Sunday, October 18, 2009

Rumusan Seminggu

Lama dah rasanya meninggalkan blog tanpa apa2 update. Masa semakin bernilai di saat2 akhir pengajian, semakin rasa terkejar2. Rasa nak update blog setiap hari tapi memandangkan busy takder byk masa maka berkesempatan utk buat rumusan sajerlah..aktiviti seminggu/sebulan. Pagi nie, berjalan/joging dgn Riayati (my ofismate/phd student/lecturer indonesia). agak jauh jugak kami berjalan2. tak joging pun, tapi berjalan2 cuci mata, ambik fresh air. cuaca pagi nie sgt best utk jalan2, cerah dan dingin. ntah aper2 gambar sy ambik. ms kami jalan tu msh lengang lagi, maklumlah sunday morning, smlm dah puas agaknya diorg nie berparty. tgh hari baru nampak muka kuar gi shopping mall makan2. ruginya bangun lewat sbb pagi selalu indah.

abis rumah org kitorg komen, nie joging merangkap skodeng rumah org. ada satu area kwn elit, rumah cantik2 dan garden pun best2 tapi terlupa pulak nak tangkap gambar. nantilah kalu kami berjalan lagi. bestnyer umah kat sini, kecik mcm ner pun ada backyard or frontyard yg besar utk beriadah. kat msia susah nak jumpa, agaknya sbb tu semua org rebut corner lot. msia patut ubah konsep rumah semata2, pastikan ada ruang lapang utk aktiviti keluarga. blh bercucuk tanam sekali.
sbnrnya view dia cantik, tapi sbb kamera nie maklumlah kamera handphone, feeling and view tak sama mcm yg kami nampak. tapi blhlah dari takder aper2. lagipun hp camera always comes in handy. easy to use. imagine, takkan nak bawak kamera besar gi joging? janji blh tangkap gambar. bestnya kalu ada rumah sendiri and ada garden...

sy bagi tau Riayati rumah idaman sy tak perlu mewah, yg penting bila sy tgk, sy rasa selesa, nyaman and instantly feel like home. cosy. ala2 cottage. riayati kata dia blh imagine rumah sy mcm ner nanti. heheheh..

Roses! sepanjang jalan cium bunga rose org..sedap2 baunyer. joging + aromatherapy. nasib baik tak alergik or ada serangga dlm kelopak bunga, kalu tak free2 jer msk lubang hidung. aaarrrchuum!! excuse me..


balik tadi perasan pokok bunga ros dpn umah dan berbunga. merah gelap colornya. habislah nanti sy kerjakan. buat penghias dlm rumah.

ntahler nie pokok bunga per, tapi nice lah, kaler pink pucat2, tapi tgk depan2 nampak really sweet. riayati kata mcm baju sy pakai - pink!

minggu nie jugak adalah minggu graduation my ex housemate kak tila. now i can call her Dr. Fathilah. dia jemput ke party utk celebrate phd student kat university. parti nie utk phd students yg dah grad and supervisors2, staff2 kanan university and supporters (sy ler tu sekali. maklumlah bagi sokongan moral sepanjang dia struggled phd; hihihi).

so citation kak tila adalah dlm nie. sy tolong snapkan gambar and upload kat sini. kak tila punyer research sila bc sendiri. insya allah moga2 sy mampu jugak akhirnya bergraduan.

awal2 ms pergi party nie dah kitorg di warning kak Jun, 'jgn harap nak mkn kenyang yer, aku tak yakin dia bagi mkn mcm kat msia.' oh mmg betul, biasalah parti diorg nie parti berdiri, makan pun sejemput2. first msk kata dpn pintu tu pun dah ada waitress tunggu dgn minuman alkohol. aduilah, takder fresh orange ker? ada fresh orange ada campur wine pulak tu. makanan sejemput dia offer pun, tak blh makan. last2 kitaorg tanya, ada vegetarian foods? dia kata ada, then lepas 10 minit dlm tu baru lah kami diberi fresh orange and vegetarian. rasanya ramai lagi yg tak betul2 faham istilah makanan haram kat sini. for them, haram ialah yg ada pork, bacon, ham dan seangkatn dgnnya. tapi dia tak tau yg wpun dia offer beef/chicken etc tetap tak blh makan sbb tak sembelih. to be safe, we asked for vegetarian foods, itupun setelah kitorg explain barulah waitress tu faham and just offer vege jer.

Prof Brian King, co supervisor kak tila. Prof Lindsay tak sampai lagi time nie. kak june and sorang lagi nie tak ingat nama, first time jumpa, baru sampai ke melbourne 2 bulan lalu. sorry, sy nie mmg susah sikit nak ingat nama..

pompuan baju merah nie umur 60+, grad sama ngan kak tila, nama dia Dr. Patricia. dia yg paling byk ckp ngan kitorg. kebanyakan yg grad matured2 jer, dah lebih 50+. time balik tila ckp, supervisor dia tak sangka yg sy ngan sorang lagi tu phd students coz muda2 lagi. muda ker? akakah. tapi muka nie selalu disalah anggap budak undergrad. sedih tul..

org putih punyer parti nie sbnrnya bukan sgt pasal makan, tapi utk socialise and to mingle around. mcm kat msia, makan is the main purpose - i guess?? kalu kat msia buat majlis makanan sejemput, mesti AJK makanan kena kutuk habis2an. satu lagi sy perasan, time nielah diorg cuba bermcm2 jenis minuman beralkohol. agaknya parti mat saleh nie utk minum2 and socialise. makan tu tak sepenting mana.

yuhanis pulak buat open house hari khamis lalu. best sgt. dah la pandai masak, mcm2 dia buat, kek coklat, rendang ayam + daging, sate, gado2..and mee kari yg superb. balik dari umah dia dgn senyum yg lebar, maklumlah makan cover sampai malam. sam + lin lepas kelas terus dtg tolong bakar sate.

kak tila and abg alwi. buat mcm rumah sendiri. kami antara yg terawal sampai, 30 minit sblm formal time tetamu dtg. nampak sgt kebulor. tapi utk cover line, kami gotong royong tolong buat final preparation.
petang nie, ada BBQ di Footscray Park sblh university. gi ofis buat keje. tapi singgah utk join BBQ anjuran kwn2 dari Indonesia. insya allah kalu ada gambar sy akan uploadkan. minggu nie takder rehat. perah otak ke maksimum nyer..straight isnin-ahad.
cayok!

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...