Sunday, November 8, 2009

Harap Mengerti Bhs Badanku




Baru-baru nie ada kuar satu discussion forum ttg lelaki yg selalu tak terus terang bila nak putus. dia kata harap pompuan mengerti sendiri. kalu dah malas nak reply call/sms, jauhkan diri tu..faham2 sajerlah, maksudnya dah tak berminat. katanya lagi, itu lebih mudah dari terus terang sbb dia tak rasa bersalah utk lukakan hati gf dia bila dia terus terang. itu pd pdgn dia tak kejam. lagipun bila dia buat gitu gf nanti mesti tension and carik yg lain..tu lebih mudah jalan penyelesaiannya.

menarik jugak walaupun ramai yg bambu dia kata mamat hampeh. ahahaha. biasalah, as expected, pompuan kutuk giler2. sbnrnya thread tu sptnya membalas satu lagi thread lain pasal pertanyaan seorang forumner, naper lelaki tak terus terang bila nak putus. awek punyer tunggu bertahun2, call/sms pun tak. ada yg komen kata bila nak ngorat reti pulak ckp terus terang, bila nak putus..ko suruh tengok bhs badan..aper dah tak blh berckp? dah terencat? itu antara komennyer. hihihi..kelakar pun ya.

tapi biasanya mcm tulah. kdg2 walau ingin sekalipun nak org terus terang, tak semuanya sanggup kerana faktor2 spt di atas tadi, ada yg terlalu takut/menjaga hati. jd kdg2 nak tak nak kena jugak perati body language. tapi body language/tingkah laku tak semestinya tepat selalu, kena confirmkan balik..akhirnya berbalik pd yg asal - terus terang jugak yg terbaik.

soal hati jgn main2. sy rasa sy respect and blh terima lelaki yg blh ckp terus terang tuk tak meneruskan hubungan daripada berselindung dgn bhasa badan. ia menyelamatkan byk perkara..contohnya menyingkatkan masa org tu menunggu. setiap org ada hak utk kebahagiaan dia sendiri. bila kita terus terang, sekurang2nya org tu blh move on dgn hidup dia, dia jugak berhak bahagia dan mencari bahagianya sendiri. sy sendiri suka org terus terang bertanya sbb sy blh bagi jwpn straight forward, samada suka or tidak. kerana sy fikir dgn memberi jwpn, sy tak bagi dia tertunggu2 (kalu kes takder hati). dia pun jelas status dia dan takder lah membazir masa menanti. bunyi mcm kejam? tapi sy fikir itu lebih baik dari dia ternanti2 jwpn tak pasti.

tapi mslhnya, bila ngorat pun guna bhs badan..kita nak jwp pun tak pasti, takut nanti terbagi JAWAPAN PERASAN syok sendiri.

1 comment:

Maiyah said...

kalo nak putus kan elok trus terang je tapi sy rasa skrg ni suma lelaki dah straight to the point.. kalo dah rasa tak sesuai mmg akan slamba bg explain n angkat kaki camtu gak pompuan pun

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...