Monday, March 16, 2009

Ilmu seorang sarjana


Kami sedang minum2 malam itu sambil berborak2 ttg isu semasa, dari hal2 kehidupan di Melbourne, hingga isu2 semasa di tanah air. Kami berlima semuanya, kenalan2 dari Indonesia dan Thailand, kebetulan, semuanya pelajar PhD pelbagai bidang. Dari isu yg ringan2, kami menyentuh isu lebih berat - apa lagi PhD yg tak siap2! Mcm2lah komplen, pendek kata, takder yg kata PhD nie mudah - semua resah gelisah, tension, tak sabar nak habis, asyik bermimpi ngeri ajer. sy yg - half-bake- PhD nie gerun mendengarnya. Defense proposal dah lepas, menulis satu lagi cabaran, analisis data..sigh..3 tahun ku..

komen Ida, PhD matematik dari Indonesia, ada kenalannya defense proposal, dibentak examiner dgn soalan - apa sumbangan research nie utk dunia? what? kami gelak beramai2, ada jugak mcm tu. penat tu tak jawab soalan berapi mcm tu. ingat kami nie buat PhD tuk Nobel Price ker? kami nie bukanlah terlalu bijak orgnya. kdg2 org salah tanggapan, sbnrnya kami nie biasa2 jer. kata-kata seorang kenalan dari Thailand buat sy berfikir pjg.

katanya, PhD tak patut menjadikan seseorang itu sombong dgn ilmunya, or menganggap org patut melayannya berbeza kerana ketinggian ilmu yg ada padanya. sbnrnya, jika wujud sikap begitu dlm diri seorang so called sarjana, dia tidak benar2 memahami ilmunya. katanya lagi, ilmu PhD menjadikan dia sedar satu perkara, semakin tinggi ilmu yg dicapainya, semakin dia menyedari, sedikitnya yg dia ketahui. so mcm ner kita blh nak claimed diri kita nie - 'master of the universe?'

kami terdiam sejenak. seorang pun tak membantah, kerana ia amat benar. itulah yg sy rasa skrg, penerokaan ilmu yg sejauh ini menyebabkan sy sedar, sedikitnya yg saya ketahui. sungguh benar kataNya - 7 lautan pun jika mau digunakan utk mencatat segala pengetahuan Allah ttg alam ini, nescaya akan kekeringan. dan ilmu manusia itu tidak lebih spt setitis air di lautan yg besar. atas kesedaran itulah patut menjadikan kita lebih merendah diri dan bukan sebaliknya. bukankah ada pepatah menyebut, ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk; atau ular tak hilang bisa bila menyulur di bawah akar.

ilmu - menjadikan kita lebih melihat Pencipta. Nampak kebenarannya. Agaknya itulah sbb mengapa ayat pertama turun kepada Rasul kita ialah Iqra. Dgn ilmu, kita akan mengenal tuhan.

3 comments:

Alice said...

true...sedangkan yang takada phd pun dah eksyen.....yang ada phd patutnya lebih memahami diri sendiri...

Unknown said...

phd....penuh hasad dengki...(tapi kalau dengki psl pelajaran, takpe kan?)
anak akak selalu ada 'phd' yg ni, dia tak boleh tgk kwn2 yg pandai, mesti nak sama jugak....bagus tak?

Cengkih78 said...

salam,

sgt bagus, dengki ada byk jenis, dengki kejayaan utk berjaya, itu digalakkan, dengki kejayaan org lain utk pedajal org tu, itu sendiri mau ingat =)

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...