n perasaan..

klu kita jd org yg memutuskan, xpe le..tp klu kita jd mgsa putusnye sebuah prhubungan, tp pemutusan tu xbrlangsung scra telus, mmg ssh ati..kita dok berharap, padahal org sana dh xnk kat kita..

byk yg perlu difikirkn bila nk berterus trg..bolehkah yg di sana terima kptsan kita..? bolehkan yg di sana terima prpisahan tu sbgi suatu yg normal, tnpa wujudnye sebarang permusuhan..?

nk bg putus, mmg mudah..tp nk mghadapi masa2 mndatang slps brakhirnye sesebuah prhbgn, mmg agak sukar..

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...