Saturday, June 13, 2009

English please..

Sekarang nie, isu perbahasan samada bahasa English dijadikan subjek wajib lulus ataupun tidak msh hangat diperdebatkan. setiap kem pro dan kons ada pendirian msg2 dlm hal nie. pada yg pro - katanya ini menjadikan pelajar kita lebih berdaya saing atau lain kata 'marketable' dan juga sbb English bahasa Ilmu yg sangat dominan. penguasaan English justeru itu dilihat bersifat keperluan utk seorang pelajar agar terus survival dgn kehendak dan situasi semasa.

Namun ada juga yg membantah, dgn anggapan bahawa ia akan 'menganaktirikan' bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kini. walaupun dari segi perlembagaannya bahasa Melayu dijamin status qounya berbanding bhs lain di Msia, namun perkembangan semasa akan menggugat prestij dan nilai bahasa Melayu yg dilihat sbg bahasa penyatuan rakyat Msia sejak dulu.

Saya melihat isu ini sebagai sesuatu yg perlu dilihat secara realistik dan objektif. Sy sendiri dikala ini hidup dipersekitaran di mana English adalah lingua franca nya. menulis, membaca, mendengar, berbicara hampir kesemuanya bahasa English. hanya ketika bercakap dgn housemate dan rakan2 dari Msia saja saya menggunakan bhasa English. dan bahasa Swk pula, priviledge utk seorang rakan yg kebetulan org sarawak juga.

Satu trend yg agak sy kurang gemari di Msia ialah ke'tergesaan' kita dlm melaksanakan sesuatu tanpa kajian yg mendalam. kita lebih bersikap reaktif dlm melaksanakan sesuatu perkara. begitu juga dlm hal ini. sistem berubah2 mengikut musim (apa faktor tak begitu pasti). sekejap mcm tu, sekejap mcm nie, sekejap mcam tu balik. sy fikir mslh begini blh diatasi sekiranya kita melakukan kajian atau tinjauan dulu sblm melaksanakan sesuatu. disinilah penyelidikan diaplikasikan. gunakan kepakaran akademik di IPT utk menjalankan survey dan lihat hasilnya bagaimana.

contohnya dlm hal nie, jgnlah terus laksanakan, ambil lah pdgn dari cikgu2 yg akan bertanggungjawab melaksanakannya - adakah mereka diberi persediaan lengkap utk mengajar di dalam BI. skiranya blum, apakah faktornya. begitu juga dgn pelajar, apakah pelajar luar bandar dpt bersaing scr at par dgn pelajar2 bandar dlm penguasaan BI? perkara terakhir yg kita kehendaki ialah 'memusnahkan' ms depan pelajar2 ini scr tidak sengaja. pendek kata, apakah pendidik kita dan pelajar kita secara realistiknya bersedia mendepani tuntutan ini? sekiranya blum, maka jalan utk mengatasinya perlu difikirkan dulu sblm perlaksanaan sbnr dilakukan.

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...